Optimumkan iklan dan halaman pendaratan anda

Optimumkan iklan anda

Iklan anda ialah suara untuk produk dan perkhidmatan anda. Iklan yang lebih berkaitan dan menarik kepada pelanggan anda lebih cenderung menjana hasil untuk anda.

Untuk mengukur prestasi iklan anda dengan cepat, anda boleh isih mengikut kadar klikan atau statistik penukaran dengan cara yang sama anda mungkin lakukan dengan kata kunci. Dengan cara ini, anda boleh melihat dengan mudah iklan yang mana:

  • Paling kerap diklik
  • Menjana penukaran tertinggi
  • Mempunyai kadar penukaran terbaik
  • Menghasilkan penukaran pada kos yang paling rendah

Anda pasti mahukan iklan anda menarik kepada pelanggan dan menggambarkan perkara yang anda tawarkan dengan tepat. Ikut amalan terbaik ini untuk memastikan iklan anda dioptimumkan:

Padankan iklan dan kata kunci anda

Pengguna biasanya tertarik kepada iklan yang kelihatan lebih berkaitan dengan carian mereka. Jadi, pastikan teks iklan anda (terutamanya tajuk) berkait rapat dengan kata kunci anda. Ini boleh menarik perhatian pengguna yang mencari perkataan tersebut dan menunjukkan bahawa iklan anda berkaitan dengan perkara yang mereka inginkan.

Adalah penting anda mengumpulkan kata kunci anda mengikut tema atau produk, berbanding meletakkan semua kata kunci anda dalam kumpulan iklan yang sama. Melalui cara ini, anda boleh menulis iklan yang lebih diperibadikan dengan tema khusus tersebut. Lebih rapat iklan dan kata kunci anda dipasangkan, semakin besar kemungkinan seseorang akan berminat.

Buat versi berlainan iklan anda

Sukar untuk merumuskan segala-galanya yang ingin anda nyatakan mengenai perniagaan anda dalam satu iklan teks. Itulah sebabnya anda perlu menulis versi iklan anda yang berlainan.

Merupakan idea yang baik untuk mempunyai 3 hingga 5 iklan berbeza dalam sesebuah kumpulan iklan. Jika anda mempunyai lebih daripada satu iklan dalam kumpulan iklan, Google Ads akan secara automatik mula menyiarkan iklan yang mempunyai prestasi yang lebih baik secara lalai.

Dalam setiap iklan, cuba gunakan tajuk atau teks keterangan yang berbeza. Sebagai contoh, anda boleh bereksperimen dengan:

  • Mencuba tajuk atau seruan tindak yang berbeza
  • Menyertakan kata kunci atau jenama tertentu
  • Menyertakan harga atau promosi tertentu

Gunakan seruan tindak yang kukuh

Dalam teks iklan anda, anda akan mahu menggalakkan pelanggan melakukan tindakan yang anda mahu mereka ambil di laman anda. Seruan tindak yang kuat dan jelas memberitahu pelanggan perkara yang boleh mereka jangkakan dan menggerakkan mereka ke arah tindakan yang anda mahukan.

Semakin khusus seruan tindak anda (iaitu, semakin seruan tindak itu sepadan dengan kata kunci dan halaman pendaratan anda), peluang anda memperoleh penukaran adalah lebih baik. Dengan memilih frasa tindakan yang betul, anda akan mengelak daripada perlu membayar untuk klik yang kurang kemungkinan menghasilkan perniagaan untuk anda.

Serlahkan perkara yang menjadikan anda unik

Jika anda mempunyai sesuatu yang istimewa untuk ditawarkan, pastikan pelanggan anda melihat tawaran tersebut. Misalnya, anda mungkin menawarkan diskaun musim panas sebanyak 10%, rebat segera atau hadiah percuma dengan pembelian. Menarik perhatian kepada harga atau promosi tertentu boleh membantu mempengaruhi keputusan seseorang untuk mengklik pada iklan anda. Semakin jauh anda mengasingkan diri anda daripada pesaing, semakin cenderung anda menarik hati bakal pelanggan.

Gunakan aset iklan

Salah satu cara untuk menarik lebih ramai pelanggan ke iklan anda ialah dengan menggunakan aset iklan—ciri yang memaparkan maklumat perniagaan tambahan bersama iklan anda, seperti alamat, nombor telefon, rating kedai atau lebih banyak pautan halaman web. Menambah aset iklan boleh membantu meningkatkan keterlihatan dan CTR iklan anda.

Optimumkan laman penambat anda

Halaman pendaratan anda memainkan peranan yang besar dalam mengubah klik menjadi pelanggan. Apabila seseorang mengklik iklan anda, mereka menjangkakan untuk tiba di halaman yang berkaitan dengan perkara yang mereka lihat dalam iklan anda. Jika mereka tidak segera menemui apa yang mereka jangkakan, mereka lebih berkemungkinan untuk beredar.

Pastikan halaman pendaratan anda sepadan dengan iklan dan kata kunci anda.

Pilih halaman pendaratan yang sepadan dengan iklan dan kata kunci anda. Sebagai contoh, jika kata kunci anda ialah kasut diskaun dan iklan anda menjanjikan kasut pada potongan 20%, maka pelanggan sepatutnya dapat menemui dan membeli kasut pada harga diskaun tersebut di halaman pendaratan anda.

Halaman pendaratan anda juga sepatutnya mencerminkan seruan tindak dalam teks iklan anda. Sebagai contoh, jika iklan anda menggalakkan pelanggan mendaftar untuk lawatan percuma, maka anda boleh menampilkan borang pendaftaran dengan jelas pada halaman pendaratan anda. Anggaplah seperti ini: Hubungan antara halaman iklan dan halaman pendaratan anda ialah jambatan antara bakal pelanggan dan pembelian. Semakin kuat hubungan ini (iaitu lebih berkaitan), maka lebih baik peluang anda untuk mendapatkan penukaran.

Pastikan laman web anda mesra mudah alih

Ramai pelanggan anda akan melawati laman web anda melalui peranti mudah alih. Agak sukar untuk pengguna mencari maklumat yang mereka inginkan pada skrin yang lebih kecil.

Lihat skor tapak anda dari segi kemesraan mudah alih dan kelajuan serta ketahui cara memperbaikinya. Uji tapak anda.

Berikut hanyalah beberapa cara untuk membina laman mudah alih yang berkesan:
  • Pastikan iklan dimuatkan dengan cepat
  • Permudahkan anda dihubungi
  • Gunakan navigasi yang ringkas

Pastikan halaman pendaratan anda boleh dinavigasi dengan mudah

Percepat dan permudahkan bagi pelanggan untuk bertindak seperti yang anda mahu—memesan produk anda, memanggil nombor telefon anda atau mengemukakan pertanyaan. Jangan biarkan pelanggan tercari-cari maklumat yang mungkin mereka perlukan. Elakkan daripada menyemakkan tapak anda dengan terlalu banyak iklan atau timbul.

Satu idea yang baik ialah meletakkan maklumat penting ke arah bahagian teratas halaman. Melalui cara ini, maklumat tersebut akan serta-merta dapat dilihat oleh pelanggan apabila mereka tiba di halaman dan mereka tidak perlu tatal ke bawah untuk melihatnya.

Berikan kandungan unik yang berguna

Cuba sediakan maklumat berguna pada halaman pendaratan anda tentang perkara yang anda iklankan. Nyatakan dengan jelas tentang produk atau perkhidmatan anda dan perkara yang dilakukan. Sebagai contoh, anda boleh pertimbangkan untuk menambah ulasan yang memaparkan pendapat sebenar daripada pelanggan lain.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16243017002012650652
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false