Dasar kandungan yang dijana oleh pengguna Maps

Google beriltizam untuk membantu anda meneroka dunia di sekeliling anda. Kandungan yang dijana oleh pengguna (UGC) pada perkhidmatan kami adalah bertujuan untuk meningkatkan pengalaman anda dan membantu anda melihat pratonton serta meneroka tempat yang berdekatan atau di seluruh dunia. Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kandungan yang diterbitkan oleh pengguna kami berguna dan menggambarkan dunia sebenar.

Jika anda menyumbang pada Maps, anda boleh dianggap sebagai Jurupandu Tempatan. Sebagai Jurupandu Tempatan, anda dikenal pasti melalui lencana atau ikon, dapat meraih mata dan ditempatkan pada tahap tertentu berdasarkan jumlah kandungan yang anda sumbangkan. Anda mungkin layak menerima manfaat dan undangan untuk menghadiri acara. Untuk membuat perubahan, termasuk keluar daripada program Jurupandu Tempatan, lawati Akaun Saya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program Jurupandu Tempatan, semak Terma dan Syarat Program Jurupandu Tempatan.

Dasar kandungan Google untuk UGC Maps direka bentuk untuk membantu kami memastikan semua pengguna yang melihat UGC mendapat pengalaman positif di samping memastikan Maps adil dan jujur. Walaupun sejumlah besar daripada jutaan sumbangan yang kami terima setiap hari adalah asli dan tepat, kadangkala kami menerima kandungan yang melanggar dasar. Kami menggunakan gabungan algoritma manusia dan pembelajaran mesin untuk mengesan kandungan sedemikian dan untuk membantu kami menghalang pengguna lain daripada menemukan kandungan tersebut. Dasar ini menggariskan kriteria tentang cara menerbitkan UGC pada Maps dan cara kami menangani kandungan yang tidak sesuai atau melanggar dasar.

Sebagai contoh, siaran atau edit mestilah berdasarkan pengalaman dan maklumat yang sebenar. Kandungan yang sengaja dipalsukan, foto yang disalin atau dicuri, ulasan yang tersasar daripada topik, bahasa yang berbaur fitnah, serangan peribadi dan kandungan yang tidak perlu atau tidak betul adalah melanggar dasar kami. Kami juga, secara umumnya mengalih keluar siaran penuh (sebagai contoh, siaran foto bersama dengan ulasan teks yang dilampirkan) walaupun hanya satu bahagian daripada siaran tersebut melanggar dasar. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan, akses Kandungan yang dilarang & terhad. Jika anda menemukan kandungan yang subjektif, seperti ulasan, media, pertanyaan atau jawapan tentang tempat atau profil yang anda percaya melanggar dasar kami atau undang-undang, rujuk Dasar laporkan dan betulkan kandungan tidak sesuai dan Dasar laporkan profil pengguna yang tidak sesuai untuk mengambil tindakan.

Jika edit yang dicadangkan tidak diletakkan dengan tepat pada peta atau dikaitkan dengan tempat yang salah, sumbangan mungkin ditolak. Untuk menjejaki edit anda, anda boleh menyemak tempat tersebut pada peta. Oleh sebab terdapat sumber lain yang boleh menggantikan edit dan rayuan yang diluluskan, edit mungkin tidak dipaparkan. Jika anda merupakan pemilik bagi suatu tempat, anda boleh mengetahui cara menambahkan atau menuntut Business Profile anda pada Google. Jika anda menemukan maklumat yang mengelirukan atau aktiviti penipuan pada Google Maps yang berkaitan dengan maklumat berdasarkan fakta dan disiarkan secara terbuka, anda boleh mengedit maklumat tersebut. Ketahui lebih lanjut tentang cara mengedit maklumat perniagaan pada Google Maps. Jika tempat tersebut didapati melanggar dasar yang disebutkan sebelum ini atau Dasar kelayakan perniagaan & tempat, tempat dan maklumat tempat tersebut mungkin dialih keluar daripada Google Maps dan dianggap tidak layak untuk penerbitan semula.

Untuk mengesan kandungan yang melanggar dasar, algoritma pembelajaran mesin kami mengimbas sumbangan untuk mengesan isyarat aktiviti pengguna yang mencurigakan. Kandungan yang melanggar dasar sama ada dialih keluar oleh model automatik kami atau dibenderakan untuk semakan yang selanjutnya oleh pengendali dan penganalisis terlatih. Mereka akan menilai kandungan yang mungkin sukar untuk dilakukan sepenuhnya oleh algoritma. Kami mengalih keluar kandungan kerana kandungan tersebut melanggar dasar atau Syarat Perkhidmatan kami atau untuk mematuhi kewajipan undang-undang.

Untuk melindungi pengguna daripada menemukan kandungan tidak sesuai, kami menggunakan banyak alat lain seperti menggantung UGC bagi tempat, kawasan geografi dan kategori tempat yang tertentu. Langkah ini mungkin dilaksanakan secara reaktif sebagai tindak balas terhadap peningkatan kandungan yang melanggar dasar kami atau secara proaktif, jika kami percaya langkah ini perlu untuk mengelakkan kandungan yang melanggar dasar kami. Kami juga mungkin mengehadkan akses ciri atau menggantung Google Account yang melanggar dasar kami. Tindakan mengalih keluar kandungan, menolak edit atau mengehadkan akses ciri mungkin termasuk tindakan menghalang kandungan yang dimuat naik daripada dipaparkan kepada pengguna lain. Kami mengalih keluar UGC dan menggantung Google Account secara global dan selama-lamanya. Kandungan anda yang dialih keluar kerana melanggar garis panduan kami juga dialih keluar secara global dan selama-lamanya. Apabila Google Account anda dihadkan daripada mengakses atau menyumbang kepada ciri Maps, anda tidak akan dapat menggunakan ciri tersebut di mana-mana sahaja di dunia.

Sila semak kembali dari semasa ke semasa memandangkan kami mungkin akan mengemaskinikan dasar kami.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7400872420846436607
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
false
false