Lihat transaksi anda

Nota: Maklumat dalam artikel ini hanya digunakan pada pelanggan yang menggunakan penginvoisan bulanan. Jika anda membuat prapembayaran manual ke akaun anda atau anda dicaj searac automatik, maka rujuk artikel Perihal halaman Ringkasan Pengebilan baharu.

Di halaman "Transaksi", anda boleh mengambil tindakan berikut:

Cara mencari halaman transaksi anda

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Pengebilan Ikon Pengebilan.
  2. Klik Transaksi.

Kandungan halaman Transaksi anda

Semua transaksi anda disusun mengikut bulan dan akan memaparkan data terbaru sehingga yang paling lama, dengan baki permulaan bulan di bahagian bawah dan baki akhir di bahagian atas. Harap maklum bahawa, transaksi sentiasa dipaparkan dalam Waktu Standard Pasifik (PST), walaupun akaun anda ditetapkan kepada zon waktu yang berlainan.

Berikut ialah perkara yang akan anda lihat untuk transaksi yang berlainan.

  Lajur "Tarikh" Lajur "Perihalan" Lajur "Amaun"
Kos Julat tarikh akan memaparkan seluruh bulan tidak kira masa iklan tersebut disiarkan. Nama kempen dan bilangan klik, teraan atau paparan terakru yang sepadan dengan kos Nombor positif yang menunjukkan kos terakru oleh kempen pada bulan tersebut
Pelarasan Julat tarikh akan memaparkan seluruh bulan tidak kira masa pelarasan tertentu digunakan. Jenis pelarasan (contohnya, "Kredit terlebih klik" atau "Aktiviti tidak sah"). Untuk aktiviti yang tidak sah, kami turut memaparkan beberapan butiran tambahan; ini termasuk nombor invois asal, bulan perkhidmatan asal, nombor PO, nama belanjawan akaun dan nama kempen yang trafik tidak sah asal berlaku. Nombor negatif yang menunjukkan amaun yang diterima akaun untuk jenis pelarasan tertentu pada bulan tersebut
Promosi Tarikh yang kredit promosi mula dibelanjakan Nama atau jenis promosi

Peratusan (%) kredit anda yang dibelanjakan semasa kitaran pengebilan ini. Anda boleh mendapatkan amaun penuh promosi anda di halaman Promosi.

Setelah aktif (iaitu, selepas keperluan perbelanjaan promosi anda dicapai), kredit promosi akan digunakan sepenuhnya sebelum kami menggunakan baki sedia ada anda atau mengecaj kaedah pembayaran dalam fail anda. Apa-apa kredit yang tidak dibelanjakan akan dibawa ke kitaran pengebilan seterusnya, sehingga anda habis menggunakan kredit tersebut.

Cukai, jika berkenaan Tarikh pertama dalam bulan Jenis cukai, kadar cukai dan jumlah amaun yang dikenakan cukai Nombor positif atau negatif yang menunjukkan cukai yang berkaitan dengan kos atau pelarasan
Yuran khusus negara, jika berkenaan (muncul di bawah Kos) Untuk negara yang dikenakan yuran, julat tarikh akan memaparkan seluruh bulan tidak kira masa iklan tersebut disiarkan. Jenis yuran, kadar dan jumlah amaun khusus negara Nombor positif atau negatif yang menunjukkan yuran khusus negara yang berkaitan dengan kos atau pelarasan
Untuk melihat kos harian pada peringkat kempen dan akaun: Klik pada nama kempen dalam lajur "Perihalan". Tindakan ini akan membawa anda ke laporan kos yang dibilkan milik anda, yang membolehkan anda melihat kos harian bagi kempen tersebut sepanjang tempoh masa tertentu, serta kos harian untuk keseluruhan akaun anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara melihat kos harian pada peringkat kempen dan akaun.

Selain itu, bergantung pada tetapan pembayaran, anda mungkin melihat item baris berkaitan pembayaran yang lain di halaman "Transaksi" anda.

Cara menyesuaikan halaman Transaksi anda

Secara lalai, halaman itu akan menunjukkan semua transaksi sepanjang tempoh 3 bulan lalu. Di bahagian atas halaman ialah penapis untuk menyesuaikan paparan anda.

Paparan transaksi terperinci” atau “Paparan ringkasan

Anda boleh beralih antara paparan ini menggunakan menu lungsur paling kiri.

  • Dalam paparan "Transaksi Terperinci" lalai, anda dapat melihat perkara berikut:
    • Jumlah kos terakru oleh setiap kempen selama sebulan
    • Setiap pembayaran yang dibuat oleh akaun anda pada bulan tersebut
    • Setiap pelarasan yang dibuat pada akaun anda pada bulan tersebut
  • Dalam paparan "Ringkasan", anda dapat melihat jumlah amaun bulanan mengikut jenis transaksi dengan sekilas pandang (sebagai contoh, jumlah bulanan untuk kos, pembayaran dan pelarasan).
Untuk melihat kos harian pada peringkat kempen dan akaun: Klik pada nama kempen dalam lajur "Perihalan". Tindakan ini akan membawa anda ke laporan kos yang dibilkan milik anda, yang membolehkan anda melihat kos harian bagi kempen tersebut sepanjang tempoh masa tertentu, serta kos harian untuk keseluruhan akaun anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara melihat kos harian pada peringkat kempen dan akaun

Jenis transaksi

Penapis untuk melihat semua transaksi atau hanya kos, pembayaran, pelarasan, promosi atau cukai anda, menggunakan menu lungsur tengah.

Julat tarikh

Tapis mengikut bulan menggunakan menu lungsur paling kanan.

Sekiranya anda ingin melihat kos untuk julat tarikh tertentu, anda boleh menyesuaikan julat tarikh bagi halaman Kempen anda atau laporan Kos yang Dibilkan milik anda pada bila-bila masa.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Drive Revenue with Optiscore

Want to improve account health and drive business goals? Learn from industry & Google experts on how to drive revenue with the help of Optimization Score & Auto Apply Recommendations.

Register Now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11193588465159883675
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false