Untuk setiap kempen iklan yang anda buat, anda boleh mengawal amaun yang sanggup anda belanjakan bagi klik dan penukaran, rangkaian serta lokasi geografi yang anda mahu iklan anda dipaparkan dan banyak lagi.
Artikel ini menerangkan 2 cara berbeza untuk mengedit tetapan kempen anda.
Arahan
Edit tetapan kempen anda daripada menu halaman kiri
Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
- Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen .
- Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian, kemudian klik Kempen.
- Klik tab "Tetapan".
- Anda boleh mengubah tetapan kempen anda melalui 2 cara:
- Untuk mengubah tetapan yang sama bagi berbilang kempen, tandai kotak kempen yang ingin anda edit. Klik pada Edit untuk membolehkan menu lungsur dipaparkan, kemudian pilih tetapan yang ingin anda laraskan.
- Untuk mengubah tetapan pada kempen individu, tuding pada medan tetapan kempen yang ingin anda edit. Klik pada ikon pensel, kemudian laraskan tetapan anda.
- Klik Gunakan.
Edit tetapan kempen anda secara terus dalam jadual kempen
Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
- Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen .
- Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian
- Klik tab "Tetapan".
- Anda boleh mengubah tetapan kempen anda melalui 2 cara:
- Untuk mengubah tetapan yang sama bagi berbilang kempen, tandai kotak kempen yang ingin anda edit. Klik pada pilihan Edit untuk memaparkan menu lungsur. Kemudian pilih tetapan yang ingin anda laraskan.
- Untuk mengubah tetapan pada kempen individu, tuding pada nama kempen dan klik ikon pensel . Kemudian larasakan tetapan anda.
- Klik Gunakan.