Perihal laporan istilah carian

Gunakan laporan istilah carian untuk mengetahui prestasi iklan anda apabila dicetuskan oleh carian sebenar dalam Rangkaian Carian. Artikel ini menerangkan tentang laporan istilah carian dan cara menggunakan laporan tersebut.

Untuk mendapatkan arahan tentang cara melihat dan memahami laporan istilah carian, rujuk Lihat laporan istilah carian anda.

Perbezaan antara laporan istilah carian dan cerapan istilah carian

Cerapan istilah carian menganalisis istilah carian yang memaparkan iklan anda dalam masa 56 hari lalu, menghimpun istilah tersebut kepada tema dan subtema untuk memberi anda metrik prestasi utama bagi setiap satu. Kami mengesyorkan agar anda menggunakan ciri ini apabila tersedia untuk memahami perkara yang diminati pengguna anda dengan mudah dan untuk memperoleh lebih banyak permintaan yang belum diperoleh.

Namun begitu, anda mungkin mendapati beberapa perbezaan antara data yang ditunjukkan pada cerapan istilah carian berbanding laporan istilah carian.

  • Penukaran: Cara penukaran diproses berbeza antara cerapan istilah carian dengan laporan istilah carian. Anda mungkin mendapati perbezaan kcil antara 2 produk tersebut disebabkan selang penukaran.
  • Subtema dan pertanyaan carian: Sesetengah istilah carian yang tidak mempunyai aktiviti pertanyaan yang mencukupi dikecualikan daripada laporan istilah carian untuk mematuhi standard kami berkenaan privasi data. Cerapan istilah carian mengambil kira pertanyaan volum rendah ini dengan menghimpun pertanyaan tersebut kepada subtema yang berkaitan jika berkenaan atau mengagregatkan pertanyaan tersebut sebagai "pertanyaan lain" tanpa mendedahkan pertanyaan tersebut.

Manfaat

Laporan istilah carian memberikan cerapan tentang carian yang mencetuskan iklan anda dan prestasi carian tersebut. Laporan ini turut membantu anda menemukan idea baharu untuk kreatif dan kandungan halaman pendaratan agar sejajar dengan perkara yang dicari oleh pelanggan anda.

Apakah perbezaan antara istilah carian dan kata kunci? Istilah carian ialah perkataan atau set perkataan yang dimasukkan oleh pelanggan apabila mencari di Google atau salah satu daripada laman Rangkaian Carian kami. Kata kunci ialah perkataan atau set perkataan yang boleh ditambahkan oleh pengiklan Google pada kumpulan iklan tertentu supaya iklan anda menyasarkan khalayak yang betul.

Contoh

David ingin membeli sejambak bunga Hari Valentine dalam talian. Dia menaipkan "mawar merah" ke dalam kotak carian di Google. "Mawar merah" ialah istilah carian. Katakan anda ialah pemilik perniagaan bunga dalam talian dan mengurus akaun Google Ads. Memandangkan anda telah memasukkan perkataan "bunga mawar" sebagai kata kunci dalam kempen Google Ads anda, iklan anda mungkin layak dipaparkan di halaman hasil carian David.

Lihat laporan istilah carian anda

Untuk melihat laporan istilah carian anda, ikut langkah ini:

  1. Log masuk ke akaun Google Ads anda.
  2. Klik Kempen Campaigns Icon, Cerapan dan laporan, kemudian Istilah carian.

Pada laporan, anda akan menemukan data tentang istilah carian yang telah digunakan oleh bilangan pengguna yang amat ramai dan telah mencetuskan tera serta klik.

Anda juga boleh menggunakan ciri berikut:

Butang tutup Gambar ikon lajur Google Ads Ubah laporan istilah carian anda dan ubah suai lajur yang dipaparkan. Membolehkan anda menambahkan, mengalih keluar atau menyusun semula lajur dalam laporan anda. Anda boleh memilih untuk menyimpan set lajur anda dan menggunakan perubahan ini.
Butang muat turun Gambara ikon muat turun untuk Google Ads dan Merchant Center Muat turun data dalam laporan anda. Pilih format untuk memuat turun data daripada senarai yang dipaparkan apabila anda menglik senarai tersebut.
Butang segmen Segmen Bahagikan jadual kepada masa, penukaran, peranti (yang memaparkan iklan) atau Rangkaian.
Butang
kembangkan Enlarge
Kembangkan jadual laporan istilah carian anda. Kembali kepada paparan terdahulu dengan mengklik butang kuncupkan .

Memahami data istilah carian anda

Memahami lajur "Kata kunci"

Lajur "Kata Kunci" memberitahu anda mengenai kata kunci anda yang sepadan dengan istilah carian seseorang dan mencetuskan iklan anda. Maklumat ini boleh membantu anda menyemak kata kunci anda "mengambil tindakan" dengan memaparkan kepada anda cara kata kunci tersebut sepadan dengan carian sebenar.

Anda boleh menggunakan data dalam lajur "Kata Kunci" untuk memperbaiki senarai kata kunci anda. Sebagai contoh, katakan anda menjual bunga tulip. Apabila anda melihat laporan istilah carian, anda akan mendapati bahawa kata kunci padanan am bunga anda, mencetuskan iklan anda untuk dipaparkan apabila pelanggan mencari mawar merah dan orkid ungu—bunga yang anda tidak jual. Jadi, anda memutuskan untuk memperincikan senarai kata kunci anda bagi memberi tumpuan pada istilah dan frasa yang lebih khusus dengan produk yang anda tawarkan: tulip.

Lajur "Kata kunci" tidak dipaparkan secara lalai. Dalam pengalaman baharu Google Ads, untuk menghidupkan lajur "Kata kunci", klik ikon lajur Gambar ikon lajur Google Ads, kemudian klik "Atribut". Tandai kotak di sebelah "Kata kunci," kemudian klik "Gunakan".

Memahami lajur "Jenis padanan"

Lajur "Jenis padanan" dalam laporan istilah carian anda memberitahu anda sejauh manakah istilah carian yang mencetuskan iklan anda di Google berkaitan dengan kata kunci sebenar dalam akaun anda. Dengan menyemak jenis padanan yang berfungsi dengan baik untuk kata kunci dan carian, anda boleh memperincikan jenis padanan bagi semua kata kunci anda agar lebih tepat dalam menarik pelanggan yang sesuai.

Ubah suai laporan anda

Anda boleh mengubah suai laporan anda untuk melihat senarai istilah carian yang mencetuskan iklan anda bagi keseluruhan akaun anda mahupun kempen atau kumpulan iklan tertentu anda. Ciri ini diakses dengan mengklik ​​​​​​Kempen Campaigns Icon, Cerapan & laporan dan Editor laporan, kemudian memilih laporan dalam bahagian "Laporan dipratentukan (Dimensi)".

Harap maklum bahawa walaupun maklumat yang sama untuk kata kunci yang berasingan tersedia semasa melihat laporan istilah carian dengan cara ini, anda tidak boleh menambahkan kata kunci atau kata kunci negatif terus daripada laporan.

Istilah carian pada rakan kongsi carian

Selain halaman hasil carian, iklan anda di rakan kongsi carian kami juga boleh dipaparkan di halaman direktori tapak atau halaman lain yang berkaitan dengan carian pengguna. Istilah carian dalam keadaan ini mungkin kelihatan lebih panjang daripada biasa atau dalam format yang berlainan, bergantung pada struktur tapak atau halaman tertentu.

Cara ciri ini berfungsi

Laporan istilah carian ialah senarai istilah carian yang telah digunakan oleh bilangan pengguna yang ramai dan membolehkan iklan anda dipaparkan. Bergantung pada pilihan padanan kata kunci anda, istilah carian yang disenaraikan mungkin berbeza daripada senarai kata kunci anda.

Lajur "Jenis padanan" memberitahu anda sejauh mana istilah carian yang mencetuskan iklan anda di Google berkaitan dengan kata kunci sebenar dalam akaun anda. Dengan menyemak jenis padanan yang berfungsi dengan baik untuk kata kunci dan carian, anda boleh memperincikan jenis padanan bagi semua kata kunci anda agar carian yang betul sahaja membolehkan iklan anda dipaparkan. Lajur "Kata Kunci" memberitahu anda tentang kata kunci anda yang sepadan dengan istilah carian seseorang dan mencetuskan iklan anda. Lajur ini tidak dipaparkan secara lalai. Untuk mengetahui cara mengubah suai lajur, rujuk Lihat laporan istilah carian anda.

Cara jenis padanan istilah carian ditentukan

Untuk membantu anda memahami cara jenis padanan istilah carian ditentukan, kami akan menggunakan contoh berikut:

Kumpulan iklan Kata kunci
Kumpulan iklan A Kata kunci padanan tepat [bunga ungu]
Kumpulan iklan B Kata kunci padanan frasa "bunga ungu"
Kumpulan iklan C Kata kunci padanan am bunga ungu

Dengan mengambil kira kumpulan iklan dan kata kunci ini, kami akan menggunakan jadual berikut untuk menunjukkan kepada anda cara istilah carian berlainan yang mencetuskan iklan anda di Google berkaitan dengan kata kunci anda. Harap maklum bahawa apabila jenis padanan istilah carian ialah variasi hampir, perkara tersebut akan dinyatakan dalam lajur "Jenis padanan". Varian hampir boleh termasuk salah ejaan, bentuk tunggal dan jamak, akronim, kata dasar (seperti lantai dan melantai), singkatan, aksen dan variasi istilah kata kunci anda yang mempunyai makna yang sama.

Perlu diingat bahawa jenis padanan istilah carian yang disenaraikan dalam laporan anda mungkin tidak sama dengan jenis padanan yang telah anda pilih untuk kata kunci yang mencetuskan iklan. Perkara ini adalah kerana kata kunci jenis padanan yang lebih umum masih boleh sepadan dengan istilah carian secara lebih tepat. Sebagai contoh, jika seseorang mencari bunga ungu dan kata kunci padanan am anda bunga ungu mencetuskan iklan anda, jenis padanan istilah carian akan menjadi padanan tepat, walaupun dalam kumpulan iklan anda, bunga ungu ialah kata kunci padanan am.

Kata kunci anda Istilah carian pelanggan Jenis padanan istilah carian Sebab untuk jenis padanan istilah carian
[bunga ungu] bunga ungu Padanan tepat Istilah carian betul-betul sepadan dengan kata kunci padanan tepat anda daripada kumpulan iklan A.
[bunga ungu] buga ungu Padanan tepat (varian hampir) Istilah carian ialah variasi hampir (maksud dan niat yang sama) dengan kata kunci padanan tepat anda daripada kumpulan iklan A.
"bunga ungu" bunga ungu Padanan tepat Istilah carian betul-betul sepadan dengan kata kunci padanan frasa anda daripada kumpulan iklan B.
"bunga ungu" bunga ungu percuma Padanan frasa Istilah carian mengandungi kata kunci padanan frasa anda daripada kumpulan iklan B.
"bunga ungu" buga ungu percuma Padanan frasa (varian hampir) Istilah carian ialah variasi hampir (maksud dan niat yang sama) dengan kata kunci padanan frasa anda daripada kumpulan iklan B.
bunga ungu bunga ungu Padanan tepat Istilah carian betul-betul sepadan dengan kata kunci padanan am anda daripada kumpulan iklan C.
bunga ungu bunga ungu percuma Padanan frasa Istilah carian mengandungi kata kunci padanan am anda daripada kumpulan iklan C.
bunga ungu bunga merah jambu Padanan am Istilah carian ialah variasi kata kunci padanan am anda daripada kumpulan iklan C.
Nota: Penyasaran Iklan Carian Dinamik dan Beli-belah tidak menggunakan kata kunci. Dalam laporan istilah carian, sebarang istilah yang dipadankan kepada sasaran Iklan Carian Dinamik atau Beli-belah tidak akan mengembalikan kata kunci dalam medan kata kunci dan akan mengembalikan "Tepat" dalam medan jenis padanan.

Urus kata kunci anda berdasarkan data istilah carian

Gunakan data istilah carian anda untuk membuat perubahan pada kata kunci anda yang boleh memberi kesan positif pada prestasi anda. Berikut ialah beberapa idea:

  • Jika istilah carian tidak cukup berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan, tambahkan istilah carian tersebut sebagai kata kunci negatif. Dengan menambah istilah carian yang tidak berkaitan sebagai kata kunci negatif, anda boleh menghalang iklan anda daripada dipaparkan kepada pengguna yang mencari sesuatu yang tidak anda jual. Sebagai contoh, jika anda menjual cermin mata dan anda melihat bahawa istilah carian "cermin tingkap" mencetuskan iklan anda, anda mungkin mahu menambah "tingkap" sebagai kata kunci negatif.
  • Edit jenis padanan anda yang betul (iaitu, am, frasa, tepat atau negatif) untuk kata kunci sedia ada. Lajur "Jenis padanan" membolehkan anda memahami cara jenis padanan kata kunci mempengaruhi prestasi iklan anda.
  • Kami mengesyorkan agar anda menggunakan Pembidaan Pintar, yang menyepadukan pelbagai jenis isyarat kontekstual untuk menetapkan bida bagi setiap lelongan individu dan membantu anda memaksimumkan prestasi anda.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14682388825715866858
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false