Perihal senarai kata kunci negatif

Jika terdapat istilah carian yang memberi anda tera atau klik yang tidak diingini merentas berbilang kempen, anda boleh membuat senarai kata kunci negatif yang mengandungi istilah ini, kemudian gunakan senarai tersebut pada kempen yang berkaitan. Dengan cara ini, anda tidak perlu menambahkan kata kunci negatif yang sama pada setiap kempen secara manual dan anda dapat mengurus perubahan kata kunci negatif merentas kempen pada masa akan datang dengan lebih mudah. Artikel ini menerangkan cara senarai kata kunci negatif berfungsi.

Sebelum anda bermula

Jika anda tidak biasa dengan cara kata kunci negatif berfungsi, anda boleh mengetahui lebih lanjut dalam Perihal kata kunci negatif.

Cara ciri ini berfungsi

Apabila anda membuat senarai kata kunci negatif, anda boleh mengecualikan iklan anda daripada disiarkan untuk istilah tertentu yang tidak berkaitan dengan jenama anda. Senarai ini memudahkan iklan anda menjangkau khalayak sasaran anda, sekali gus menghasilkan penukaran yang lebih baik. Contohnya, anda memiliki kedai barangan sukan dan anda menjual pakaian senaman. Dalam kes ini, anda boleh membuat senarai kata kunci negatif yang termasuk istilah seperti “seluar rasmi” atau “blaus”.

Jenis kata kunci negatif

Kata kunci negatif peringkat akaun

Apabila anda membuat senarai kata kunci negatif peringkat akaun anda, senarai ini akan digunakan secara automatik pada semua inventori carian dan beli-belah dalam jenis kempen yang berkaitan. Ini membolehkan anda membuat satu senarai peringkat akaun global yang menggunakan kata kunci negatif merentas semua inventori berkaitan dalam akaun anda.

Anda boleh membuat satu senarai kata kunci negatif peringkat akaun dalam tetapan akaun peringkat Google Ads anda. Dalam “Tetapan Akaun”, anda akan menemukan bahagian “Kata kunci negatif”. Apabila anda mengklik pada bahagian ini, anda boleh mula membuat senarai kata kunci negatif anda.

Anda boleh membuat senarai anda dengan menentukan istilah carian yang dianggap negatif untuk jenama anda. Anda boleh kemudian memasukkan semua ini sekali gus di bahagian “Kata kunci negatif” pada “Tetapan Akaun” anda dalam akaun Google Ads adan. Anda juga boleh menentukan sama ada anda ingin mengecualikan ini berdasarkan padanan am, tepat atau frasa. Had 1,000 kata kunci negatif boleh dikecualikan untuk setiap akaun. Ketahui lebih lanjut tentang kata kunci negatif peringkat akaun

Senarai kata kunci negatif peringkat kempen

Untuk menyediakan senarai kata kunci negatif, anda perlu memikirkan perkataan yang anda tidak mahu mencetuskan iklan anda. Anda boleh menggunakan laporan istilah carian sebagai rujukan. Anda juga boleh menyusun perkataan ini mengikut tema, seperti produk atau perkhidmatan berlainan yang anda tawarkan. Anda boleh memasukkan sehingga 5,000 kata kunci negatif dalam setiap senarai dan membuat sehingga 20 senarai kata kunci negatif dalam akaun anda.


Setelah anda membuat senarai kata kunci negatif, anda boleh menggunakan senarai ini pada berbilang kempen serentak. Kemudian, jika anda ingin menambahkan kata kunci negatif baharu pada kempen yang sama ini, anda cuma perlu menambahkan kata kunci tersebut pada senarai kata kunci negatif ini dan perubahan akan digunakan pada semua kempen yang menggunakan senarai ini.

Contoh

Katakan anda menjalankan 3 kempen berasingan untuk pelayaran, penerbangan dan hotel yang anda tawarkan untuk Hawaii dan Alaska, tetapi bukan Mexico. Anda ingin menghalang iklan anda daripada dipaparkan kepada pengguna yang mencari pelayaran, penerbangan dan hotel untuk Mexico. Berikut ialah perkara yang boleh anda lakukan:

  • Buat senarai kata kunci negatif yang dipanggil "Destinasi Perjalanan Dikecualikan".
  • Tambahkan kata kunci negatif seperti "Pelayaran Mexican Riviera", "Hotel Cancun" dan "Penerbangan ke Mexico" pada senarai ini. Anda perlu memasukkan variasi yang berbeza bagi kata kunci yang berkaitan dengan Mexico, termasuk wilayah dan bandar tertentu.
  • Gunakan senarai pada ketiga-tiga kempen.

Perlu diingat:

Kata kunci negatif berfungsi secara berbeza untuk kempen Paparan dan Video daripada untuk Carian. Bergantung pada kata kunci atau kaedah penyasaran lain dalam kumpulan iklan anda, beberapa halaman yang iklan anda dipaparkan kadangkala mungkin mengandungi istilah dikecualikan. Untuk iklan Paparan dan Video, maksimum 1,000 kata kunci negatif pada peringkat akaun dipertimbangkan.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13655246782109976014
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false