Mengukur kesedaran jenama

Kempen penjenamaan mempunyai objektif yang unik: untuk meningkatkan kesedaran dan keterlihatan produk, perkhidmatan atau tujuan anda. Untuk mencapai matlamat ini, anda boleh membuat kempen Google Ads menggunakan matlamat Kesedaran & jangkauan jenama untuk meningkatkan trafik ke tapak web anda atau mendorong pelanggan supaya berinteraksi dengan jenama anda. Ketahui lebih lanjut tentang perihal Matlamat dalam pengalaman baharu Google Ads.

Setelah menetapkan matlamat kempen penjenamaan, anda boleh memilih tempat yang terbaik untuk memaparkan iklan anda dan kemudian mengukur kejayaan melalui pemantauan tera, penukaran dan statistik yang lain. Secara umumnya, anda boleh cuba memaparkan iklan anda kepada seramai mungkin pengguna dalam khalayak sasaran anda.

Kebanyakan pengiklan dengan inisiatif penjenamaan terutamanya mementingkan pewujudan kesedaran jenama. Mereka mungkin mahu menjejak penukaran seperti paparan halaman dan bukannya pembelian. Sebagai contoh, pengiklan yang memperkenalkan minuman tenaga baharu mahu mewujudkan kesedaran dan minat di kalangan sebanyak peminat sukan yang mungkin dan tidak semestinya mementingkan jualan sebenar botol minuman dalam talian.

Petua

Tidak pasti tentang tempat untuk bermula? Dapatkan strategi untuk membuat kempen yang meningkatkan kesedaran jenama

Rangkaian untuk kempen penjenamaan anda

Google mempunyai dua rangkaian yang iklan anda boleh disiarkan: Rangkaian Carian dan Rangkaian Paparan. Walaupun Rangkaian Carian terutamanya menyiarkan iklan teks, Rangkaian Paparan menyiarkan iklan teks, iklan imej berwarna-warni dan iklan multimedia (seperti video atau animasi) yang boleh menjadi sangat baik bagi memaparkan mesej penjenamaan. Iklan paparan boleh mewujudkan perhubungan emosi dengan menggunakan elemen grafik, audio dan video bagi menceritakan kisah yang unik untuk syarikat anda.

Pada Rangkaian Paparan, anda boleh menyasarkan iklan anda dengan berkesan sekali. Memilih tapak web dan halaman tepat yang akan memaparkan iklan anda dan membuat iklan dengan banyak impak visual adalah mudah untuk menarik perhatian orang yang berminat dalam item yang anda jual.

Contoh

Katakan anda bekerja untuk pengeluar kereta mewah Itali. Anda boleh membuat iklan video untuk mempamerkan ciri baharu model terkini anda, SuDuperRossa dan memilih untuk menyiarkan iklan tersebut hanya pada tapak web untuk pemilik kereta berprestasi tinggi, memandangkan mereka ialah sebahagian daripada demografi sasaran anda.

Perkara yang perlu diukur untuk kesedaran jenama

Berikut ialah beberapa metrik penting yang menunjukkan sama ada kempen penjenamaan anda berjaya:

  • Tera: Tera penting untuk dijejak dalam mana-mana kempen, tidak kira matlamat anda. Khususnya, tera boleh menjadi sangat penting dalam kempen penjenamaan kerana tera tersebut mewakili bilangan pelanggan yang benar-benar telah melihat iklan anda. Anda mungkin tidak peduli sama ada mereka akhirnya membeli apa-apa daripada tapak anda, tetapi anda mahu mereka mengingati slogan baharu yang menarik, yang anda belanjakan kos yang tinggi untuk dibangunkan dan dikongsi dengan seluruh dunia.

    Salah satu cara untuk mengutamakan tera adalah dengan membuat kempen kos setiap seribu teraan (berbanding kempen kos setiap klik). Melalui cara ini anda akan membayar berdasarkan bilangan tera iklan yang diperoleh iklan anda dan bukannya mengikut bilangan klik yang diperoleh.

  • Interaksi pelanggan: Jika anda memfokuskan pada penjenamaan, anda boleh menggunakan kadar klikan (CTR) untuk mengukur interaksi pelanggan bagi iklan Rangkaian Carian. Namun, di Rangkaian Paparan, gelagat pengguna adalah berlainan dan CTR tidak begitu membantu. Ini kerana pelanggan di tapak sedang menyemak imbas menerusi maklumat dan bukannya mencari dengan kata kunci. Juga, pada halaman Rangkaian Paparan yang sibuk, iklan perlu bersaing dengan lebih gigih untuk menarik perhatian pembaca berbanding di halaman carian. Adalah lebih penting untuk cuba mencapai CTR yang baik di Rangkaian Carian (1% atau lebih tinggi) berbanding di Rangkaian Paparan, dengan kadar klikan yang selalunya lebih rendah. Anda boleh mempertimbangkan ukuran lain seperti penukaran untuk iklan Rangkaian Paparan.

    Penukaran membolehkan anda melihat sama ada iklan anda mendorong gelagat pelawat yang berkaitan dengan penjenamaan yang anda berpendapat berharga, seperti pendaftaran atau paparan halaman. Lagi pun, tidakkah anda tertanya-tanya tentang bilangan pengguna yang menyertai senarai mel anda selepas menonton iklan video baharu yang mahal, yang dibuat oleh syarikat anda baru-baru ini?

  • Jangkauan dan kekerapan: Jangkauan ialah bilangan pelawat yang melihat iklan. Jangkauan yang meningkat bermakna iklan telah dipaparkan kepada lebih ramai bakal pelanggan dan ini mungkin meningkatkan kesedaran terhadap jenama tersebut. Kekerapan ialah purata bilangan kali pelawat telah didedahkan kepada iklan dalam tempoh masa tertentu.

Tahukah anda...

Menyentuh tentang jangkauan, berikut ialah satu lagi sebab Rangkaian Paparan boleh menjadi rakan kongsi penjenamaan yang berharga: Rangkaian Paparan menjangkau lebih 90% pengguna Internet unik di seluruh dunia (Sumber: Berfikir dengan Google).

Langkah seterusnya

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
18424149843340570022
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false