Gunakan simulator bidaan dengan Kempen Standard Shopping

Artikel ini merangkumi kempen Standard Shopping. Untuk memanfaatkan AI Google Ads sepenuhnya dan menyiarkan iklan pada semua produk Google, anda boleh mencuba kempen Prestasi Maksimum.

Mahu meningkatkan atau menurunkan bidaan anda untuk Kempen beli-bela tetapi tidak pasti bagaimana pelarasan ini akan mempengaruhi prestasi anda? Simulator Bidaan boleh membantu anda menjelaskan cara bidaan kumpulan produk yang berlainan boleh mempengaruhi trafik anda dengan menganggarkan kemungkinan hasil pengiklanan anda dalam tempoh 7 hari yang lalu, jika anda telah menetapkan bidaan yang berbeza. Gunakan alat ini daripada tab "Kumpulan produk" untuk mengukur jumlah bidaan yang berkemungkinan mencapai prestasi yang anda mahukan, dengan belanjawan yang anda miliki. Kemudian, gunakan bidaan baharu anda pada kumpulan produk anda atau merentas semua subbahagian kumpulan produk dengan cepat.

Artikel ini menerangkan simulator bidaan yang tersedia untuk Kempen beli-belah, cara simulator berfungsi dan cara menggunakan simulator dalam kempen anda.


Cara alat ini berfungsi

Simulator Bidaan mengumpulkan dan menganalisis data daripada lelongan iklan pada Google dari 7 hari sebelumnya, sementara mempertimbangkan maklumat seperti kualiti iklan anda, bidaan pesaing anda dan data produk. Alat tersebut kemudiannya menggunakan maklumat ini untuk menganggarkan cara perubahan tertentu pada bidaan anda mempengaruhi klik, kos, tera dan penukaran anda.

Anda boleh menggunakan Simulator Bidaan untuk mengukur prestasi kumpulan produk individu atau kumpulan produk dengan subbahagian.

Berikut ialah beberapa perkara yang perlu diingati apabila menggunakan simulator bidaan untuk kumpulan produk dengan subbahagian:

  • Anda boleh melihat perubahan bidaan dalam perubahan agregat dan model untuk kumpulan produk bukan dikecualikan, walaupun kumpulan produk individu mungkin tidak mempunyai data perubahan bidaan yang mencukupi secara berasingan.
  • Anda boleh menggunakan penskalaan bida untuk melihat apa yang mungkin berlaku sekiranya anda menaikkan atau menurunkan semua bidaan anda untuk kumpulan produk dalam subbahagian mengikut peratusan tertentu (contohnya 10%). Kemudian anda boleh menggunakan pelarasan bidaan merentas kumpulan produk ini dengan hanya beberapa klik.
  • Anda boleh memodelkan perkara yang mungkin berlaku jika anda mengubah semua bidaan anda dalam kumpulan produk yang disubbahagikan kepada nilai tetap. Jika anda memilih untuk menggunakan salah satu daripada perubahan bidaan seluruh kumpulan produk ini, bidaan lalai kumpulan produk anda akan ditukar kepada nilai tetap ini.
  • Perubahan bidaan merentas pelbagai kumpulan produk boleh meningkatkan trafik dengan ketara dan ini mungkin akan menyebabkan anda mencapai had belanjawan anda. Kami akan menunjukkan kepada anda kos unjuran bagi perubahan bidaan dan anda mungkin perlu meningkatkan belanjawan anda untuk memanfaatkan sepenuhnya pelarasan bidaan anda.

Perlu diingat

  • Simulator Bidaan tersedia apabila iklan Beli-belah untuk kumpulan produk telah disertakan dalam lelongan yang mencukupi atau mengakru tera yang mencukupi untuk menjana anggaran potensi prestasi yang mencukupi dengan amaun bidaan yang berbeza. Jika anda tidak nampak Simulator Bidaan, anda mungkin perlu membiarkan iklan anda disiarkan untuk tempoh masa yang lebih lama atau cuba menyertai lebih banyak lelongan dengan menaikkan bidaan anda atau menyediakan data produk yang berkualiti lebih tinggi.
  • Simulator Bidaan tidak tersedia untuk kumpulan produk "dikecualikan" yang tiada bidaan.
  • Data yang dipaparkan dalam Simulator Bidaan untuk bidaan "semasa" anda merupakan unjuran berdasarkan trafik anda sepanjang tempoh 7 hari yang lalu. Jika anda mengubah tetapan penyasaran kempen/kumpulan iklan atau produk baru-baru ini (contohnya: bidaan, belanjawan, sasaran strategi pembidaan, penyasaran geo, penapis inventori, penapis kumpulan produk) atau menambah/mengalih keluar produk kepada/daripada inventori semasa anda, anda mungkin menyedari terdapat percanggahan antara data "semasa" yang ditunjukkan dalam Simulator Bidaan dan data sebenar yang terdapat dalam akaun anda.

Jika anda masih tidak melihat alat ini, maka pertimbangkan untuk mengubah bidaan anda bagi kumpulan produk tersebut atau meningkatkan data produk anda.


Arahan

Cara menggunakan simulator bidaan untuk mendapatkan anggaran bagi kumpulan produk individu

Berikut ialah cara melihat anggaran anda bagi kumpulan produk secara berasingan:

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian.
  3. Klik Kumpulan iklan.
  4. Pilih kumpulan iklan untuk Kempen beli-belah yang anda minati daripada navigasi sisi.
  5. Cari kumpulan produk yang anda minati dan klik ikon graf simulator bersebelahan bidaan dalam lajur "CPC Maks".
  6. Dalam tetingkap Simulator Bidaan, pilih pilihan bidaan berlainan untuk melihat cara bidaan tersebut boleh mempengaruhi trafik anda.
  7. Anda boleh menukar bidaan anda dan menggunakannya terus pada kumpulan produk anda dengan memilih pilihan bidaan baharu dalam Simulator Bidaan dan mengklik Simpan.
Cara menggunakan simulator bidaan untuk mendapatkan anggaran bagi kumpulan produk dengan subbahagian

Berikut ialah cara melihat anggaran anda bagi kumpulan produk dengan subbahagian:

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian.
  3. Klik Kumpulan iklan.
  4. Pilih kumpulan iklan untuk Kempen beli-belah yang anda minati daripada navigasi sisi.
  5. Cari kumpulan produk disubbahagikan yang mengandungi kumpulan produk yang anda minati dan klik ikon graf simulator dalam lajur "CPC Maks." (tiada bidaan kerana kumpulan produk ini disubbahagikan).
  6. Untuk melihat cara perubahan peratusan pada bidaan anda untuk kumpulan produk ini boleh memberi kesan terhadap trafik anda, pilih Penskalaan bida (%) dalam tetingkap Simulator Bidaan. Untuk menukar bidaan anda mengikut peratusan itu, gunakan pilihan bersebelahan bidaan yang diingini dan klik Simpan.
  7. Untuk melihat cara jumlah bidaan tetap yang berbeza merentas kumpulan produk anda yang disubbahagikan boleh memberikan kesan terhadap trafik anda, pilih Bidaan seluruh kumpulan produk. Untuk mengubah bidaan anda, gunakan pilihan (atau masukkan bidaan anda sendiri di sebelah “Gunakan bidaan yang berlainan”). Kemudian klik Simpan.
Cara menggunakan simulator bidaan untuk mendapatkan anggaran bagi penukaran

Jika anda menggunakan Penjejakan Penukaran, simulator bidaan menawarkan anggaran penukaran untuk membantu anda memahami bilangan penukaran dan nilai penukaran yang mungkin telah diterima oleh iklan anda jika anda telah menetapkan bidaan yang berbeza.

Berikut ialah beberapa maklumat yang perlu diingati:

  • Kelewatan penukaran: Penukaran boleh dilaporkan sehingga 90 hari selepas klik, bergantung pada tetingkap penukaran yang telah anda pilih. Anggaran penukaran simulator bidaan menunjukkan bilangan penukaran yang mungkin anda terima dalam tetingkap penukaran anda. Ketahui cara Menemukan laporan tentang kelewatan penukaran.
  • Anggarkan ketersediaan: Jika kami tidak mempunyai data boleh dipercayai yang mencukupi, kami tidak akan menunjukkan apa-apa anggaran penukaran. Sebab kami mungkin tidak mempunyai data yang mencukupi termasuk:
    • Tidak cukup trafik pada kempen anda
    • Kelewatan penukaran yang tinggi
    • Corak penukaran yang sangat tidak tetap
  • Perubahan pada Penjejakan Penukaran: Jika anda telah membuat sebarang perubahan besar pada Penjejakan Penukaran sejak dua minggu lepas, anda mungkin tidak dapat bergantung pada data simulator bidaan untuk penukaran.
  • Definisi penukaran: Penukaran bukan sahaja bergantung pada klik iklan, tetapi juga tindakan yang diambil oleh pelanggan di laman anda. Perkara ini juga boleh menjadikan penukaran lebih sukar untuk diramal.

Penyelesaian masalah

Berikut ialah beberapa sebab biasa anda mungkin tidak dapat melihat simulasi bidaan.

Data tidak mencukupi
  • Simulator Bidaan menggunakan data dari 7 hari yang lalu untuk memberikan anggaran. Simulator mungkin tidak dapat memberikan anggaran jika kempen atau kumpulan produk telah ditambahkan baru-baru ini atau tidak menerima banyak klik dalam tempoh 7 hari yang lalu.
  • Jika anda baru sahaja menambahkan kempen, kumpulan iklan atau kumpulan produk baharu, semak kembali selepas seketika untuk melihat sama ada simulator telah memberikan anggaran atau tidak. Jika kempen, kumpulan iklan atau kumpulan produk anda tidak mendapat banyak tera, tindakan menaikkan bidaan anda boleh membantu untuk memberikan lebih banyak pendedahan pada iklan anda.
Purata belanjawan harian kempen
  • Jika kempen anda telah mencapai atau hampir mencapai purata belanjawan harian kempen tersebut sekurang-kurangnya sekali dalam masa 7 hari lalu, simulator tersebut mungkin tidak dapat memberikan anggaran.
Kumpulan produk "dikecualikan"
  • Simulator Bidaan tidak tersedia untuk kumpulan produk yang anda telah tandai sebagai "dikecualikan", yang bermaksud produk dalam kumpulan produk itu tidak diiklankan dengan kumpulan iklan itu.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
6081383396247742449
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false