Pilihan pemulihan akaun

Cara mendayakan pilihan pemulihan akaun anda

Untuk semua pilihan, anda perlu melakukan perkara yang berikut:

  1. Log masuk ke Akaun Saya.

  2. Dalam bahagian "Log Masuk dan Keselamatan", pilih Log masuk ke Google.

  3. Di bawah “Pilihan pemulihan akaun”, anda boleh:

    1. Menambah telefon pemulihan: Pilih Telefon pemulihan.

    2. Menambah e-mel pemulihan: Pilih E-mel pemulihan.

Cara menggunakan pilihan pemulihan akaun anda yang sedia ada sekiranya anda tidak dapat log masuk ke dalam akaun anda

Untuk semua pilihan, anda perlu melakukan perkara yang berikut:

  1. Lawati halaman pemulihan kata laluan kami.
  2. Masukkan nama pengguna anda.
  3. Klik Serah.
  4. Jika alamat e-mel anda diterima, CAPTCHA akan muncul (huruf dalam gambar yang terherot), yang perlu ditaipkan dalam kotak kosong di bawah.
  5. Klik Serah.

Untuk dihubungi melalui:

E-mel:
  1. Pilih butang radio yang tertera "E-mel kepada *****@****.com".
  2. E-mel daripada Google akan dihantar secara automatik ke alamat e-mel pemulihan anda.
  3. Log masuk ke akaun alamat e-mel kedua anda dan ikut arahan yang diberikan dalam mesej tersebut.

NOTA: Jika e-mel pengesahan telah dihantar tetapi anda tidak menerimanya, mesej tersebut mungkin disekat oleh penapis spam atau mel pukal dalam sistem e-mel pemulihan anda. Cuba cari mesej daripada account-recovery-noreply@google.com dalam folder Spam atau Mel Pukal anda untuk melihat sama ada e-mel tersebut berada di situ.

Nombor telefon mudah alih anda:
  1. Pilih butang radio yang tertera "Mesej teks kepada ********XX".
  2. Satu mesej teks akan dihantar ke telefon mudah alih anda dengan kod penetapan semula kata laluan.
  3. Masukkan kod penetapan semula kata laluan pada halaman Pengesahan kod mesej teks yang berikut.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
12433472133397418599
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false