Pemberitahuan

Google telah memeterai perjanjian dengan Squarespace, Inc. untuk memperoleh semua pendaftaran nama domain daripada Google Domains. Squarespace ialah pendaftar rekod bagi domain anda dan Syarat Perkhidmatan Squarespace akan dikenakan; walau bagaimanapun, Google akan mengurus domain anda sepanjang tempoh peralihan ini. Selepas tempoh peralihan, domain anda akan dialihkan kepada Squarespace, dan selepas dipindahkan, data anda akan dikawal oleh Dasar Privasi Squarespace. Ketahui lebih lanjut tentang perjanjian ini.

Perihal pembelian pendaftaran Google Domains oleh Squarespace

Kami mahu memaklumi anda tentang perubahan penting yang akan datang pada akaun Google Domains anda. Pada 15 Jun 2023, Squarespace mengumumkan hasratnya untuk membeli pendaftaran domain dan akaun pelanggan yang berkaitan daripada Google Domains.

Apakah perkara yang sedang berlaku?

Pada 15 Jun 2023, Google telah bersetuju untuk mengikat perjanjian muktamad dengan Squarespace, yang berhasrat untuk membeli semua pendaftaran domain dan akaun pelanggan yang berkaitan daripada Google Domains. Memandangkan transaksi antara Google dengan Squarespace telah dimuktamadkan, anda kini merupakan pelanggan Squarespace. Google Domains tidak akan menawarkan pendaftaran domain baharu lagi. Sehingga domain anda dihijrahkan kepada Squarespace, proses yang akan berlangsung dalam masa beberapa bulan akan datang, anda boleh terus mengurus domain sedia ada pada Google Domains. Jika anda mahu membeli domain baharu sekarang, cuba gunakan Squarespace. Ini pautan ahli gabungan. Jika anda membuat pembelian daripada Squarespace, kami mungkin mendapat komisen.

Apakah maksud perkara ini kepada anda sebagai pelanggan?

Perkara ini tidak memberikan apa-apa kesan langsung terhadap akaun Google Domains anda dan anda tidak perlu berbuat apa-apa pada masa ini. Memandangkan transaksi antara Google dengan Squarespace telah dimuktamadkan, anda telah menjadi pelanggan Squarespace dan akaun domain anda dimiliki dan, selepas tempoh peralihan, akan diurus oleh Squarespace. Semasa tempoh peralihan tersebut, Squarespace akan mengurus perkhidmatan Google Workspace secara automatik, tertakluk pada pengecualian terhad. Jika sebarang tindakan lanjut diperlukan, Squarespace akan menghubungi anda terus.

Apakah yang akan berlaku kepada domain anda?

Bagi pelanggan yang membeli domain secara terus daripada Google Domains

Memandangkan transaksi telah dimuktamadkan, anda kini merupakan pelanggan Squarespace. Untuk masa ini, domain anda akan terus diurus melalui Google Domains, dengan Dasar Privasi dan Syarat Perkhidmatan Google terus dikenakan. 

Tidak lama lagi, tempoh peralihan akan bermula dan sepanjang tempoh ini, pelanggan, dan jika berkenaan, maklumat bil akan dihijrahkan dari semasa ke semasa kepada Squarespace, tertakluk pada pengecualian terhad. Selepas peralihan ini, Squarespace akan mengurus akaun domain anda. Perkara ini termasuk tetapan DNS, WHOIS dan pembaharuan nama domain. Jika anda mempunyai langganan Google Workspace yang dibilkan oleh Google Domains, perkhidmatan pengebilan dan sokongan untuk langganan anda akan dialihkan kepada Squarespace. Kami akan bekerjasama dengan Squarespace untuk memastikan peralihan adalah selancar mungkin untuk anda. 

Berkuat kuasa selepas pemindahan maklumat pelanggan dan bil anda kepada Squarespace, Syarat Perkhidmatan Squarespace akan mengikat dan boleh dikuatkuasakan serta data anda akan dikawal oleh Dasar Privasi Squarespace. Anda akan terus dapat memindahkan domain anda kepada pendaftar lain sebelum pemindahan sedemikian atau pada bila-bila masa selepas itu, tertakluk pada sekatan yang ditetapkan oleh pengendali pendaftaran dan pendaftar pemeroleh.

Bagi pelanggan yang membeli domain dalam aliran pendaftaran Google Workspace
Memandangkan transaksi telah dimuktamadkan, anda kini merupakan pelanggan Squarespace. Tidak lama lagi, tempoh peralihan akan bermula dan sepanjang tempoh ini, maklumat pelanggan yang dikaitkan dengan domain anda akan dihijrahkan dari semasa ke semasa, tertakluk pada pengecualian terhad. Selepas peralihan ini, Squarespace akan mengurus akaun domain anda. Perkara ini termasuk tetapan DNS, WHOIS dan pembaharuan nama domain. Kami akan bekerjasama dengan Squarespace untuk memastikan peralihan adalah selancar mungkin untuk anda. Pengebilan untuk domain anda akan terus diurus oleh Google Workspace secara terus, walaupun selepas domain anda dialihkan kepada Squarespace.

Adakah domain anda akan dihentikan pada bila-bila masa?

Pendaftaran nama domain dan penugasan DNS anda tidak akan terjejas oleh penghijrahan kepada Squarespace. Selepas domain anda dihijrahkan kepada Squarespace, anda boleh mengurus perkhidmatan tambahan melalui konsol pengurusan mereka.

Apakah yang akan berlaku pada perkhidmatan Google Workspace & G Suite anda yang dibeli melalui Google Domains?

Memandangkan transaksi antara Google dengan Squarespace telah dimuktamadkan, anda telah menjadi pelanggan Squarespace. Perkhidmatan pengebilan dan sokongan untuk Google Workspace, termasuk langganan G Suite, yang dibilkan oleh Google Domains pada masa ini akan diurus oleh Squarespace. Tidak lama lagi, tempoh peralihan akan bermula dan sepanjang tempoh ini, maklumat pelanggan dan bil akan dihijrahkan dari semasa ke semasa, tertakluk pada pengecualian terhad. Selepas itu, Squarespace akan mengurus dan mengebilkan langganan Workspace anda yang sebelum ini dibilkan oleh Google Domains. Kami akan bekerjasama dengan Squarespace untuk memastikan peralihan adalah selancar mungkin untuk anda. Perkara ini tidak mempengaruhi mana-mana langganan Workspace yang dibilkan secara terus oleh Google Workspace atau penjual semula Workspace yang lain.

Apakah yang perlu anda lakukan?

Anda tidak perlu melakukan apa-apa sekarang. Anda boleh mengurus domain anda melalui Google Domains sehingga domain itu dialihkan, selepas itu anda akan mengurus domain itu dalam akaun Squarespace. Butiran lanjut akan diberikan pada waktu peralihan. Google Domains akan bekerjasama dengan Squarespace untuk memastikan peralihan adalah selancar mungkin untuk anda. Ketahui lebih lanjut tentang Syarat Perkhidmatan dan Dasar Privasi Squarespace. Berkuat kuasa selepas pemindahan maklumat pelanggan dan bil anda kepada Squarespace, Syarat Perkhidmatan dan Dasar Privasi Squarespace akan mengikat dan boleh dikuatkuasakan serta data anda akan dikawal oleh Dasar Privasi Squarespace. Anda akan terus dapat memindahkan domain anda kepada pendaftar lain sebelum pemindahan sedemikian atau pada bila-bila masa selepas itu, tertakluk pada sekatan yang ditetapkan oleh pengendali pendaftaran dan pendaftar pemeroleh.

Apakah perkara yang akan berlaku seterusnya?

Anda tidak perlu berbuat apa-apa pada masa ini. Memandangkan transaksi antara Google dengan Squarespace telah dimuktamadkan, anda telah menjadi pelanggan Squarespace. Tidak lama lagi, nama domain anda akan dialihkan daripada Google Domains kepada Squarespace. Proses peralihan ini akan dilakukan secara berperingkat dan dijangka mengambil masa beberapa bulan. Sebelum peralihan domain anda, anda akan mengurus domain anda menggunakan Google Domains dan Syarat Perkhidmatan serta Dasar Privasi Google akan terus dikenakan. Selepas domain anda dialihkan kepada Squarespace, anda akan dapat mengurus domain anda dengan mereka dan Dasar Privasi Squarespace akan dikenakan pada data anda. Ketahui lebih lanjut tentang Syarat Perkhidmatan dan Dasar Privasi Squarespace. Syarat Perkhidmatan dan Dasar Privasi Squarespace akan mengikat dan boleh dikuatkuasakan selepas pemindahan maklumat pelanggan dan bil anda kepada Squarespace. Anda akan terus dapat memindahkan domain anda kepada pendaftar lain sebelum pemindahan sedemikian atau pada bila-bila masa selepas itu, tertakluk pada sekatan yang ditetapkan oleh pengendali pendaftaran dan pendaftar pemeroleh. 

Apakah yang akan berlaku kepada data pengebilan anda?

Untuk memastikan peralihan ini dijalankan selancar mungkin untuk anda, data pengebilan anda yang disulitkan akan, jika berkenaan, dihijrahkan dengan selamat kepada Squarespace dan pemproses bayaran patuh PCI mereka.

Apakah pilihan lain yang tersedia jika anda tidak mahu beralih kepada Squarespace?

Pengumuman ini tidak mengubah keupayaan anda untuk memindahkan domain anda kepada mana-mana pendaftar lain pada bila-bila masa, tertakluk pada sekatan yang ditetapkan oleh pengendali pendaftaran dan pendaftar pemeroleh. Anda akan terus mempunyai keupayaan untuk memindahkan domain anda kepada pendaftar lain sebelum pemindahan sedemikian atau pada bila-bila masa selepas itu. Jika anda mahu berbuat demikian sebelum beralih kepada Squarespace, ketahui cara memindahkan Google Domains kepada pendaftar lain.

Apakah maksud perkara ini kepada pelanggan Cloud Domains?

Sila baca Soalan Lazim Cloud Domains.

Adakah produk Cloud yang lain seperti Cloud DNS terkesan?

Sila baca Soalan Lazim Cloud Domains.

Bagaimanakah sekiranya saya mahu mengemukakan pertanyaan lanjut?

Sila hubungi kami jika anda memerlukan sebarang bantuan lanjut.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
9447797539243608536
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
93020
false
false