Alat dalam akaun anda yang membantu anda mengenal pasti sebab iklan atau sambungan iklan anda tidak dipaparkan. Alat ini juga memaparkan pratonton untuk halaman hasil carian Google bagi istilah tertentu. Ciri ini membantu anda melihat iklan dan sambungan yang dipaparkan untuk kata kunci anda. Sebaik sahaja anda memasukkan istilah carian dan kriteria lain seperti bahasa dan lokasi, alat ini akan memberitahu anda sama ada iklan anda layak dipaparkan dalam situasi tersebut.
- Alat Pratonton dan Diagnosis Iklan mencadangkan pelengkapan auto istilah carian semasa anda menaip. Cadangan berasal daripada kata kunci yang menghasilkan tera dalam akaun anda dan disusun mengikut jumlah.
- Gunakan alat ini untuk menyemak sama ada sambungan iklan anda dipaparkan bersama-sama iklan bagi kata kunci tertentu. Jika mana-mana sambungan anda tidak dipaparkan, alat ini akan memberitahu anda sebab sambungan tersebut tidak dipaparkan.
- Gunakan ciri 'Kongsi carian ini' untuk menandai halaman carian tertentu atau untuk menghantar URL tersebut kepada rakan sejawat atau pelanggan supaya mereka juga dapat melihat hasil carian Google bagi carian tertentu ini. Perlu diingat bahawa hasil carian yang dipulangkan oleh alat ini mungkin berubah dari masa ke masa. Contohnya, pratonton iklan anda mungkin tidak lagi dipaparkan dalam alat tersebut apabila kempen anda menjangkau purata belanjawan harian kempen tersebut.
Jika anda mahu melihat cara iklan anda dipaparkan dalam hasil carian, sebaik-baiknya anda perlu menggunakan alat ini berbanding membuat carian di Google. Anda akan melihat hasil yang sama seperti carian Google, namun hasil ini tidak akan mempengaruhi statistik prestasi anda dengan mengumpulkan tera iklan setiap kali anda mencari iklan anda.