Nota: Jika anda mempunyai akaun pengurus peringkat atas yang mempunyai berbilang akaun sub-pengurus dengan pelbagai akaun pelanggan, tindakan pukal yang dimiliki oleh pengurus peringkat atas akan kelihatan kepada akaun itu sahaja dan tidak kepada mana-mana sub-pengurus atau akaun pelanggan.
Dengan menggunakan alat pengurusan pukal dalam Google Ads, anda boleh membuat, mengurus dan melaporkan tentang kempen dan iklan video anda secara pukal dengan lebih berkesan. Berikut ialah beberapa alat yang kami tawarkan:
- Muat naik pukal: Buat dan edit beratus-ratus kempen video secara serentak berbanding satu demi satu. Dengan memuat turun hamparan kempen, kumpulan iklan atau iklan, anda kemudian boleh mengedit di luar talian dan memuat naik hamparan ke akaun anda kembali.
- Penyuntingan dalam baris secara besar-besaran: Gunakan menu lungsur Edit di halaman Kempen, Kumpulan iklan dan Iklan untuk melaraskan lebih daripada satu elemen dalam akaun anda pada satu masa. Tindakan menggunakan pengeditan pukal menjimatkan masa anda dengan mengemas kini berbilang item secara serentak dalam satu kempen atau merentas berbilang kempen pada satu masa. Dengan mengklik pilihan menu Pengeditan pukal terbaru, anda boleh melihat perubahan terbaru yang dibuat pada akaun anda sepanjang 90 hari yang lalu.
- Peraturan automatik: Automasikan perubahan pada akaun anda (seperti bida, belanjawan dan status) berdasarkan kriteria yang anda tentukan. Sebagai contoh, anda boleh mengautomasikan perubahan merentas status iklan dan bida KST iklan video anda, mengikut keadaan yang anda pilih.
- Pelaporan akaun pengurus: Dalam pilihan Laporan di bawah ikon Pelaporan dalam akaun pengurus, anda boleh membuat, memuat turun dan mengurus pelbagai laporan prestasi merentas semua akaun terurus anda. Untuk melihat prestasi kempen video, anda boleh menambahkan metrik seperti tontonan dan kadar tontonan pada laporan ini. Anda juga boleh menapis mengikut jenis kempen "Video" sahaja untuk mengecilkan lagi skop anda.
- Google Ads Editor: Anda boleh membuat dan mengedit kempen video anda menggunakan Google Ads Editor.
- Skrip Google Ads: Anda boleh mengautomasikan tindakan dalam akaun Google Ads anda dengan menggunakan kod JavaScript. Gunakan skrip untuk menukar bida, menjeda kumpulan iklan, mengurus item dalam akaun anda dan banyak lagi. Ketahui lebih lanjut
Muat naik pukal
Dengan memuat turun hamparan yang mengandungi semua elemen kempen, kumpulan iklan atau iklan video, anda boleh membuat, mengedit, menambahkan atau mengalih keluar mana-aman elemen tersebut secara pukal dengan cepat. Sebaik sahaja anda memuat naik hamparan anda yang telah dikemas kini, anda boleh melihat perubahan terus dalam akaun anda. Ketahui lebih lanjut tentang membuat perubahan dengan muat naik pukal.
Penyuntingan dalam baris pukal
Buat perubahan besar-besaran merentas kempen, kumpulan iklan dan iklan video anda.
Buat penyuntingan dalam baris pukal pada kempen, iklan atau tetapan video- Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen .
- Klik menu lungsur Kempen pada menu bahagian.
- Klik Kempen, Kumpulan iklan atau Iklan.
- Pilih kotak pilihan bersebelahan item dalam jadual yang anda mahu edit dan kemudian klik Edit.
- Pada menu "Edit", pilih pilihan yang berkaitan dengan elemen yang mahu diedit (sebagai contoh, bidaan, iklan atau kaedah penyasaran).
Nota: Dengan mengklik pilihan menu Pengeditan pukal terbaharu, anda boleh melihat perubahan terbaharu yang dibuat pada akaun anda sepanjang 90 hari yang lalu. Pilihan "Pengeditan pukal terbaharu" hanya dipaparkan pada menu "Edit" pada halaman "Kempen", "Kumpulan iklan" dan "Iklan".
Peraturan automatik
Penggunaan peraturan automatik boleh menjimatkan masa anda, dengan mengurangkan keperluan untuk memantau kempen video anda dan membuat perubahan manual secara kerap. Berikut ialah beberapa perkara yang boleh anda lakukan dengan peraturan automatik:
- Jadualkan iklan video anda supaya dipaparkan pada waktu tertentu dalam sehari.
- Laraskan bida, bergantung pada masa dalam hari, musim atau keadaan lain yang berubah.
Perlu diingat
Sistem tidaklah sepintar anda, jadi tetapkan had yang sesuai untuk peraturan anda dan semak log anda sekali-sekala untuk memastikan tindakan yang diambil oleh peraturan tersebut adalah hasil daripada data yang mencukupi.
- Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen .
- Klik menu lungsur Kempen pada menu bahagian.
- Klik Kempen, Kumpulan iklan, Iklan, kemudian klik menu lungsur Automasi.
- Pada menu "Automasi", pilih salah satu peraturan.
- Masukkan kriteria peraturan anda dan sebarang keperluan untuk peraturan yang akan dicetuskan.
- Pilih berapa kerap anda mahu peraturan anda dijalankan (contohnya, setiap hari atau hanya sekali pada tarikh dan masa tertentu) daripada menu "Kekerapan", bersama dengan julat tarikh untuk menilai keperluan anda. Kemudian masukkan nama peraturan anda dan pilih cara anda ingin diberitahu apabila peraturan anda berjalan.
- Klik butang Pratonton hasil untuk mengesahkan bahawa anda telah menetapkannya seperti yang anda mahu. Pratonton hanya untuk pengesahan dan tidak membuat apa-apa perubahan kekal pada akaun anda.
- Klik Simpan.
- Selepas anda membuat peraturan anda, penting untuk memerhatikannya untuk memastikan peraturan tersebut berfungsi seperti yang anda mahu. Untuk mengurus peraturan anda, pilih Urus peraturan pada menu "Automasi". Di situ, anda akan melihat senarai peraturan anda; anda boleh menjeda, mendayakan atau mengalih keluar peraturan ini (dalam lajur "Status") atau mengeditnya (dalam lajur "Tindakan").
- Setiap kali peraturan dijalankan, satu entri akan muncul dalam jadual log. Klik Lihat butiran untuk melihat maklumat khusus tentang perkara yang berubah dengan setiap peraturan.
Pelaporan akaun pengurus
Dalam akaun pengurus, anda boleh menjalankan laporan prestasi merentas semua akaun video terurus anda.
Buat laporan prestasi kempen video merentas akaun dalam akaun pengurus- Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen .
- Klik menu lungsur Cerapan dan laporan dalam menu bahagian.
- Klik Editor laporan.
- Klik ikon pelaporan , kemudian klik Laporan Dipratentukan > Asas > Kempen.
- Klik ikon penapis di sebelah Jenis kempen, kemudian pilih Video.
- Klik Gunakan.
- Klik ikon muat turun , kemudian pilih jenis fail yang anda inginkan.
Laporan anda kini dimuat turun ke komputer anda.
Google Ads Editor membolehkan anda membuat dan mengurus kempen video serta mengedit tetapan kempen video anda. Iklan video TrueView dan bamper ialah cara interaktif untuk berinteraksi dengan pelanggan anda di YouTube dan merentas Internet. Perlu diingat bahawa kempen TrueView untuk beli-belah dan pemasangan apl mudah alih, serta tindanan seruan tindak adalah tidak disokong.
Buat kempen video
- Dalam pepohon akaun, pilih akaun untuk memaparkan kempen video.
- Dalam senarai jenis, pilih Kempen.
- Klik Tambah kempen di atas paparan data.
- Pilih kempen baharu dalam paparan data.
- Dalam panel edit, pilih Video daripada menu lungsur Jenis kempen.
Edit kempen video
- Dalam pepohon akaun, pilih akaun yang mempunyai kempen yang ingin anda edit.
- Dalam senarai jenis, pilih Kempen.
- Pilih kempen yang anda ingin edit.
Kemudian, anda boleh mengubah tetapan anda, seperti menambah pengecualian kandungan yang membolehkan anda menentukan tempat yang anda tidak ingin iklan anda dipaparkan.
- Untuk menambah pengecualian kandungan, klik Edit di bawah bahagian “Pengecualian kandungan”.
- Pilih kategori tapak, kandungan atau peletakan iklan di tempat yang anda tidak ingin iklan anda dipaparkan.
- Klik OK.
Anda boleh mengubah tetapan rangkaian anda dengan mengklik Tetapan video dan memilih Carian YouTube, Video YouTube atau Sertakan rakan kongsi video. Anda juga boleh mengubah strategi bida anda kepada “KST Manual” menggunakan menu lungsur di bawah bahagian “Strategi bida”.
Buat atau edit kumpulan iklan
- Dalam pepohon akaun, pilih akaun yang mempunyai kempen yang ingin anda edit.
- Dalam senarai jenis, pilih Kumpulan iklan.
- Klik Tambah kumpulan iklan untuk membuat kumpulan iklan baharu atau pilih kumpulan iklan yang sedia ada untuk diedit.
Kemudian, anda boleh mengedit pelbagai medan, termasuk pelarasan bidaan kandungan teratas. Perkara ini membolehkan anda menetapkan pelarasan bidaan untuk kandungan yang telah diukur oleh sistem kami sebagai lebih popular, kerap memperoleh bilangan tera yang lebih banyak setiap hari dan memperoleh tahap trafik serta interaksi penonton yang lebih tinggi.
Jika anda sedang membuat kumpulan iklan baharu, anda boleh memilih satu daripada dua jenis iklan: dalam strim atau dalam paparan.
Buat dan edit iklan
- Dalam pepohon akaun, pilih akaun yang mempunyai kempen yang ingin anda edit.
- Dalam senarai jenis, pilih Iklan dan aset.
- Jika tetapan format kumpulan iklan anda ialah “dalam strim,” pilih iklan video dalam strim TrueView. Jika tetapan format kumpulan iklan anda ialah “dalam paparan,” pilih iklan video dalam paparan TrueView.
- Anda boleh mengedit medan dalam panel sunting, seperti ID video, URL akhir dan status. Anda juga boleh memuat naik imej untuk iklan anda dengan mengklik Pilih imej dalam bahagian “Sepanduk pasangan”.
Perlu diingat: Format iklan anda mesti sepadan dengan jenis kumpulan iklan. Sebagai contoh, jika anda mempunyai kumpulan iklan dalam strim, hanya iklan dalam strim boleh berada dalam kumpulan iklan tersebut.
Pautan berkaitan
- Menggunakan skrip untuk membuat perubahan automatik
- Ketahui lebih lanjut tentang mengoptimumkan kempen video anda
- Ketahui lebih lanjut tentang mengoptimumkan iklan video anda