Perihal jumlah belanjawan kempen

Pada masa ini, jumlah belanjawan kempen hanya tersedia untuk kempen video dengan tarikh mula dan tamat tertentu.

Apabila anda sudah tahu amaun yang ingin anda belanjakan pada keseluruhan kempen video, anda boleh menetapkan jumlah belanjawan kempen. Anda mempunyai pilihan untuk memilih “Jumlah belanjawan kempen” semasa membuat kempen video baharu anda.

Sentiasa ingat bahawa anda tidak boleh mengubah jenis belanjawan setelah kempen dibuat.

Google Ads akan cuba membelanjakan keseluruhan belanjawan anda sepanjang tempoh kempen anda dengan mengambil kira hari trafik lebih tinggi dan lebih rendah untuk mengoptimumkan prestasi kempen anda. Sebagai contoh, katakan kempen video anda mendapat kurang tontonan pada hari Isnin dan Selasa dan lebih banyak tontonan pada hujung minggu. Google Ads akan mengoptimumkan prestasi dengan membelanjakan lebih banyak belanjawan pada hari yang video anda kemungkinan memperoleh lebih banyak tontonan, sambil memastikan matlamat belanjawan keseluruhan anda pada landasan yang betul.

Nota: Penyasaran am dengan bidaan tinggi tetapi belanjawan yang rendah, boleh menyebabkan terlebih klik bagi kempen.

Dengan jumlah belanjawan kempen, anda hanya akan dibilkan sehingga jumlah yang anda masukkan untuk kempen, walaupun Google Ads memberikan lebih banyak tontonan atau tera berbanding dengan yang dibenarkan oleh belanjawan anda.

 


Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15463106645994842667
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false