Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) Google Ads

Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) Google Ads direka bentuk untuk pembangun yang mewakili pengiklan dan pihak ketiga besar yang bijak teknologi. Ini termasuk agensi, pemasar enjin carian (SEM) dan profesional pemasaran dalam talian lain yang mengurus berbilang akaun klien atau kempen besar.

API Google Ads (API AdWords) membolehkan pembangun membina aplikasi yang berinteraksi secara terus dengan pelayan Google Ads. Dengan menggunakan aplikasi ini, pengiklan dan pihak ketiga dapat mengurus akaun dan kempen Google Ads mereka yang besar atau kompleks dengan lebih cekap dan kreatif.

Cara anda boleh menggunakan API

Disebabkan pelaksanaan API Google Ads (API AdWords) memerlukan pengetahuan teknikal dan kemahiran pengaturcaraan, hasil terbaik dapat dicapai oleh pengiklan yang menggunakan khidmat pembangun perisian.

API bersifat fleksibel dan berfungsi -- anda boleh menggunakan API untuk membina aplikasi yang memenuhi keperluan anda. Menggunakan API, anda boleh:

  • Menjana kata kunci, teks iklan, halaman pendaratan dan laporan tersuai secara automatik.
  • Mengintegrasikan data Google Ads dengan sistem inventori anda untuk mengurus kempen berdasarkan stok.
  • Membangunkan alatan dan aplikasi tambahan yang membolehkan anda mengurus akaun.

Selain itu, anda turut boleh membangunkannya dalam bahasa pilihan anda. Antara muka Google Ads API SOAP disokong oleh semua bahasa pengaturcaraan popular, termasuk Java, PHP, Python, .NET, Perl dan Ruby.

Mula menggunakan API

Pendaftaran adalah mudah. Anda hanya memerlukan akaun Google Ads yang aktif. Sebaik sahaja anda mendaftar sebagai pembangun, anda boleh mengakses Pusat API Google Ads (API AdWords) untuk mengurus tetapan token dan belanjawan anda. Token pembangun anda ialah gabungan unik huruf, nombor dan aksara yang mengenal pasti aktiviti API Google Ads (API AdWords) anda. Ini merupakan kunci anda untuk berkomunikasi dengan pelayan Google Ads dan akaun Google Ads pelanggan anda.

Langkah seterusnya

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Drive Revenue with Optiscore

Want to improve account health and drive business goals? Learn from industry & Google experts on how to drive revenue with the help of Optimization Score & Auto Apply Recommendations.

Register Now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7501289504602229991
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false