Pantau prestasi percubaan video

Selepas menyediakan percubaan video, anda boleh memantau prestasi percubaan tersebut dalam Google Ads dan mendapatkan iklan video yang berprestasi terbaik dalam cabang eksperimen. Dengan memahami iklan yang berprestasi lebih baik dalam percubaan, anda boleh membuat keputusan termaklum berkenaan kempen yang perlu diteruskan dan diperuntukkan belanjawan yang lebih tinggi.

Artikel ini menerangkan cara memantau dan memahami prestasi percubaan video.


Arahan

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Ikon Kempen.
  2. Klik menu lungsur Kempen pada menu bahagian.
  3. Klik Percubaan, kemudian klik Percubaan video.
  4. Pilih percubaan untuk melihat hasil percubaan tersebut, semasa masih dalam proses (berarah) atau apabila selesai (muktamad).

Hasil Berarah berbanding dengan hasil Muktamad

Anda boleh melihat pemenang yang diandaikan bagi cabang eksperimen anda semasa percubaan video masih berjalan dan mengumpulkan data, membolehkan anda memperoleh hasil berarah lebih awal. Kami mengesyorkan agar anda menunggu sehingga percubaan tamat untuk memperoleh hasil muktamad tetapi jika anda tidak mempunyai masa dan anda selesa dengan hasil berarah, anda boleh mendapatkan hasil muktamad apabila percubaan mencapai ambang keyakinan 70%. Anda juga mempunyai pilihan untuk menunggu sehingga percubaan mencapai keyakinan 80% (masih dianggap hasil berarah) atau menunggu sehingga percubaan tersebut mencapai penyelesaian pada keyakinan 95% (hasil pada peringkat ini dianggap hasil muktamad).

Ambang keyakinan 70% atau yang dikenali sebagai “selang keyakinan” bermaksud jika anda mengulangi percubaan ini, anda akan mendapat hasil yang sama pada tahap 70% setiap kali. Jika anda memilih untuk menunggu hasil muktamad, hasil tersebut akan berada pada selang keyakinan 95%.


Mentafsirkan hasil carian anda

  • Semasa menilai hasil carian anda, fokus pada serlahan ciri hijau dan merah untuk metrik kejayaan anda serta metrik lain dalam jadual pelaporan kerana metrik ini membantu anda mencari perbezaan yang ketara bagi prestasi antara cabang eksperimen.
  • Untuk mula mengira perbezaan antara cabang eksperimen dengan cabang kawalan bagi setiap metrik penukaran (kecuali Tingkatan Jenama Mutlak), anda memerlukan sekurang-kurangnya 100 penukaran. Untuk metrik lain yang berkaitan dengan klik atau paparan, tiada bilangan minimum tindakan yang diperlukan.
Metrik Ambang tindakan Maksud perkara ini
Kadar klikan (CTR) Tiada keperluan Cabang dengan kadar klikan paling tinggi
Kadar penukaran ≥ 100 penukaran Cabang dengan kadar penukaran paling tinggi
Penukaran ≥ 100 penukaran Cabang dengan bilangan penukaran paling tinggi
Kos setiap klik (CPC) Tiada keperluan Cabang dengan kos setiap klik paling rendah
Kos setiap seribu tera (CPM) Tiada keperluan Cabang dengan kos setiap seribu teraan paling rendah
Kos setiap tontonan (CPV) Tiada keperluan Cabang dengan kos setiap tontonan paling rendah
Kadar tontonan video Tiada keperluan Cabang dengan kadar tontonan paling tinggi

Untuk semua metrik

  • Sebaik sahaja perbezaan dengan cabang kawalan mengandungi keertian statistik pada tahap keyakinan yang dipilih (70%, 80% atau 95%), anda akan mula menemukan hasil. Jika anda mempunyai:
    • “Prestasi serupa”: Pada tahap keyakinan ini, tiada bukti statistik bahawa cabang itu berprestasi lebih baik atau lebih buruk daripada cabang kawalan bagi metrik ini.
    • Nilai hijau: Pada tahap keyakinan ini, terdapat bukti statistik bahawa cabang itu berprestasi lebih baik daripada cabang kawalan bagi metrik ini.
    • Nilai merah: Pada tahap keyakinan ini, terdapat bukti statistik bahawa cabang itu berprestasi lebih buruk daripada cabang kawalan bagi metrik ini.
  • Untuk metrik penukaran: Jika anda memilih metrik penukaran dan kempen dalam percubaan anda belum menerima sekurang-kurangnya 100 penukaran, mesej tentang “mengumpulkan data” (jika percubaan masih berjalan) atau “data tidak mencukupi” (jika percubaan telah tamat) akan dipaparkan.
  • Nota: Jika belanjawan dibahagikan secara sama rata antara beberapa cabang eksperimen tetapi satu kempen menerima lebih banyak tera berbanding yang lain, perkara ini bermaksud bahawa kempen tersebut memasuki lelongan yang berlainan dan memenangi bidaan yang berbeza. Kempen yang memenangi lebih banyak lelongan pada kos yang lebih rendah akan memiliki tera yang paling banyak. Percubaan hanya memastikan pengguna dalam satu cabang eksperimen tidak bertindih dengan pengguna dalam cabang eksperimen lain.

Amalan terbaik

  • Ambil tindakan terhadap hasil anda: Jika anda menemukan hasil dengan keertian statistik dalam salah satu cabang eksperimen, anda boleh memaksimumkan kesan dengan menjeda cabang eksperimen yang lain dan mengalihkan semua belanjawan kepada cabang eksperimen yang berprestasi lebih tinggi dengan hasil yang lebih ketara.
  • Manfaatkan pembelajaran pada masa lalu: Sebagai contoh, jika anda mendapati bahawa aset video tersuai untuk segmen khalayak yang berlainan menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada memaparkan aset generik yang sama kepada semua lapisan khalayak, maka gunakan pengetahuan ini dalam proses pembuatan aset video pada masa hadapan.
  • Hasil tidak muktamad juga boleh memberikan cerapan: Sebagai contoh, anda mempunyai 2 kreatif yang berprestasi sama dalam percubaan tersebut tetapi salah satu kreatif mungkin lebih murah untuk dihasilkan daripada yang satu lagi.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13404811970458674476
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false