Gunakan Chromebook anda luar talian

Walaupun anda tidak disambungkan kepada Internet, anda masih boleh melakukan banyak perkara dengan Chromebook anda.

Penting:

  • Sesetengah apl dan perkhidmatan luar talian tidak akan berfungsi dalam mod Inkognito atau tetamu.
  • Jika anda menggunakan Gmail dengan akaun kerja atau sekolah, anda boleh meminta bantuan pentadbir anda untuk menukar tetapan Gmail luar talian anda.

Semak e-mel anda

Anda boleh membaca, membalas dan mencari mesej Gmail anda walaupun semasa anda tidak disambungkan kepada Internet dengan melawati mail.google.com. Untuk menyediakan ciri ini:

  1. Buka Chrome Chrome. Penting: Gmail luar talian tidak akan berfungsi dalam mod Inkognito.
  2. Akses tetapan Gmail luar talian.
  3. Tandai "Dayakan mel luar talian".
  4. Pilih tetapan anda, seperti bilangan hari mesej mahu disegerakkan.
  5. Pilih Simpan perubahan.
  6. Untuk menggunakan Gmail apabila anda tidak disambungkan kepada Internet, akses mail.google.com.

Penting: Apabila anda menghantar e-mel luar talian, e-mel anda disimpan pada folder "Peti Keluar" baharu dan dihantar sejurus selepas anda kembali dalam talian. Ketahui lebih lanjut tentang penggunaan Gmail luar talian.

Mainkan filem, muzik atau permainan

Tonton filem dan rancangan TV luar talian

Mula-mula, beli filem atau rancangan TV melalui Filem Google Play.

Muat turun rancangan

Seterusnya, muat turun filem atau rancangan TV pada Chromebook anda:

  1. Pada bahagian penjuru skrin anda, pilih Pelancar .
  2. Pilih apl Filem Google Play Filem Play.
  3. Pilih Filem Saya atau Rancangan TV Saya.
  4. Di sebelah filem atau episod TV yang mahu dimuat turun, pilih Muat turun Muat turun.

Ikon Muat turun akan berwarna merah penuh untuk menunjukkan kemajuan muat turun anda. Anda boleh menonton video anda luar talian sebaik sahaja ikon muat turun bertukar menjadi tanda semak.

Jika muat turun tidak berjaya, ketahui cara menyelesaikan masalah memuat turun video.

Tonton luar talian

Untuk menonton filem atau rancangan TV semasa anda tidak disambungkan kepada Internet, buka apl Filem Google Play Filem Play.

Untuk mengalih keluar video, pilih Dimuat turun Dimuat turun.

Dengar muzik luar talian
YouTube Music untuk Chromebook tidak menyokong main balik luar talian. Untuk mendengar muzik luar talian, anda memerlukan:
Main permainan luar talian

Mula-mula, cari dan pasang permainan yang boleh dimainkan luar talian:

  1. Akses Gedung Web Chrome.
  2. Pada bahagian sebelah kiri, pilih Permainan.
  3. Tandai kotak untuk Dijalankan Luar Talian.

Banyak permainan boleh dimainkan luar talian, seperti Cut the Rope dan Cube Slam. Jika Chromebook anda berfungsi dengan apl Android, anda juga boleh mencari permainan luar talian pada apl Google Play Store.

Untuk menemukan permainan yang telah dipasang: 

  1. Pada bahagian penjuru skrin anda, pilih Pelancar .
  2. Buka permainan. 

Ambil nota

Anda boleh mencatat nota luar talian menggunakan Google Keep. Mula-mula, jika anda sudah mencatat nota, anda perlu menyimpan nota tersebut supaya anda dapat membaca dan mengedit nota itu luar talian:

  1. Pastikan Chromebook anda disambungkan kepada Internet.
  2. Pada bahagian penjuru skrin anda, pilih Pelancar .
  3. Buka apl Google Keep Keep.
  4. Tunggu beberapa minit. Chromebook akan menyimpan nota anda secara automatik supaya anda boleh melihat nota tersebut luar talian.

Selepas Chromebook menyimpan nota anda, anda boleh mengedit nota tersebut atau menulis nota baharu luar talian. Sebarang perubahan yang anda buat akan dipaparkan dalam Google Keep apabila anda berada dalam talian semula.

Tugasan lain yang boleh anda lakukan luar talian

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
10346362690203668496
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
208
false
false