Sisipan kata kunci membolehkan anda mengemas kini iklan anda secara automatik menggunakan kata kunci dalam kumpulan iklan anda yang mencetuskan iklan anda untuk dipaparkan. Perkara ini dapat menjadikan iklan anda lebih berkaitan kepada pengguna yang mencari perkara yang anda tawarkan.
Artikel ini menerangkan cara sisipan kata kunci berfungsi dalam Google Ads.
Cara ciri ini berfungsi
Katakan anda mengiklankan kedai coklat. Anda boleh menggunakan kod sisipan kata kunci dalam tajuk iklan anda:
Tajuk: Beli {KeyWord:Coklat}
Google Ads akan cuba menggantikan kod ini dengan salah satu kata kunci anda dalam kumpulan iklan anda ("coklat gelap", "coklat bebas gula", "trufel coklat gourmet"), tetapi apabila Google Ads tidak menemui padanan yang sesuai, perkataan "Coklat" akan digunakan.
Harap maklum bahawa istilah carian pengguna tidak selalunya sama dengan kata kunci.
Nota: Sisipan kata kunci berfungsi melalui cara yang sama pada semua jenis padanan. Walau bagaimanapun, ini:
- Menunjukkan kata kunci dalam kreatif dan bukannya istilah carian, jadi pengiklan boleh menjangkakan perkara yang akan ditunjukkan.
- Hendaklah terus mematuhi dasar pengiklanan.
Pengguna mencari: | Iklan anda mungkin kelihatan seperti: |
bar coklat gelap | Beli Coklat Hitam www.example.com Gula-gula artisan dari San Francisco Penghantaran percuma pesanan melebihi $50 |
coklat bebas gula | Beli Coklat Bebas Gula www.example.com Gula-gula artisan dari San Francisco Penghantaran percuma pesanan melebihi $50 |
trufel coklat gourmet | Beli Coklat www.example.com Gula-gula artisan dari San Francisco Penghantaran percuma pesanan melebihi $50 |
Dalam contoh yang terakhir, "Coklat" dimasukkan dalam tajuk utama kerana kata kunci "trufel coklat gourmet" terlalu panjang untuk dimuatkan.