Ukur prestasi aset iklan

Jika anda telah menambahkan aset pada iklan anda—misalnya, nombor telefon atau pautan ke laman web—anda boleh melihat prestasi aset ini. Cuma lawati akaun Google Ads anda untuk melihat bilangan klik dan tera yang diterima aset iklan anda, kos yang berkaitan dan statistik lain. Data ini membolehkan anda membuat keputusan tentang jenis aset iklan yang paling sesuai untuk iklan anda dan masa untuk menambah atau mengalih keluar aset iklan sedia ada.

Cari statistik aset iklan anda

Gunakan halaman "Ast" untuk melihat statistik bagi semua aset iklan akaun, kempen dan kumpulan iklan anda. Anda juga boleh mengurus aset anda di halaman ini.

Cari halaman Aset dan lihat statistik anda:

  1. Log masuk ke akaun Google Ads anda.
  2. Klik Iklan & aset pada menu halaman, kemudian klik Aset dalam menu subhalaman.
  3. Pertama sekali, halaman "Aset" memaparkan paparan ringkasan yang menghimpun jenis aset sebagai kad senarai. Anda boleh bertukar kepada paparan jadual dengan mengklik ikon jadual Image of table icon di bahagian atas.
  4. Untuk memaparkan statistik bagi setiap jenis aset:
    • Dalam paparan ringkasan, pilih kad untuk jenis aset.
    • Dalam paparan jadual, klik menu lungsur Jenis aset di sebelah ikon penapis Tapis dan pilih jenis aset. Semasa dalam paparan jadual, anda boleh memilih untuk memaparkan statistik terperinci atau diagregatkan:
      • Untuk melihat statistik aset bagi setiap perkaitan untuk setiap aset, bersama-sama kumpulan iklan, kempen atau akaun yang sepadan, pilih paparan Perkaitan daripada menu lungsur di sebelah kanan.
      • Untuk melihat data agregat bagi setiap aset, pilih paparan Aset. Setiap aset akan muncul dalam baris tersendiri, termasuk aset yang belum mengakru sebarang statistik.

Jumlah baris dalam laporan mungkin tidak sepadan dengan jumlah baris individu kerana jumlah baris menunjukkan data dengan pendua dialih keluar. Aset iklan boleh dipaparkan bersama-sama aset iklan lain, jadi jika berbilang aset disiarkan bersama, setiap aset iklan akan melaporkan teraan iklan atau klik yang sama dalam baris individu pada paparan jadual. Walau bagaimanapun, jumlah baris di bahagian bawah paparan jadual akan menunjukkan data dengan pendua dialih keluar. Contohnya, jika 4 aset pautan laman disiarkan bersama-sama, jumlah baris hanya akan menunjukkan satu tera, tetapi setiap daripada 4 pautan laman yang dipaparkan dalam format jadual turut akan menunjukkan satu tera dalam baris masing-masing.

Statistik aset iklan tersedia untuk iklan yang dipaparkan pada Carian Google, rakan kongsi carian Google bagi mudah alih dan dalam sesetengah kes, Rangkaian Paparan Google.

Berikut ialah perkara yang dipaparkan oleh lajur di halaman "Aset" apabila anda bertukar kepada paparan jadual:

  • Status: Menunjukkan sama ada aset iklan anda ditandai sebagai "Diluluskan" atau "Tidak diluluskan". Aset iklan yang layak hanya akan muncul dengan iklan anda apabila sambungan iklan tersebut adalah relevan dan iklan yang berkaitan juga layak untuk disiarkan. Ketahui cara Membetulkan iklan yang tidak diluluskan
  • Klik: Bilangan klik yang iklan anda terima apabila iklan tersebut dipaparkan dengan jenis aset tertentu. Bilangan ini menggabungkan klik pada tajuk iklan dan pada aset iklan, jika bersesuaian. Untuk melihat klik pada aset iklan sahaja, klik ikon segmen Segmen dan pilih Jenis klik.
  • Tera: Bilangan kali iklan anda disiarkan dengan aset iklan.
  • Kadar klikan (CTR): Bilangan klik yang iklan anda terima dibahagi dengan bilangan kali iklan anda dipaparkan dengan aset iklan.
  • Kos: Jumlah kos untuk klik pada iklan anda apabila iklan tersebut dipaparkan dengan aset iklan. Ketahui lebih lanjut tentang kos klik sebenar anda
  • Prt. kedudukan: Purata kedudukan iklan di halaman hasil carian apabila dipaparkan bersama aset iklan.
  • Prt. kos setiap klik (CPC): Jumlah purata yang anda bayar untuk setiap klik apabila iklan dipaparkan dengan aset iklan. Purata CPC ditentukan dengan menjumlahkan kos semua klik dan membahagikan kos tersebut dengan bilangan klik yang diterima.

Petua

  • Dayakan lajur "Butiran dasar" untuk membaca maklumat tentang sebab aset anda tidak diluluskan atau terhad berdasarkan dasar pengiklanan kami.
  • Jadual statistik di paparan "Semua Kempen" akan menunjukkan semua aset anda yang sedia ada, walaupun aset tidak mengakru tera atau klik. (Metrik prestasi anda mungkin kelihatan sebagai "0" dalam jadual statistik). Walau bagaimanapun, apabila anda melihat jadual statistik bagi kempen tertentu, data prestasi akan hanya muncul dalam jadual bagi aset iklan yang telah menerima tera atau klik.

Laporan aset automatik tahap akaun

Gunakan halaman "Aset automatik tahap akaun" untuk menunjukkan data yang lebih khusus bagi iklan dengan aset automatik tahap akaun.

Pantau prestasi aset automatik tahap akaun

Lajur "Klik" laporan pada aset automatik tahap akaun mengira klik pada tajuk iklan anda apabila aset automatik tahap akaun anda dipaparkan bersama iklan tersebut.
Anda boleh mengakses aset automatik tahap akaun anda di bahagian “Iklan & aset” pada Google Ads:
  1. Klik Iklan & aset pada menu halaman, kemudian klik Aset dalam menu subhalaman.
  2. Pilih Aset automatik tahap akaun di bahagian bawah halaman. Harap maklum bahawa anda mesti berada dalam paparan ringkasan untuk mengakses Aset automatik tahap akaun.
  3. Halaman memaparkan jadual statistik yang mengandungi data prestasi iklan anda apabila aset automatik tahap akaun dipaparkan.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11755007988287070233
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false