Gunakan pad sentuh Chromebook anda

Anda boleh menggunakan pad sentuh Chromebook untuk mengklik kanan, beralih antara tab dan pelbagai lagi. Berikut ialah cara penggunaan pad sentuh:

Gerakkan penuding Gerakkan jari anda merentas pad sentuh.
Klik Tekan atau ketik bahagian bawah pad sentuh.
Klik kanan Tekan atau ketik pad sentuh dengan dua jari. Anda turut boleh menekan Alt, kemudian klik dengan satu jari.
Tatal Letakkan dua jari di atas pad sentuh dan gerakkannya ke atas dan ke bawah untuk menatal secara menegak, ke kiri dan ke kanan untuk menatal secara melintang.
Beralih antara halaman Untuk kembali ke halaman yang baru sahaja anda lawati, leret ke kiri menggunakan dua jari. Untuk beralih ke hadapan ke halaman yang baru sahaja anda lawati, leret ke kanan menggunakan dua jari.
Lihat semua tetingkap yang terbuka

Untuk melihat semua tetingkap yang terbuka, leret ke atas dengan tiga jari. Untuk menutup tetingkap, leret ke bawah dengan tiga jari.

Tutup tab Tuding pada tab, kemudian ketik atau klik pad sentuh dengan tiga jari.
Buka pautan dalam tab baharu Tuding pada pautan, kemudian ketik atau klik pad sentuh dengan tiga jari.
Beralih antara tab Jika anda membuka beberapa tab penyemak imbas, leret ke kiri atau ke kanan menggunakan tiga jari.
Buka atau tutup ikhtisar Untuk membuka ikhtisar, leret ke atas dengan tiga jari. Untuk menutup ikhtisar, leret ke bawah dengan tiga jari.
Beralih antara meja maya Jika anda membuka beberapa meja maya, leret ke kiri atau ke kanan dengan empat jari.
Seret dan lepas Gunakan satu jari, klik dan tahan item yang hendak dialihkan. Seret item ke tempat yang baharu, kemudian lepaskan jari anda.

Tukar cara pad sentuh anda berfungsi

Anda boleh mengetik pad sentuh untuk mengklik atau menukar arah penatalan. Begini caranya:

  1. Pilih masa pada bahagian bawah sebelah kanan.
  2. Pilih Tetapan Tetapan.
  3. Dalam bahagian "Peranti", pilih Pad sentuh (atau Pad sentuh dan tetikus).
  4. Tukar cara pad sentuh anda berfungsi:
    • Hidupkan atau matikan ketik-untuk-klik.
    • Hidupkan penyeretan ketik.
    • Hidupkan atau matikan pemecutan pad sentuh.
    • Tukar butang tetikus utama jika anda menggunakan tetikus.
    • Laraskan kelajuan pergerakan penuding anda: Gerakkan peluncur bersebelahan "Kelajuan pad sentuh" atau "Kelajuan tetikus".
    • Pilih jenis penatalan: Matikan Terbalik (leret ke atas untuk mengalihkan halaman ke atas). Hidupkan Terbalik (leret ke atas untuk mengalihkan halaman ke bawah).

Hidupkan atau matikan pecutan penatalan

  1. Pilih masa pada bahagian bawah sebelah kanan.
  2. Pilih Tetapan Tetapan.
  3. Dalam bahagian "Peranti", pilih Tetikus.
  4. Dalam bahagian “Penatalan Tetikus”, hidupkan atau matikan Penatalan terkawal.

Petua: Anda boleh mengawal kelajuan penatalan apabila penatalan terkawal dihidupkan.

Selesaikan masalah pad sentuh

Jika pad sentuh anda berhenti berfungsi, cuba langkah berikut:

  • Pastikan tiada habuk atau kotoran di atas pad sentuh.
  • Tekan kekunci Esc beberapa kali.
  • Buat titiran dram dengan jari anda di atas pad sentuh selama sepuluh saat.
  • Matikan Chromebook anda, kemudian hidupkan semula.
  • Tetapkan semula Chromebook anda kepada tetapan kilang.
  • Jika anda mempunyai beberapa akaun pada Chromebook anda, padamkan akaun yang menyebabkan masalah pad sentuh, kemudian tambahkan semula akaun itu.

Jika tiada satu pun daripada langkah ini berhasil, hubungi pengeluar Chromebook anda.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8710330307813721507
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
208
false
false