Akaun Google Ads anda disusun mengikut 3 peringkat: akaun, kempen dan kumpulan iklan. Anda boleh menggunakan peringkat tersebut untuk menyesuaikan paparan data prestasi Google Ads anda untuk menjadi luas atau khusus mengikut kemahuan anda.
Pada halaman ini
- Temukan dan gunakan data prestasi anda
- Lihat data prestasi
- Tafsirkan data prestasi
- Muat turun data prestasi
Temukan dan gunakan data prestasi anda
Sebelum melihat data prestasi dalam Google Ads, anda perlu memahami cara melihat laporan melalui akaun, kempen dan kumpulan iklan anda. Berdasarkan laporan anda, anda boleh mengenal pasti kumpulan iklan, kempen dan kata kunci yang berprestasi terbaik, yang mengoptimumkan peluang anda untuk menjangkau khalayak baharu dan yang berkaitan.
Navigasi akaun anda
Akaun anda dikaitkan dengan alamat e-mel yang unik, kata laluan dan maklumat pengebilan. Untuk tujuan pelaporan, sila anggap akaun anda sebagai koleksi kempen. Jika anda mahu menyemak data prestasi bagi keseluruhan akaun anda, klik Semua kempen di bawah ikon Kempen pada panel sebelah kiri akaun Google Ads anda. Jumlah untuk semua baris disenaraikan pada bahagian bawah jadual statistik anda.
Anda juga boleh menavigasi akaun anda menggunakan pemilih jenis kempen, Penjelasan atau Editor Laporan. Ketahui cara Mentafsir data anda.
Contoh
Akaun yang dimiliki oleh seorang pembuat coklat yang mahu meningkatkan jualan dalam talian.
Pemilik telah membuat 2 kempen: kempen pertama mempromosikan pelbagai jenis bar coklat dan kempen kedua pula mempromosikan tawaran untuk kotak hadiah musim cuti. Mereka telah memisahkan setiap kempen kepada kumpulan iklan berkaitan yang disasarkan. Kempen untuk bar coklat memiliki 3 kumpulan iklan, dikhususkan mengikut perisa yang berbeza, manakala kumpulan iklan kempen musim cuti mencuba pelbagai tawaran diskaun.
Semak struktur akaun mereka:
Akaun: Chocolate Maker |
|
Kempen 1: Bar coklat |
Kumpulan iklan: Bar raspberi Bar karamel Bar halia |
Kempen 2: Kotak hadiah |
Kumpulan iklan: Kotak hadiah diskaun 30% Penghantaran percuma untuk kotak hadiah Coklat mewah Valentine |
Apabila anda menyediakan akaun anda atau melihat data prestasi, ingat bahawa setiap kumpulan iklan boleh memiliki berbilang iklan. Perkara ini membantu pembuat coklat (dan anda) membandingkan prestasi bagi elemen iklan yang berbeza dan menentukan jika satu versi menghasilkan lebih banyak klik atau jualan berbanding yang lain.
Lihat data prestasi
Anda boleh menyemak data prestasi anda daripada akaun Google Ads anda. Ikut langkah di bawah untuk melihat maklumat tentang akaun, kempen atau kumpulan iklan anda.
Lihat data akaun
- Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen .
- Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian.
- Pada halaman “Kempen”, kemas kinikan menu lungsur tarikh untuk memaparkan jumlah data yang mahu anda lihat.
Lihat data kempen
Setiap kempen individu memiliki belanjawan dan tetapan sendiri yang menentukan tempat iklan anda dipaparkan dan terdiri daripada koleksi kumpulan iklan. Setiap kempen anda disenaraikan di bawah ikon Kempen pada panel sebelah kiri akaun Google Ads anda dan kempen tersebut turut dipaparkan apabila anda klik tab "Kempen" pada bahagian tengah skrin anda.
- Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen .
- Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian.
- Dalam halaman “Kempen”, klik kempen yang mahu anda lihat.
- Klik Tambahkan penapis untuk melihat data ditapis yang tertentu tentang kempen anda.
Lihat data kumpulan iklan
Kumpulan iklan anda mengandungi set iklan yang serupa dan perkataan serta frasa yang dikenali sebagai kata kunci, yang ingin anda cetuskan agar iklan anda dipaparkan. Apabila anda klik kempen, Google Ads akan memaparkan kepada anda paparan prestasi kempen yang dipecahkan kepada kumpulan iklan individu kempen tersebut. Anda juga boleh menyemak data kumpulan iklan menggunakan arahan berikut.
- Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen .
- Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian.
- Klik Kumpulan iklan.
- Pada halaman “Kumpulan iklan”, kemas kinikan menu lungsur tarikh untuk memaparkan jumlah data yang mahu anda lihat.
- Nota: Paparan “Kumpulan iklan” lalai menunjukkan prestasi 30 hari yang lalu.
Semak butiran tambahan
Anda boleh menyemak butiran kumpulan iklan tambahan seperti minat dan tabiat khalayak daripada halaman "Kumpulan iklan". Ikut langkah yang berikut untuk melihat maklumat laporan tambahan.
- Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen .
- Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian.
- Klik Kumpulan iklan.
- Pada halaman “Kumpulan iklan”, klik kempen yang mahu anda lihat.
- Klik Butiran lanjut boleh kuncup pada menu subhalaman pada bahagian atas.
Tafsirkan data prestasi
Setelah anda membiasakan diri dengan struktur akaun Google Ads anda, anda boleh melihat dan menyesuaikan data dalam jadual statistik dan memuat turun laporan untuk memantau prestasi kempen, kumpulan iklan, iklan atau kata kunci.
Pemilih jenis kempen
Anda boleh menggunakan pemilih jenis kempen untuk menukar paparan pelaporan mengikut jenis kempen, seperti Beli-belah atau Rangkaian Paparan. Pilihan ini dipaparkan sebagai menu lungsur pada bar Paparan pada bahagian atas jika anda mempunyai lebih daripada satu jenis kempen dalam akaun anda. Anda hanya akan dapat memilih jenis kempen tertentu jika akaun anda mengandungi jenis kempen tersebut.
Penjelasan
Penjelasan memberi anda cerapan tentang perubahan besar dalam prestasi akaun anda dengan hanya satu klik. Untuk menyemak Penjelasan, tuding pada mana-mana metrik yang bergaris bawah dengan garis bertitik yang berwarna biru (contoh: ) dan klik Lihat Penjelasan. Ketersediaan ciri mungkin berbeza-beza berdasarkan pelbagai kriteria seperti jenis kempen atau jenis strategi bidaan. Ketahui lebih lanjut Perihal penjelasan.
Editor Laporan
Editor Laporan ialah alat analitis yang membolehkan anda berinteraksi dengan data prestasi anda melalui jadual dan carta pelbagai dimensi.
- Antara muka seret dan lepas yang mudah membolehkan anda membina dan memanipulasi jadual serta carta pelbagai dimensi dengan cepat. Anda tidak perlu memuat turun data anda untuk analisis yang lebih terperinci.
- Analisis pelbagai segmen membolehkan anda menganalisis data anda secara lebih terperinci dalam jadual dan carta anda.
- Carta tersuai membolehkan anda menggambarkan corak dan aliran dalam data anda dengan cepat.
- Penapisan dan pengisihan lanjutan membolehkan anda menapis metrik bersegmen (seperti klik mudah alih) dan mengisih metrik mengikut berbilang lajur.
Ketahui cara Membuat laporan tersuai dalam Editor Laporan.
Muat turun data prestasi
Selepas data pada halaman "Kempen" atau "Kumpulan iklan" anda diformatkan mengikut pilihan anda, ikut langkah di bawah untuk memuat turun laporan anda.
- Klik butang muat turun di atas jadual.
- Pilih jenis muat turun anda daripada menu lungsur. Anda boleh memilih jenis fail yang berikut: Excel .csv, .csv, .tsv, .pdf, .xlsx, .xml atau Google Sheets. Anda juga boleh memilih untuk membuka laporan anda dalam Editor Laporan atau menghantar e-mel atau menjadualkan e-mel bagi laporan anda.
- Nota: “Lagi pilihan” akan membolehkan anda menambahkan segmen, memampatkan saiz fail dan memasukkan data tambahan dalam laporan anda.
- Selepas anda memilih jenis fail daripada senarai tersebut, anda akan menerima pemberitahuan “Menyediakan laporan”. Apabila laporan selesai, anda akan menerima pemberitahuan “Memuat turun laporan”.