Perihal pelaporan aset dipertingkatkan untuk Kempen apl (Beta)

Pelaporan aset dipertingkatkan membolehkan anda mengakses butiran peringkat aset apl, laporan tersuai baharu dan metrik tambahan supaya anda boleh menyemak dan memahami prestasi Kempen apl anda pada peringkat aset, kempen dan rangkaian.

Artikel ini menjelaskan maksud pelaporan aset dipertingkatkan, manfaat penggunaan pelaporan ini dan cara pelaporan ini berfungsi.

 


Manfaat

Pelaporan aset dipertingkatkan membantu anda:

  • Menyesuaikan laporan anda berkenaan dengan aset dan kempen anda dengan lebih lanjut serta membolehkan anda menelusuri maklumat tertentu yang anda perlukan.
  • Mengukur prestasi aset anda mengikut jenis aset dan pada peringkat kempen serta rangkaian.
  • Membuat keputusan termaklum yang boleh mengoptimumkan prestasi aset dan kempen semasa serta masa hadapan anda.

 


Cara pelaporan aset dipertingkatkan berfungsi

Editor Laporan membolehkan anda menganalisis dan memaparkan data prestasi anda dengan lebih terperinci. Anda boleh membuat jadual tersuai dan carta secara terus dalam Google Ads, tanpa perlu memuat turun data anda dalam helaian berasingan. Melalui pelaporan aset dipertingkatkan, anda akan mendapat lebih banyak maklumat tentang Kempen apl anda daripada Editor Laporan. Ketahui lebih lanjut tentang cara Membuat laporan tersuai dalam Editor Laporan.

Ciri pelaporan tersuai

Gunakan ciri sedia ada ini bersama-sama pelaporan aset dipertingkatkan untuk memanfaatkan laporan aset apl anda sepenuhnya.

  • Masa pemuatan data: Memandangkan butiran peringkat aset akan dimuatkan setiap hari, anda boleh menerima maklumat aset apl yang terperinci setiap hari.
  • Muat turun laporan: Anda boleh memuat turun laporan anda dalam pelbagai format, seperti, tetapi tidak terhad kepada, .csv, .xml dan .pdf.
  • Penjadualan laporan: Anda boleh menjadualkan penghantaran laporan anda melalui e-mel kepada anda secara berterusan.
  • Simpan sebagai: Anda boleh memeribadikan laporan dengan menambahkan atau mengalih keluar pelbagai metrik dan dimensi mengikut pilihan anda. Kemudian, apabila anda mengklik “Simpan sebagai”, laporan baharu anda yang disesuaikan akan tersedia kepada anda.
  • Penapisan laporan: Anda boleh menapis laporan anda supaya anda boleh melihat maklumat terperinci yang anda perlukan.
  • Papan pemuka: Anda boleh membuat papan pemuka tersuai dan melihat berbilang laporan dalam format yang anda pilih.

Laporan tersuai

Laporan tersuai apl baharu telah ditambahkan pada kawasan pelaporan tersuai Google Ads.

  • Prestasi aset apl: Laporan tersuai ini digunakan apabila anda mahu menyemak prestasi aset apl berasingan anda mengikut jenis aset.
  • Prestasi kempen apl: Laporan tersuai ini digunakan apabila anda mahu menyemak prestasi keseluruhan Kempen apl anda.
  • Prestasi rangkaian apl: Laporan tersuai ini digunakan apabila anda mahu menyemak prestasi Kempen apl anda mengikut rangkaian untuk membantu anda memahami rangkaian yang memberikan hasil terbaik bagi Kempen apl anda.

Cip pelaporan tambahan

Dengan pelaporan aset dipertingkatkan, metrik dan dimensi yang berikut telah ditambahkan sebagai cip pelaporan. Cip tersebut boleh digunakan dalam sebarang laporan tersuai apl.

Dimensi

  • Aset apl: Data ini merupakan kandungan aset, seperti URL video YouTube.
  • ID aset apl: Data ini merupakan pengecam unik untuk aset.
  • Nama aset apl: Data ini merupakan nama aset, jika nama tersebut wujud. Nama aset boleh menggunakan nama fail imej.
  • Keadaan aset apl: Data ini membolehkan anda mengetahui sama ada aset dipautkan kepada versi semasa iklan atau tidak.
  • Status aset apl: Data ini merupakan status kelulusan dasar aset.
  • Orientasi aset apl: Data ini merupakan orientasi aset, sama ada dalam orientasi landskap atau potret.
  • Jenis aset apl: Data ini membolehkan anda mengetahui cara aset digunakan dalam iklan, sama ada sebagai tajuk, perihalan atau sebaliknya.

Metrik

  • Kadar penukaran (pemasangan): Metrik ini menunjukkan bilangan pemasangan yang diterima oleh iklan anda bagi setiap klik.
  • Kadar penukaran (tindakan dalam apl): Metrik ini menunjukkan bilangan peristiwa dalam apl yang diterima oleh iklan anda bagi setiap klik.
  • Pemasangan setiap (1000) tera: Metrik ini menunjukkan bilangan pemasangan yang diterima oleh iklan anda setiap tera bagi setiap seribu.
  • Pemasangan: Data ini membolehkan anda mengetahui kekerapan apl anda dimuat turun selepas berinteraksi dengan iklan anda.
  • Tindakan dalam apl: Data ini membolehkan anda mengetahui kekerapan seseorang melakukan salah satu penjejakan penukaran dalam apl anda untuk kempen ini.
  • Kos / Pemasangan: Data ini menunjukkan jumlah perbelanjaan anda, secara purata, untuk setiap muat turun baharu apl anda secara purata. Purata jumlah ini diperoleh dengan membahagikan kos anda dengan bilangan yang dinyatakan dalam lajur “Pemasangan”.
  • Kos / Tindakan dalam apl: Data ini menunjukkan jumlah perbelanjaan anda, secara purata, setiap kali seseorang melakukan salah satu tindakan dalam apl pilihan anda. Purata jumlah ini diperoleh dengan membahagikan kos anda dengan bilangan yang dinyatakan dalam lajur “Tindakan dalam apl”.
  • Pemasangan yang disertai: Data ini menunjukkan jumlah penukaran yang kami atributkan kepada Kempen apl untuk pemasangan (ACi) atau Kempen apl untuk prapendaftaran (ACpre) anda. Kempen ini dikira dalam akaun yang berasingan dan akan terus menerima atribusi berasingan.
  • Menyertai tindakan dalam apl: Data ini menunjukkan jumlah penukaran pascapemasangan yang kami atributkan kepada Kempen apl untuk pemasangan (ACi) atau Kempen apl untuk penglibatan (ACe) anda. Kempen ini dikira dalam akaun yang berasingan dan akan terus menerima atribusi berasingan.
  • Kos / Pemasangan yang disertai: Data ini menunjukkan kos anda dibahagikan dengan jumlah pemasangan yang kami atributkan kepada Kempen apl untuk pemasangan (ACi) atau Kempen apl untuk prapendaftaran (ACpre) anda. Kempen ini dikira seperti dalam akaun yang berasingan dan akan terus menerima atribusi berasingan.

 


Arahan

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.

Nota: Pelaporan aset dipertingkatkan dalam versi beta pada masa ini. Hubungi wakil Google anda untuk mendapatkan akses dan maklumat lanjut.

Cara mengakses pelaporan aset dipertingkatkan

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Cerapan dan laporan dalam menu bahagian.
  3. Klik Editor laporan.
  4. Dalam bahagian “Galeri templat”, anda boleh memilih pilihan yang berikut, bergantung pada jenis laporan yang anda mahukan.
    • Klik menu lungsur Ringkasan prestasi, kemudian pilih mana-mana pilihan yang berikut:
      • Prestasi rangkaian apl
      • Prestasi Kempen apl
    • Klik menu lungsur Iklan dan aset, kemudian pilih Prestasi aset apl.

 


Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5405878325712873423
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false