Kedudukan Iklan

Kedudukan Iklan merupakan set nilai yang digunakan untuk menentukan sama ada iklan anda layak untuk dipaparkan atau tidak. Jika layak, nilai ini menentukan tempat iklan anda akan dipaparkan pada halaman (jika ada) berbanding dengan iklan pengiklan yang lain. Skor Kedudukan Iklan dikira berdasarkan banyak faktor, termasuk jumlah bidaan anda, kualiti iklan dan laman penambat anda, Ambang Kedudukan Iklan, daya saing lelongan, konteks carian individu (contohnya, lokasi individu, peranti masa carian, sifat istilah carian, iklan lain dan hasil carian yang dipaparkan pada halaman serta isyarat dan atribut pengguna lain) dan kesan yang dijangka daripada aset dan format iklan lain.

  • Apabila menganggarkan kesan yang dijangka daripada aset dan format iklan, kami mengambil kira faktor seperti perkaitan, kadar klikan dan keunggulan aset atau format di halaman hasil carian. Jadi, walaupun persaingan anda membida lebih tinggi, anda masih boleh memenangi kedudukan yang lebih tinggi pada harga yang lebih rendah menggunakan kata kunci dan iklan yang sangat berkaitan.
  • Dalam setiap lelongan, Kedudukan Iklan anda dikira dahulu untuk menentukan sama ada iklan anda layak dipaparkan atau tidak dan kali kedua untuk menentukan kedudukan iklan anda berbanding dengan iklan lain yang layak. Kedudukan iklan anda boleh berubah-ubah setiap masa bergantung pada persaingan anda, konteks carian pengguna dan kualiti iklan anda pada ketika itu.
  • Dalam kempen Prestasi Maksimum, jika pertanyaan carian pengguna tidak sama dengan kata kunci Carian yang layak (termasuk istilah carian yang dibetulkan ejaan), kempen atau iklan dengan Kedudukan Iklan tertinggi akan dipilih. Ketahui lebih lanjut Perihal kempen Prestasi Maksimum

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11279849529712782056
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false