Menghentikan e-mel tentang peraturan automatik

Anda boleh berhenti menerima e-mel tentang kemaskinian peraturan anda memalui tiga cara: anda boleh mengubah tetapan e-mel bagi peraturan tertentu, menjeda peraturan atau mengalih keluar peraturan. Jika peraturan anda ialah e-mel sahaja, maka anda hendaklah menjeda peraturan tersebut untuk berhenti menerima e-mel daripada peraturan tersebut.

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.

Tukar tetapan e-mel untuk sesuatu peraturan

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Alatan Tools Icon.
  2. Klik menu lungsur Tindakan pukal dalam menu bahagian.
  3. Klik Peraturan.
  4. Tatal ke kanan dan klik Edit peraturan dalam baris peraturan yang mahu anda tukar.
  5. Pada bahagian "E-melkan hasil", pilih kekerapan anda mahu menerima e-mel tentang peraturan anda. Untuk berhenti menerima e-mel sama sekali, pilih "Tiada e-mel".
  6. Klik Simpan.

Jeda peraturan dengan pemberitahuan e-mel

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Alatan Tools Icon.
  2. Klik menu lungsur Tindakan pukal dalam menu bahagian.
  3. Klik Peraturan.
  4. Klik anak panah ke bawah bersebelahan dengan ikon status untuk mana-mana peraturan dalam akaun anda dan pilih Jeda daripada menu lungsur.

Menghentikan e-mel untuk akaun yang telah dibatalkan

  • Akaun Google Ads: Jika anda telah membatalkan akaun Google Ads anda, dalam kebanyakan kes, anda masih boleh log masuk semula dan menjeda atau mengedit peraturan untuk mengubah tetapan e-mel anda seperti yang dijelaskan di atas.
  • Google Account: Jika anda telah membatalkan Google Account anda, anda tidak akan dapat log masuk ke akaun Google Ads anda dan menukar tetapan e-mel anda. Jika ini berlaku, sila hubungi Sokongan Pelanggan. Ketahui lebih lanjut tentang mengurus Google Account anda.
Cuba sekarang

Langkah seterusnya

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2595659135915444526
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false