Perihal halaman Ringkasan Pengebilan

Halaman Ringkasan Pengebilan membolehkan anda melihat dan memahami maklumat bil anda pada satu tempat.

Akaun yang menggunakan tetapan Pembayaran Automatik

Kad ringkasan

Antara Muka Pengguna yang menunjukkan pelbagai ciri pembayaran automatik.

Kad pembayaran automatik seterusnya: Menunjukkan tarikh yang mungkin bagi pembayaran automatik anda yang seterusnya dan jumlah ambang anda, yang jika dicapai sebelum tarikh pembayaran automatik seterusnya, akan mencetuskan caj.

Kad pembayaran terakhir: Menyerlahkan jumlah dan tarikh pembayaran terakhir yang berjaya dilakukan serta bentuk pembayaran yang digunakan, sama ada kad kredit atau akaun bank. Kad ini juga akan memaparkan pembayaran belum selesai.

Cara kad pembayaran automatik berfungsi: Memberikan penerangan terperinci tentang cara pembayaran dibuat apabila menggunakan tetapan pembayaran automatik.

Kad bulan semasa

Skrin Antara Muka Pengguna yang menunjukkan baki semasa dalam akaun.

Kad bulan semasa menunjukkan baki semasa anda dan pecahan ringkas tentang cara baki anda dikira. Contohnya, kad bulan Julai 2020 menunjukkan perkara yang berikut:

  • Baki daripada bulan sebelumnya: $104.15 USD ialah baki belum dibayar yang dibawa atau jumlah yang perlu dibayar dari bulan sebelumnya, dalam kes ini, bulan Jun.
  • Kos bersih: $571.20 USD ialah kos kempen dan cukai atau yuran, yang dapat dikenakan, pada bulan Julai ditolak sebarang pelarasan dan kredit yang mungkin telah anda terima.
  • Pembayaran: $500 USD ialah jumlah dalam pembayaran yang diterima pada bulan Julai.
  • Baki semasa: $175.35 USD ialah baki belum dibayar semasa atau jumlah yang perlu dibayar yang akan dicaj sama ada pada tarikh yang dipaparkan dalam kad pembayaran automatik yang seterusnya atau apabila anda mencapai had ambang anda.

Untuk melihat pecahan penuh cara baki anda dikira bagi bulan tersebut, klik [ v ] untuk mengembangkan bahagian tersebut.

GIF beranimasi yang menunjukkan cara mengembangkan pelbagai bahagian halaman ringkasan pengebilan.

Dalam paparan dikembangkan, anda akan menemukan butiran lanjut tentang aktiviti bulan semasa:

  • Baki dari bulan Jun: Jumlah ini ialah baki belum dibayar dari bulan Jun yang dibawa kepada bulan Julai. Dalam contoh tersebut, bulan semasa anda bermula dengan baki $104.15 USD.
  • Kos bersih: Bahagian ini memperincikan aktiviti bulan semasa anda, termasuk:
    • Pecahan kos setiap kempen
    • Pelarasan diterima, jika ada. Untuk sebarang kredit trafik tidak sah yang anda terima, anda akan menemukan baris tambahan yang menyatakan bulan perkhidmatan asal yang trafik tidak sah berlaku. Anda mungkin melihat lebih daripada satu baris untuk kredit trafik tidak sah jika sepadan dengan bulan perkhidmatan berlainan. Anda juga boleh klik pada Lihat butiran untuk melihat pecahan kempen bagi kredit trafik tidak sah.
    • Kredit digunakan daripada sebarang promosi aktif. Kini, anda juga boleh melihat jumlah kredit promosi anda yang telah digunakan dan baki yang tinggal.
    • Anggaran cukai dan yuran yang dapat dikenakan, jika ada. Cukai dan yuran akhir dikira pada hujung bulan.
  • Pembayaran: Angka ini ialah jumlah yang dibayar pada bulan Julai. Di sini anda boleh menemukan semua pembayaran selesai, gagal, belum selesai dan ditolak. Setiap pembayaran yang telah selesai dipautkan kepada resit pembayaran yang dibuka dalam tab baharu.
    • Mengikut peraturan tempatan di sesetengah negara, kami perlu mengenakan caj cukai pada masa pembayaran manual. Pelanggan di negara ini akan melihat garisan bertitik di bawah maklumat pembayaran dengan butiran tentang jumlah prapembayaran, jumlah cukai dan jumlah bayaran keseluruhan.
    • Dalam sesetengah kes, mungkin terdapat baki yang tertunggak sebelum anda membuat pembayaran manual dan sebahagian daripada bayaran akan digunakan untuk membayar baki yang tertunggak ini. Baki ini akan dipaparkan sebagai “Penggunaan, cukai dan yuran terdahulu” dalam tip alat garis bertitik.
  • Baki semasa: Angka ini ialah jumlah yang belum dibayar pada masa ini.

Dalam lajur hujung sekali sebelah kanan, anda akan menemukan bahagian "Dokumen" yang menunjukkan masa dokumen untuk bulan tersebut akan tersedia, lazimnya sebelum 5hb hari perniagaan pada bulan tersebut. Betul-betul di bawah bahagian dokumen, jika anda mempunyai sebarang promosi aktif dalam akaun, anda akan menemukan bahagian "Promosi", yang mengandungi pautan kepada halaman promosi yang boleh anda baca maklumat tentang sebarang kod promosi aktif atau digunakan.

Aktiviti terdahulu

Skrin Antara Muka Pengguna yang menunjukkan maklumat pembayaran terdahulu pada akaun.

Bahagian ini menunjukkan kos dan aktiviti pembayaran selama 12 bulan lalu. Anda boleh melaraskan julat tarikh menggunakan menu lungsur di bahagian kanan sebelah atas jadual.

Untuk mendapatkan dokumen bagi bulan tertentu, klik Lihat penyata dan dokumen cukai. Tindakan mengklik ikon [ v ] pada setiap bulan akan mengembangkan penyata tersebut dan menunjukkan pecahan terperinci yang sama seperti kad bulan semasa. Secara alternatif, anda boleh melihat semua penyata dan dokumen cukai lama anda jika tersedia dalam tab "Dokumen" di sebelah kiri.

Akaun yang mempunyai tetapan Pembayaran Manual

Kad ringkasan

Skrin Antara Muka Pengguna yang menunjukkan maklumat pembayaran untuk akaun.

Dana Tersedia: Memaparkan dana yang tersedia untuk akaun pada masa ini dan pilihan untuk menambahkan dana pada akaun anda jika dana berkurangan. Jika anda ada promosi yang tersedia, anda akan melihat mesej yang berikut “Sedang berbelanja daripada kredit promosi sebanyak $ XX” untuk memaklumi anda bahawa dana sedang dibelanjakan daripada promosi dan bukan sebarang dana tersedia yang mungkin anda miliki yang akan dikelabukan.

Kad pembayaran terakhir: Menyerlahkan jumlah dan tarikh pembayaran terakhir yang berjaya dilakukan serta bentuk pembayaran yang digunakan, sama ada kad kredit atau akaun bank. Kad ini juga akan memaparkan sebarang pembayaran belum selesai atau sedang diproses.

Cara kad pembayaran manual anda berfungsi: Memberikan penerangan terperinci tentang cara pembayaran dibuat apabila menggunakan tetapan pembayaran manual.

Kad bulan semasa

Antara Muka Pengguna yang menunjukkan dana yang tersedia untuk akaun

Kad bulan semasa menunjukkan baki semasa anda dan pecahan ringkas tentang cara baki anda dikira. Contohnya, kad bulan Julai 2020 menunjukkan perkara berikut:

  • Dana dari bulan sebelumnya: $104.15 USD ialah baki atau jumlah yang tersedia untuk dibelanjakan atau kredit yang dibawa dari bulan sebelumnya, dalam kes ini, bulan Jun.
  • Pembayaran: Jumlah pembayaran yang diterima pada bulan Julai.
  • Kod bersih: Kos kempen dan cukai atau yuran, yang dapat dikenakan, pada bulan Julai ditolak sebarang pelarasan dan kredit yang diterima.
  • Baki semasa: $275.35 USD ialah baki semasa atau jumlah yang tersedia untuk dibelanjakan atau dikreditkan.

Untuk melihat pecahan penuh cara baki anda dikira bagi bulan tersebut, klik [ v ] untuk mengembangkan bahagian tersebut.

Dalam paparan dikembangkan, anda akan menemukan butiran lanjut tentang aktiviti bulan semasa:

Skrin Antara Muka Pengguna yang menunjukkan penamatan akaun.

  • Dana dari bulan sebelumnya: $104.15 USD ialah baki atau jumlah yang tersedia untuk dibelanjakan atau kredit yang dibawa dari bulan sebelumnya, dalam kes ini, bulan Jun.
  • Pembayaran: Angka ini ialah jumlah yang dibayar pada bulan Julai. Di sini anda boleh menemukan semua pembayaran selesai, gagal, belum selesai dan ditolak. Setiap pembayaran yang telah selesai dipautkan kepada resit pembayaran yang dibuka dalam tab baharu.
    • Mengikut peraturan tempatan di sesetengah negara, kami perlu mengenakan caj cukai pada masa prapembayaran. Pelanggan di negara ini akan melihat garisan bertitik di bawah maklumat pembayaran dengan butiran tentang jumlah prapembayaran, jumlah cukai dan jumlah bayaran keseluruhan.
    • Dalam sesetengah kes, mungkin terdapat baki yang tertunggak sebelum anda membuat pembayaran dan sebahagian daripada bayaran akan digunakan untuk membayar baki yang tertunggak ini. Baki ini akan dipaparkan sebagai “Penggunaan, cukai dan yuran terdahulu” dalam tip alat garis bertitik.
  • Kos bersih: Bahagian ini memperincikan aktiviti bulan semasa anda, termasuk:
    • Pecahan kos setiap kempen
    • Pelarasan diterima, jika ada. Untuk sebarang kredit trafik tidak sah yang anda terima, anda akan menemukan baris tambahan yang menyatakan bulan perkhidmatan asal yang trafik tidak sah berlaku. Anda mungkin menemukan lebih daripada satu baris untuk kredit trafik tidak sah jika sepadan dengan bulan perkhidmatan berlainan. Anda juga boleh klik pada Lihat butiran untuk melihat pecahan kempen bagi kredit trafik tidak sah.
    • Kredit digunakan daripada sebarang promosi aktif. Kini, anda juga boleh melihat jumlah kredit promosi anda yang telah digunakan dan baki yang tinggal.
    • Anggaran cukai dan yuran yang dapat dikenakan, jika ada. Cukai dan yuran akhir dikira pada hujung bulan.
  • Baki penamat: Angka ialah jumlah yang tersedia untuk dibelanjakan oleh anda atau dana semasa anda pada masa ini.

Dalam lajur hujung sekali sebelah kanan, anda akan menemukan bahagian "Dokumen" yang menunjukkan masa dokumen untuk bulan tersebut akan tersedia, lazimnya sebelum 5hb hari perniagaan pada bulan tersebut. Betul-betul di bawah bahagian "Dokumen", jika anda mempunyai sebarang promosi aktif dalam akaun, anda akan menemukan bahagian "Promosi", yang mengandungi pautan kepada halaman promosi yang boleh anda temukan maklumat tentang sebarang kod promosi aktif atau digunakan.

Aktiviti terdahulu

Skrin Antara Muka Pengguna yang menunjukkan maklumat pembayaran terdahulu pada akaun.

Bahagian ini menunjukkan kos dan aktiviti pembayaran selama 12 bulan lalu. Anda boleh melaraskan julat tarikh menggunakan menu lungsur di bahagian kanan sebelah atas jadual.

Untuk mendapatkan dokumen bagi bulan tertentu, klik Lihat penyata dan dokumen cukai. Tindakan mengklik ikon [ v ] pada setiap bulan akan mengembangkan penyata tersebut dan menunjukkan pecahan terperinci yang sama seperti kad bulan semasa. Secara alternatif, anda boleh melihat semua penyata dan dokumen cukai lama anda jika tersedia dalam tab "Dokumen" di sebelah kiri.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Drive Revenue with Optiscore

Want to improve account health and drive business goals? Learn from industry & Google experts on how to drive revenue with the help of Optimization Score & Auto Apply Recommendations.

Register Now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
10874489451692918546
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false