Apabila anda menggunakan apl Google Ads semasa dalam perjalanan, jangan lupa untuk melakukan langkah-langkah ini untuk memastikan akaun Google Ads anda selamat:
Lindungi peranti anda
- Tetapkan kunci skrin untuk melindungi telefon atau tablet anda.
- Pasang Android Device Manager untuk membantu anda mencari, mengunci atau memadamkan peranti anda jika anda kehilangan peranti tersebut.
- Dapatkan pengesahan 2 Langkah untuk melindungi akaun anda menggunakan kata laluan anda serta telefon anda.
Lindungi akaun anda (menggunakan desktop Google Ads)
- Ubah maklumat log masuk Google Ads anda untuk menghalang akses yang berterusan.