Selesaikan ranap halaman "Oh, Tidak!" dan ralat pemuatan halaman yang lain

Jika anda mendapat ralat "Oh, Tidak" atau kod ralat lain dan bukannya halaman web, Chrome sedang menghadapi masalah memuat. Anda mungkin turut melihat halaman memuat dengan perlahan atau tidak dibuka sama sekali.

Jika anda menerima ralat memuatkan halaman: Untuk membetulkan masalah itu, ikut langkah di bawah. Anda boleh mulakan dengan memuat semula halaman itu.

Muat semula halaman

Lazimnya, anda boleh memuatkan semula halaman untuk menyelesaikan ralat.

Ketik Lagi Lagi kemudian Muat semula Muat semula.

Jika langkah itu tidak berkesan...

Langkah 1: Semak sambungan Internet anda

Pastikan telefon atau tablet anda disambungkan kepada Wi-Fi atau data mudah alih.

Cuba muatkan semula tab yang mengandungi ralat.

Langkah 2: Kosongkan cache anda

Chrome mungkin menyimpan maklumat yang menghalang halaman daripada dimuatkan.

Buka halaman dalam tetingkap Inkognito

  1. Buka apl Chrome Chrome pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Ketik Lagi Lagi kemudian Tab Inkognito Baharu .
  3. Cuba muatkan halaman dalam tab Inkognito. Jika berjaya dimuatkan, kosongkan cache dan kuki anda.

Kosongkan cache dan kuki anda

  1. Ketik Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  2. Ketik Privasi dan keselamatan kemudian Kosongkan data semakan imbas.
  3. Di sebelah "Julat masa", pilih Sepanjang masa.
  4. Pilih Kuki dan data laman serta Imej dan fail dicache. Nyahpilih jenis data lain.
  5. Ketik Kosongkan data.
  6. Cuba muatkan semula tab yang mengandungi ralat.

Langkah 3: Tutup tab atau apl lain

Peranti anda mungkin telah kehabisan memori dan tidak dapat memuatkan laman sambil menjalankan apl anda.

  1. Kosongkan memori:
    • Tutup setiap tab kecuali tab yang menunjukkan mesej ralat itu.
    • Hentikan apl lain yang sedang berjalan dan hentikan sebentar sebarang muat turun apl atau fail.
  2. Cuba muatkan semula tab yang mengandungi ralat.

Masih tidak berkesan?

Langkah 4: Mulakan semula telefon atau tablet anda

Kadangkala, apl menghalang halaman daripada dimuatkan.

  1. Mulakan semula telefon atau tablet.
  2. Cuba muatkan halaman sekali lagi.
Langkah 5: Kemas kini Chrome
  1. Buka Google Play Store Google Play pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, ketik Menu Menu kemudian Apl & permainan saya. Apl yang mempunyai kemaskinian disenaraikan di bawah "Kemas Kini".
  3. Di bawah "Kemaskinian", cari Chrome Chrome.
  4. Jika Chrome tersenarai, ketik Kemas kini untuk memasang kemaskinian tersebut.
  5. Selepas mengemas kini, cuba muatkan semula tab yang mengandungi ralat.
Kod ralat dan isu pemuatan halaman

Kod ralat berikut bermaksud terdapat masalah semasa membuka halaman.

  • "Oh, Tidak!": Chrome menghadapi masalah memuatkan halaman.
  • ERR_NAME_NOT_RESOLVED: Nama hos (alamat web) itu tidak wujud.
  • ERR_INTERNET_DISCONNECTED: Peranti tidak disambungkan ke Internet.
  • ERR_CONNECTION_TIMED_OUT atau ERR_TIMED_OUT: Halaman mengambil masa terlalu lama untuk menyambung. Sambungan Internet anda mungkin terlalu perlahan atau halaman mungkin terlalu sibuk.
  • ERR_CONNECTION_RESET: Sesuatu yang mengganggu sambungan anda ke halaman telah berlaku.
  • ERR_NETWORK_CHANGED: Peranti anda terputus sambungan daripada rangkaian atau disambungkan kepada rangkaian baharu semasa memuatkan halaman.
  • ERR_CONNECTION_REFUSED: Halaman tidak membenarkan Chrome menyambung kepadanya.
  • ERR_CACHE_MISS: Halaman memerlukan maklumat yang anda masukkan sebelum itu diserahkan sekali lagi.
  • ERR_EMPTY_RESPONSE: Tapak web tidak menghantar sebarang data dan mungkin tergendala.
  • ERR_SSL_PROTOCOL_ERROR: Halaman telah menghantar data yang tidak difahami oleh Chrome.
  • ERR_ BAD_SSL_CLIENT_AUTH_CERT: Log masuk ke laman web (contohnya, laman web bank atau kerja) tidak berjaya kerana terdapat ralat dalam sijil klien.

Untuk mendapatkan senarai lengkap kod ralat, pergi ke chrome://network-errors/.

Anda juga mungkin akan melihat satu atau beberapa isu ini:

  • Laman tidak dapat dicapai.
  • Laman web tidak dapat dibuka.
  • Laman HTTPS tidak dapat dibuka.
  • Foto tidak dapat dimuatkan.
  • Tab baharu tidak dapat dimuatkan.

Dapatkan bantuan tambahan

  • Jika laman lain dapat dibuka seperti biasa tetapi satu laman sahaja yang ranap, laman tersebut mungkin penyebab kepada masalah anda itu:
    • Jika anda telah cuba memuatkan semula laman tetapi laman itu masih tidak dapat dibuka, beritahu kami dengan mengklik Hantar maklum balas.
    • Hidupkan pelaporan ralat automatik untuk membantu kami menyelesaikan ranap halaman dengan lebih cepat atau laporkan isu itu kepada Chrome.
    • Hubungi pemilik laman untuk melaporkan masalah tersebut.
  • Dapatkan bantuan daripada pakar dalam Forum Bantuan Chrome.
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13812732529432991963
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
208
false
false