Buat aset kreatif yang lebih baik untuk Kempen apl

Aset kreatif ialah elemen yang digunakan oleh Kempen apl untuk membuat iklan. Artikel ini memberikan amalan terbaik untuk membangunkan aset kreatif, termasuk teks, imej, video dan HTML5, yang boleh meningkatkan prestasi serta jangkauan Kempen apl anda. Untuk mendapatkan panduan yang lebih teknikal, seperti spesifikasi aset yang diterima oleh Kempen apl, sila lihat cara membuat Kempen apl.

Pengesyoran dalam dokumen ini bertujuan untuk memberikan panduan berarah sahaja. Memandangkan setiap kempen adalah berlainan, prestasi tidak boleh dijamin, walaupun semua garis panduan diikuti. Kami mengesyorkan agar anda menyemak laporan aset anda dan mengulangi dengan kerap.

Semua kandungan iklan mesti mematuhi garis panduan dasar dan garis panduan pengiklanan diperibadikan.

Panduan aset umum

Jajarkan dengan matlamat, suara dan gaya jenama anda

Walaupun garis panduan ini berkorelasi dengan kejayaan pengiklan, setiap perniagaan bersifat unik. Anda hendaklah menilai setiap amalan terbaik berdasarkan keperluan perniagaan anda dan memastikan amalan tersebut sejajar dengan objektif kempen anda.

Jajarkan dengan matlamat kempen anda

Aset kreatif anda hendaklah menggambarkan matlamat khusus bagi Kempen apl anda. Contohnya:

  • Untuk mendorong pemasangan, aset anda hendaklah menggambarkan tindakan memasang (mis. teks kreatif yang menggesa pengguna untuk “Muat turun sekarang!” atau “Mainkan sekarang”).
  • Untuk mendorong pembelian, aset anda hendaklah memaparkan jualan, diskaun atau item untuk dibeli (mis. “Dapatkan diskaun $5 bagi pesanan pertama anda” atau imej yang menggambarkan promosi).
  • Untuk meningkatkan pengekalan atau interaksi semula, aset anda hendaklah menonjolkan corong bawah atau ciri baharu yang tersedia untuk memberikan ganjaran kepada pengguna agar berinteraksi (mis. “Lebih 100 item baharu” atau video yang menggambarkan cara main yang dikemas kini).

Jajarkan dengan tema kumpulan iklan masing-masing, jika berkenaan

Kumpulan iklan dalam Kempen apl membolehkan anda “mengumpulkan” aset kreatif anda berdasarkan ciri apl khusus atau mesej yang ingin anda tonjolkan, atau demografi pengguna yang ingin anda berinteraksi. Oleh itu, aset anda hendaklah mewakili ciri, mesej dan keperluan pengguna khusus tersebut (mis. muat naik kreatif bertemakan sushi dalam satu kumpulan iklan untuk menarik penggemar sushi dan kreatif bertemakan piza dalam kumpulan lain bagi penggemar bawa pulang makanan).

Pelbagaikan aset kreatif

Variasi aset membolehkan Kempen apl membuat lebih banyak iklan yang sesuai dengan pengguna berlainan. Ciri ini juga boleh membantu iklan anda agar layak disiarkan dengan lebih luas merentas saluran iklan. Untuk memaksimumkan gabungan dan peletakan iklan, kami menggalakkan agar anda memuat naik sehingga bilangan maksimum aset yang dibenarkan bagi setiap jenis aset: 4 untuk teks, 20 bagi setiap imej, video dan jika berkenaan, HTML5. Perkara ini boleh memberikan faedah tambahan untuk meminimumkan turun naik prestasi semasa memperbaharui aset kreatif.

Google Ads tidak akan menterjemahkan iklan anda, jadi berhati-hati supaya memilih bahasa yang betul semasa menyediakan kempen anda. Kemudian pilih semua negara yang mempunyai pengguna yang boleh bertutur bahasa tersebut. Penyasaran am boleh menjangkau lebih ramai pengguna yang dapat mencapai matlamat anda dan memberikan lebih banyak data kepada model pembelajaran mesin kami yang boleh digunakan untuk memperincikan kempen anda.

Tarik perhatian khalayak anda

Aset hendaklah menggunakan teks perbualan dalam tajuk dan perihalan, visual yang boleh dikenali serta audio yang hebat untuk menarik dan mengekalkan perhatian pengguna.

Nota: Mengikut dasar Google, imej tidak akan diluluskan jika perkataan “Muat turun” atau “Pasang” ditindih pada imej tersebut.

Gantikan aset berprestasi rendah dengan kerap

Pantau laporan aset anda dengan teliti. Selepas aset tersebut keluar daripada status “Pembelajaran”, aset tersebut akan dilabelkan sebagai kedudukan aset “Rendah” , “Baik” atau “Terbaik”. Jika anda tidak memuat naik bilangan maksimum aset yang dibenarkan, tambahkan aset yang serupa dengan aset yang ditarafkan sebagai "Terbaik". Jika anda telah mencapai bilangan maksimum aset yang dibenarkan, gantikan aset yang ditarafkan sebagai "Rendah". Lakukan secara berperingkat untuk meminimumkan turun naik prestasi.

Gunakan aset berkualiti tertinggi

Apabila anda menyerahkan aset kreatif berkualiti tinggi, iklan anda berkemungkinan besar menunjukkan prestasi yang baik untuk tempoh masa yang lama. Perkara ini berlaku kerana aset kreatif berkualiti tinggi berkemungkinan besar menarik perhatian bakal pelanggan. Walau bagaimanapun, aset kreatif berkualiti rendah mungkin menjejaskan prestasi kempen disebabkan jangkauan khalayak yang lebih rendah. Tindakan memaksimumkan kualiti aset anda akan memastikan iklan anda mencapai jangkauan khalayak yang tertinggi merentas semua produk kami.

Kami telah menetapkan beberapa garis panduan kualiti untuk pelbagai jenis aset yang anda serahkan bagi iklan anda.

Nota: Kami menilai dengan kerap cara kami menentukan kualiti dan hasil daripadanya, amalan terbaik yang terdapat dalam artikel ini hari ini adalah tertakluk pada perubahan.

Aset teks

Berikan pandangan bebas yang lengkap

  • Tulis frasa kendiri yang mempunyai pelbagai panjang teks, dengan menggunakan tatabahasa, ejaan dan tanda baca yang betul serta berkesan dalam apa-apa urutan. Google Ads akan mencampurkan dan memadankan setiap frasa secara automatik untuk memberi anda versi alternatif iklan yang boleh meningkatkan prestasi.
  • Fokuskan setiap frasa pada satu titik jualan apl yang unik.

Berikan seruan tindak yang jelas

Gunakan teks pada butang anda untuk memperkasa matlamat kempen anda:

  • Untuk mendorong pemasangan, teks pada butang anda perlu menggambarkan tindakan pemasangan (contohnya, gesaan untuk “Memuat turun sekarang” atau “Main sekarang”).
  • Untuk mendorong pembelian, teks pada butang anda perlu menyerlahkan jualan, diskaun atau item untuk dibeli (contohnya, “Dapatkan diskaun US$5” atau “Jimat sekarang”).
  • Untuk meningkatkan pengekalan atau interaksi semula, teks pada butang anda perlu menonjolkan corong bawah atau ciri baharu yang tersedia untuk memberikan ganjaran kepada pengguna agar berinteraksi (contohnya, “Lihat 100 item baharu” atau "Cuba hari ini").

Elakkan umpan klik dan hiperbola

  • Frasa, soalan dan pernyataan berbentuk hiperbola yang direka untuk mendorong pengguna mengklik pada iklan adalah tidak dibenarkan.
  • Elakkan daripada menggunakan frasa yang mempunyai rujukan yang kabur kepada “ini”.

Patuhi semua peraturan gaya

Untuk mengelakkan penolakan, semua iklan hendaklah mematuhi peraturan gaya. Berikut ialah sebab lazim untuk penolakan iklan, bersama-sama contoh.

Jangan gunakan:

  • Penampilan sensasi, termasuk penggunaan tanda seru yang berlebihan (contohnya, “Anda pasti tidak mempercayai perkara yang akan berlaku seterusnya”)
  • Emoji
  • Tanda baca atau simbol yang tidak digunakan untuk tujuan yang dimaksudkan (contohnya, “@rumah” untuk menandakan “berada di rumah”)
  • Huruf besar yang tidak sesuai (contohnya, “JUALAN, J.U.A.L.A.N., JuaLan”)
  • Jarak yang tidak sesuai (contohnya, “Jual,beli kasut sniker”, “K A S U T S N I K E R”)
  • Tatabahasa yang salah
Petua: Dua tajuk teks tidak boleh digunakan bersama jika kedua-dua tajuk tersebut berakhir dengan tanda seru.

Aset imej

Mempunyai tarikan visual

Pengiklanan ialah gambaran jenama anda. Aset imej anda hendaklah menarik dan tidak terpesong daripada kredibiliti jenama anda. Kami mengesyorkan agar anda mengelakkan daripada menggunakan imej yang herot, berbentuk pelik, diubah, terbalik, tidak jelas, warna disongsangkan atau menggunakan penapis yang berlebihan.

Imej hendaklah mempunyai ketumpatan piksel yang tinggi

Ketumpatan piksel bukan sahaja tanda kualiti yang boleh dilihat, tetapi ketumpatan piksel yang lebih tinggi memastikan imej anda dipaparkan dengan betul apabila diubah saiz atau dipaparkan pada skrin peleraian tinggi.

Gunakan keseluruhan bingkai

Iklan berasa lebih semula jadi jika sepadan dengan bentuk, saiz dan penempatan kandungan asli. Ruang kosong tidak boleh wujud di antara pinggir aset imej dan bingkai imej tersebut.

Hadkan ruang kosong dalam imej

Ruang kosong tidak boleh mengisi lebih 80% daripada mana-mana imej. Subjek imej hendaklah menjadi tarikan utama dan hendaklah mengisi lebih banyak ruang agar menonjol dari segi visual serta lebih mudah dilihat pada skrin yang lebih kecil.

Elakkan menindih teks, logo atau seruan tindak pada imej

Teks tindih tidak boleh mendominasi mana-mana imej. Sebaik-baiknya, apa-apa teks atau logo dalam imej perlu disepadukan secara organik, seperti pada bungkusan produk, pakaian, papan tanda, papan iklan, dll. Jika teks atau logo bertindih, penggunaan aset tersebut hendaklah dipastikan minimum supaya tidak mengalih perhatian daripada imej. Imej yang mempunyai sedikit atau tiada kandungan bertindih akan mendapat manfaat daripada jangkauan khalayak yang lebih tinggi. Secara keseluruhan, kami syorkan agar anda mengehadkan elemen bertindih supaya meliputi kurang daripada 20% kawasan permukaan imej.

Petua: Untuk memastikan peletakan merentas semua saluran, muat naik imej tanpa apa-apa teks atau logo bertindih.

Elakkan umpan klik dan hiperbola dalam imej

Serupa dengan aset teks, imej perlu mengelakkan visual atau teks yang mendorong pengguna untuk mengklik melalui kandungan sensasi atau mengejutkan.

Iklan video

Tekankan pengalaman apl berbanding cerita

Walaupun tarikan emosi dan penceritaan kekal penting, video anda hendaklah memaparkan pengalaman apl secepat mungkin. Gunakan tangkapan yang padat (gambaran dekat watak dan UI anda) untuk membantu pengguna memfokus pada ciri yang boleh digunakan oleh mereka dalam apl dan faedah ciri tersebut.

Tarik perhatian penonton

  • Pengguna mudah alih mempunyai tumpuan perhatian yang pendek, jadi sasarkan untuk menarik perhatian mereka dalam masa 2 hingga 3 saat pertama. Dalam penyelidikan kami tentang iklan video apl yang berjaya, kami juga mendapati, secara purata iklan tersebut mengandungi 2+ perubahan babak dalam masa 5 saat pertama, yang membantu dalam menyampaikan pengalaman apl yang dinamik.
  • Audio merupakan cara yang mudah untuk membuat satu lagi lapisan hubungan dengan pengguna. Gunakan audio dan muzik untuk menekankan penjenamaan serta seruan tindak. Memandangkan sesetengah inventori mematikan audio secara lalai, kapsyen hendaklah disertakan.

Gunakan jenama dalam keseluruhan iklan anda

  • Perkenalkan jenama lebih awal dan pada bila-bila masa yang boleh, paparkan jenama tersebut dalam keseluruhan iklan anda.
  • Tunjukkan penjenamaan sebagai sebahagian daripada apl (dalam foto), di sisi (dalam iklan menegak), dalam keseluruhan isyarat audio atau gabungan ketiga-tiga ciri tersebut.

Pelbagaikan dan lakukan percubaan

Lakukan percubaan dengan membuat video berkenaan tema yang berlainan (contohnya, komedi berbanding dramatik), gaya (contohnya, serius berbanding komedi) atau subjek (contohnya, satu kes penggunaan atau faedah apl tersebut berbanding yang lain). Perkara ini meningkatkan peluang jenama anda menarik hati khalayak yang berlainan.

Nota: Memandangkan semua aset video disiarkan daripada YouTube, anda mesti memuat naik secara terus ke platform ini supaya layak untuk pemilihan.

Aset HTML5

Aset HTML5 boleh menjadi lebih sukar dan mahal untuk dibuat berbanding jenis aset yang terdahulu. Kami amat mengesyorkan agar anda memuat naik bilangan maksimum aset teks, imej dan video sebelum membina untuk HTML5.

Reka bentuk dengan mengutamakan keupayaan peranti mudah alih

Aset HTML5 bersifat interaktif, jadi keupayaan peranti mudah alih hendaklah dipertimbangkan dengan teliti sebagai sebahagian daripada reka bentuk aset tersebut. Cara biasa pengguna berinteraksi dengan iklan HTML5 termasuk cara berikut: ketik, leret, seret dan lepas, cubit untuk zum dan goncang.

Sertakan arahan

Penonton tidak menjangkakan iklan akan bersifat interaktif, jadi sediakan kapsyen ringkas berbentuk arahan sebelum iklan dimainkan. Matlamat perkara ini adalah untuk menggalakkan penonton melakukan tindakan interaktif yang diinginkan dalam masa 3 atau 4 saat.

Sertakan penjenamaan yang dapat dilihat dengan jelas dalam keseluruhan iklan

Logo apl anda, bersama-sama dengan butang “pasang sekarang” atau “muat turun sekarang”, hendaklah terus diletakkan dalam keseluruhan iklan untuk memastikan iklan tersebut sah dan mengelakkan penolakan. Anda amat disyorkan agar meletakkan kedua-dua item tersebut sebelah-menyebelah pada bar atas.

Sertakan kapsyen

Memandangkan jenis aset HTML5 tidak termasuk video atau audio, kapsyen hendaklah digunakan. Pastikan bahawa kapsyen dapat dilihat dengan jelas pada pelbagai saiz skrin.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14660582693268971764
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false