Edit tetapan kempen anda

Untuk setiap kempen iklan yang anda buat, anda boleh mengawal amaun yang sanggup anda belanjakan bagi klik dan penukaran, rangkaian serta lokasi geografi yang anda mahu iklan anda dipaparkan dan banyak lagi.

Artikel ini menerangkan 2 cara berbeza untuk mengedit tetapan kempen anda.

Arahan

Edit tetapan kempen anda daripada menu halaman kiri

Gif beranimasi yang menunjukkan cara mengedit tetapan kempen secara pukal dalam Google Ads.

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian, kemudian klik Kempen.
  3. Klik tab "Tetapan".
  4. Anda boleh mengubah tetapan kempen anda melalui 2 cara:
    • Untuk mengubah tetapan yang sama bagi berbilang kempen, tandai kotak kempen yang ingin anda edit. Klik pada Edit untuk membolehkan menu lungsur dipaparkan, kemudian pilih tetapan yang ingin anda laraskan.
    • Untuk mengubah tetapan pada kempen individu, tuding pada medan tetapan kempen yang ingin anda edit. Klik pada ikon penselIkon pensel / ikon edit, kemudian laraskan tetapan anda.
  5. Klik Gunakan.
 

Edit tetapan kempen anda secara terus dalam jadual kempen

Gif beranimasi yang menunjukkan cara mengedit tetapan kempen individu dalam Google Ads.

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian
  3. Klik tab "Tetapan".
  4. Anda boleh mengubah tetapan kempen anda melalui 2 cara:
    • Untuk mengubah tetapan yang sama bagi berbilang kempen, tandai kotak kempen yang ingin anda edit. Klik pada pilihan Edit untuk memaparkan menu lungsur. Kemudian pilih tetapan yang ingin anda laraskan.
    • Untuk mengubah tetapan pada kempen individu, tuding pada nama kempen dan klik ikon pensel Ikon pensel / ikon edit . Kemudian larasakan tetapan anda.
  5. Klik Gunakan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13752696159205684106
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false