Perihal pembidaan kos setiap tontonan (CPV)

Untuk Kempen video, strategi bidaan CPV tersedia di bawah objektif kempen yang berikut apabila anda mula menyediakan kempen anda:

  • Pertimbangan Produk dan Jenama (Semua subjenis kempen menyediakan CPV)
  • Kesedaran dan jangkauan jenama (Hanya subjenis kempen Jujukan Iklan menyediakan CPV)

Melalui pembidaan CPV, anda akan membayar untuk tontonan dan interaksi video (seperti klik pada tindanan seruan tindak, kad dan sepanduk pasangan). Tontonan dikira apabila seseorang menonton iklan video anda selama 30 saat (atau sepanjang tempoh video jika lebih pendek daripada 30 saat) atau berinteraksi dengan video anda, mana-mana yang lebih awal.

Nota: Metrik kos setiap tontonan dalam pelaporan hanya termasuk kos yang layak untuk tontonan. Sesetengah format iklan seperti iklan bamper atau iklan dalam strim tidak boleh langkau tidak layak untuk tontonan.

Dengan iklan teks atau iklan imej dalam talian tradisional, pelanggan di web boleh melihat iklan anda, membaca teks iklan tersebut dan mengklik URL anda untuk pergi terus ke laman anda. Jenis interaksi ini tidak mengambil kira kandungan interaktif seperti iklan video. Dengan CPV dan pelaporan iklan video, anda dapat menilai tahap interaksi penonton dengan kandungan anda, tempat yang dipilih untuk menonton video anda dan masa mereka berhenti menonton kandungan anda.

Artikel ini menerangkan cara pembidaan CPV berfungsi.

Cara ciri ini berfungsi

Untuk menetapkan bidaan CPV, anda memasukkan harga tertinggi untuk bayar sekali tonton semasa menyediakan kempen (atau kumpulan iklan) anda. Bidaan anda dipanggil bidaan CPV maksimum anda atau ringkasnya "CPV maks". Bidaan ini digunakan pada semua iklan dalam kumpulan iklan.

Contoh

Jika anda berpendapat tindakan seseorang menonton video anda bernilai $0.25, anda boleh menetapkan $0.25 USD sebagai bidaan CPV maks anda. Perkara ini bermakna:

  • Untuk iklan dalam strim, anda akan membayar maksimum sebanyak $0.25 USD apabila seseorang menonton 30 saat video anda (atau tempoh video jika video tersebut lebih pendek daripada 30 saat) atau berinteraksi dengan elemen interaktif, mana-mana yang lebih awal. Elemen interaktif termasuk tindanan seruan tindak (CTA), kad, sepanduk pasangan dan pautan ke laman atau apl mudah alih anda.

  • Untuk iklan video dalam suapan, anda akan membayar maksimum sebanyak $0.25 USD apabila seseorang mengklik lakaran kecil atau tajuk iklan video dan mula menonton video anda.

Anda juga boleh menetapkan bidaan bagi iklan video dalam suapan anda lebih rendah daripada iklan dalam strim anda.

Cara menentukan amaun bidaan CPV yang harus ditetapkan

Bagaimanakah cara menentukan amaun CPV maks yang harus ditetapkan? Anda boleh menentukan amaun ini berdasarkan anggaran jangkauan yang kami usulkan apabila anda memilih tetapan penyasaran dan CPV maks anda semasa membina kempen baharu (atau mengurus kumpulan iklan anda kemudian). Anda juga boleh menentukan amaun ini berdasarkan pemahaman anda tentang perniagaan anda dan nilai satu tontonan.

Amaun yang perlu anda bayar

Bidaan CPV maks anda ialah nilai tertinggi yang akan dicaj pada anda untuk tontonan video, tetapi anda tidak akan dicaj amaun maksimum ini pada setiap masa. Selagi boleh, kami akan cuba mengenakan caj kepada anda hanya setakat yang diperlukan untuk iklan anda dipaparkan di halaman. Amaun akhir yang akan anda bayar untuk tontonan dipanggil CPV sebenar.

CPV sebenar sering kali lebih rendah daripada CPV maks kerana dengan lelongan Google Ads, anda tidak membayar lebih daripada amaun yang diperlukan untuk kedudukan yang lebih tinggi daripada pengiklan yang berada betul-betul di bawah anda.

Dua elemen mempengaruhi CPV sebenar yang anda bayar: Skor Kualiti dan Kedudukan Iklan. Skor Kualiti anda ialah ukuran keberkaitan iklan anda dengan pelanggan, dan merangkumi beberapa faktor prestasi seperti kadar tontonan. Setelah Skor Kualiti anda ditentukan, skor tersebut akan didarab dengan bidaan CPV maks anda untuk menentukan kedudukan iklan anda antara iklan pengiklan yang lain. Perkara ini dipanggil Kedudukan Iklan.

Setelah semua iklan ditentukan kedudukan, CPV sebenar untuk iklan anda dibuat berdasarkan persamaan yang mengambil kira kedudukan iklan pembida di bawah anda dan Skor Kualiti anda.

Iklan yang mempunyai kedudukan yang tertinggi akan menang, dan kos tontonan video bagi iklan ini (CPV sebenar) cuma tinggi sedikit daripada bidaan CPV bagi iklan yang berada pada kedudukan yang seterusnya.

Contoh

Katakan CPV maks anda ialah $5 USD dan terdapat dua pengiklan lain dalam lelongan dengan Skor Kualiti yang sama. Seorang membida CPV maks sebanyak $1 USD dan seorang lagi membida CPV maks sebanyak $3 USD. Memandangkan tidak ada pesaing lain yang membida lebih daripada $5 USD, anda menjadi pembida tertinggi. Walau bagaimanapun, kami tidak akan mengenakan anda caj sebanyak $5 USD jika persaingan terdekat anda hanya membida pada harga $3 USD. Kami akan mengecaj anda sebanyak $3.01 USD. $3.01 USD ialah CPV sebenar anda.

Cara CPV mempengaruhi Kedudukan Iklan anda

Bidaan CPV maks yang anda tetapkan akan menentukan peluang iklan anda menang dalam lelongan dan dipaparkan kepada penonton. Untuk iklan video dalam suapan yang disiarkan pada hasil carian YouTube, bidaan ini turut mempengaruhi kedudukan iklan anda dalam kalangan iklan lain di halaman hasil carian tersebut.

CPV maks yang lebih tinggi akan meningkatkan peluang iklan anda untuk muncul sekali gus meningkatkan peluang iklan anda berada pada kedudukan yang lebih tinggi berbanding dengan iklan yang lain, jika berkenaan.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
10147648683651769847
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false