Perihal pemodelan mod persetujuan

Mulai bulan April 2021, pemodelan penukaran untuk mod persetujuan akan tersedia dalam Google Ads untuk pengguna yang memenuhi semua syarat kelayakan. Penukaran yang dimodelkan akan dipaparkan dalam lajur “Penukaran” dan dipaparkan dalam semua laporan hiliran yang menggunakan data ini.

Memahami perkara yang berlaku selepas anda melaksanakan mod persetujuan

Agar dapat memenuhi ambang keyakinan kami yang ketat, anda perlu memenuhi semakan kualiti yang berikut:

Setelah kriteria di atas dipenuhi, model kami akan memasuki tempoh latihan. Anda boleh menjangka untuk memerhatikan penukaran yang dimodelkan mengalir ke dalam pelaporan penukaran anda secara berperingkat-peringkat dan kemungkinan besar melihat peningkatan beransur-ansur dalam prestasi yang dilaporkan.

Bagaimanakah pemodelan mod persetujuan berfungsi?

Apabila pengguna tidak bersetuju untuk menerima kuki iklan atau kuki analitis, dengan menggunakan AI Google, Mod Persetujuan melaraskan gelagat tag Google yang berkaitan untuk tidak membaca atau menulis kuki untuk tujuan pengiklanan atau analitis. Tanpa kuki, pengiklan mengalami jurang dalam ukuran mereka dan hilang keterlihatan terhadap laluan pengguna di laman mereka. Mereka tidak dapat mengaitkan lagi interaksi iklan pengguna secara terus kepada penukaran.

Pemodelan penukaran boleh membantu anda mengisi jurang dalam ukuran media pada masa laluan antara interaksi iklan dengan penukaran tidak dapat diperhatikan. Pemodelan penukaran menggunakan AI Google untuk menganalisis data yang boleh diperhatikan dan arah aliran sejarah, yang mengira perhubungan antara pengguna yang memberikan persetujuan dengan pengguna yang tidak memberikan persetujuan. Kemudian, berdasarkan perjalanan pengguna yang boleh diperhatikan apabila pengguna telah bersetuju dengan penggunaan kuki, model kami akan menilai laluan atribusi untuk perjalanan yang tidak dipersetujui. Cara ini menghasilkan paparan yang lebih lengkap dan tepat terhadap perbelanjaan serta hasil pengiklanan — sambil masih mematuhi pilihan persetujuan pengguna.

Penukaran yang dimodelkan menerusi Mod Persetujuan akan disepadukan terus dalam laporan kempen Google Ads anda dengan kebutiran yang sama seperti penukaran yang diperhatikan. Data ini kemudian memasuki alat pembidaan Google supaya anda boleh yakin bahawa kempen anda akan dioptimumkan berdasarkan paparan penuh hasil anda.

Perhubungan antara kadar persetujuan dengan penukaran yang dimodelkan

Anda boleh menjangkakan kadar penukaran yang tidak dipersetujui menjadi kurang secara ketara berbanding kadar penukaran yang dipersetujui. Menerusi analisis mendalam, kami dapati bahawa kadar penukaran pengguna berbeza-beza berdasarkan status persetujuan pengguna. Pengguna yang memberikan persetujuan lazimnya 2-5x lebih bermungkinan melakukan penukaran berbanding pengguna yang tidak memberikan persetujuan. Walau bagaimanapun, perkara ini berbeza-beza bergantung pada faktor seperti kadar persetujuan, industri dan jenis penukaran.

Grafik maklumat yang menerangkan cara pemodelan mod persetujuan berfungsi

Contoh di atas menunjukkan cara penurunan/peningkatan kadar persetujuan dan kadar penukaran adalah tidak sama, kerana pengguna yang tidak memberikan persetujuan kurang kerap melakukan penukaran. Dalam kes ini, pengiklan mempunyai kadar persetujuan sebanyak 50%, tetapi hanya 19% penurunan dalam persetujuan (12 daripada 62) dan peningkatan kadar penukaran sebanyak 18% daripada pemodelan penukaran.

Nota: Google tidak dapat memerhatikan sama ada penukaran tanpa persetujuan pernah mempunyai interaksi iklan. Model kami membantu untuk mengisi laluan di antara interaksi iklan dan peristiwa penukaran, yang menyasarkan untuk mengurangkan ramalan berlebihan. Hasilnya, sesetengah penukaran yang sebenarnya berlaku mungkin tidak dapat diambil kira, kerana penukaran tersebut tidak boleh diatributkan dengan klik iklan tanpa kuki.

Pelaporan dan implikasi pembidaan

Mulai bulan April 2021, anda akan menyaksikan pemodelan persetujuan tersedia untuk pelaporan dan pembidaan dalam akaun Google Ads anda. Tiada tindakan lanjut diperlukan untuk memanfaatkan pemodelan mod persetujuan. Penukaran yang dimodelkan akan dipaparkan dalam lajur “Penukaran”. Jika anda menjejaki nilai, maka nilai penukaran yang dimodelkan juga akan dipaparkan dalam lajur “Nilai penukaran”. Semua laporan yang menggunakan lajur penukaran akan menerima kesan daripada penukaran yang dimodelkan.

Jika anda sebelum ini bertukar daripada strategi bidaan CPA Sasaran atau ROAS Sasaran kepada strategi bidaan Maksimumkan penukaran atau Maksimumkan nilai penukaran untuk mengawal kesan daripada perubahan persetujuan, kami mengesyorkan agar anda bertukar kembali kepada CPA Sasaran atau ROAS Sasaran untuk mendapatkan prestasi yang optimum selepas pelancaran pemodelan. Jika anda sebelum ini telah melaraskan sasaran pembidaan automatik untuk mengurangkan kesan perubahan persetujuan, anda perlu memantau perbelanjaan untuk melaraskan sasaran secara beransur-ansur, untuk kembali kepada sasaran ROI terdahulu anda.

Memanfaatkan sepenuhnya pemodelan mod persetujuan

Apabila persetujuan kuki ditolak (ad_storage or analytics_storage=’denied’), kami mengesyorkan agar anda menggunakan mod persetujuan untuk menghantar ping tanpa kuki untuk melakukan pemodelan yang lebih tepat. Pemodelan penukaran menerusi mod persetujuan adalah paling tepat apabila ping tanpa kuki ini dicetuskan. Ketahui lebih lanjut tentang cara mod persetujuan menghormati privasi pengguna melalui ping tanpa kuki apabila persetujuan kuki ditolak (ad_storage or analytics_storage=’denied’).

Nota: Ping tanpa kuki mod persetujuan tidak sekali-kali digunakan untuk menjejaki pengguna individu merentas apl atau laman web, membina senarai pemasaran semula atau menjana profil pengguna.

Pemodelan penukaran mungkin masih tersedia kepada pengiklan yang menyekat ping tanpa kuki, tetapi sistem kami tidak akan dapat menjana faktor penentukuran khusus pengiklan, yang mungkin memberikan kesan pada ketepatan pemodelan. Ping tanpa kuki amat penting untuk menjana faktor penentukuran tersuai bagi setiap pengiklan.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4767529341206101235
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false