Edit bidaan anda

Anda boleh mengedit bidaan anda untuk keseluruhan kumpulan iklan atau bagi kata kunci individu. Pengeditan bidaan anda berdasarkan prestasi kempen anda mungkin mempengaruhi amaun trafik yang diterima oleh iklan anda dan juga pulangan pelaburan (ROI) yang anda jana.

Artikel ini menerangkan cara mengedit bidaan kos setiap klik (CPC) anda dan bidaan kos setiap seribu tera boleh lihat (CPM terlihat) anda.

Di halaman ini


Arahan

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
Edit bidaan lalai kumpulan iklan untuk satu kumpulan iklan
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen, kemudian klik Kumpulan iklan.
  3. Pilih kumpulan iklan yang bersesuaian daripada senarai.
  4. Klik butang pensel Edit dalam lajur bidaan "CPC maks lalai".
  5. Masukkan amaun baharu.
  6. Klik Simpan.

Animasi ini menunjukkan cara mengedit bidaan CPC maks anda untuk satu kumpulan iklan dalam akaun Google Ads anda.

Edit bidaan anda untuk berbilang kumpulan iklan
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen, kemudian klik Kumpulan iklan.
  3. Pilih kumpulan iklan yang ingin anda edit dengan menandakan kotak pilihan di sebelah kiri.
  4. Klik menu lungsur Edit. Anda boleh memilih untuk mengubah strategi bida, templat penjejakan atau parameter tersuai anda.

Animasi ini menunjukkan cara mengedit bidaan CPC maks anda untuk berbilang kumpulan iklan dalam akaun Google Ads anda.

Cara mengedit bidaan anda bagi kata kunci individu atau kaedah penyasaran yang lain

Jika kempen anda menggunakan pembidaan manual, anda boleh menetapkan amaun bidaan CPC maksimum. Bidaan ini akan digunakan sebagai ganti bidaan lalai kumpulan iklan setiap kali kata kunci, peletakan atau kaedah penyasaran tertentu lain mencetuskan iklan anda.

Perlu diingat bahawa untuk menetapkan CPC maks bagi kaedah penyasaran tertentu, anda mesti telah menetapkan bidaan tersuai anda pada kaedah penyasaran yang sama. Sebagai contoh, jika anda mahu menetapkan bidaan tertentu untuk laman web example.com, anda perlu menetapkan bidaan tersuai anda pada peletakan. Ketahui Cara mendayakan bidaan kumpulan iklan, bidaan tersuai dan pelarasan bidaan untuk kumpulan iklan anda.

Petua: Jika anda menggunakan strategi pembidaan automatik selain daripada CPC Dipertingkat, anda tidak akan dapat mengedit bidaan lalai kumpulan iklan anda.

Edit bidaan kata kunci individu
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik Khalayak, kata kunci dan kandungan, kemudian klik Kata kunci carian.
  3. Pilih jenis kata kunci, seperti carian atau kata kunci negatif.
  4. Sekarang pilih satu atau beberapa kata kunci dengan bidaan yang ingin anda tukar.
  5. Klik menu lungsur Edit dan pilih Tukra bidaan CPC maks.
  6. Dalam halaman yang dibuka, anda boleh menetapkan bidaan baharu, menaikkan atau menurunkan bidaan anda, menaikkan bidaan kepada halaman pertama atau CPC bahagian atas halaman. Jika anda ingin menggunakan bidaan kumpulan iklan lalai, biarkan medan kosong.
  7. Klik Gunakan.
Animasi ini menunjukkan cara mengedit bidaan CPC maks anda untuk kata kunci individu dalam akaun Google Ads anda.

Petua: Untuk mengubah bida bagi kata kunci, peletakan atau kaedah penyasaran individu yang lain kembali kepada bida lalai kumpulan iklan, klik bida kaedah penyasaran individu, padamkan teks dan biarkan medan kosong.

Edit bidaan untuk kaedah penyasaran
 
  1. Dalam akaun Google Ads anda, daripada bar Paparan pada bahagian atas, pilih kempen Carian atau Paparan
Nota: Jika anda lebih suka menggunakan panel navigasi di sebelah kiri, klik Ubah paparan pada bahagian atas sebelah kiri akaun Google Ads anda.
  1. Klik ikon Kempen Campaigns Icon, kemudian klik menu lungsur Kempen.
  2. Klik Tetapan, kemudian klik menu lungsur Tetapan tambahan.
  3. Pilih Bidaan tersuai & kaedah URL.
  4. Anda boleh menetapkan kaedah penyasaran dalam menu lungsur.
  5. Klik Simpan.
  6. Pilih Pembidaan.
  7. Masukkan bidaan baharu anda dan klik Simpan.

Petua: Berikut ialah beberapa pilihan pembidaan lain yang mungkin tidak anda ketahui:

  • Anda boleh menetapkan pelarasan bidaan untuk kawalan yang lebih baik ke atas masa dan tempat iklan anda dipaparkan. Ciri ini boleh digunakan untuk membida dengan lebih kompetitif bagi peranti mudah alih, lokasi, hari dan masa. Ketahui lebih lanjut dalam Perihal pelarasan bidaan.
  • Google Ads juga menawarkan strategi bida automatik yang boleh menetapkan bidaan CPC bagi pihak anda. Ketahui lebih lanjut Perihal pembidaan automatik.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
17003227847036977157
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false