Pilih tahap perlindungan Penyemakan Imbas Selamat anda dalam Chrome

Apabila anda menggunakan Penyemakan Imbas Selamat Google dalam Chrome, anda akan menerima amaran yang melindungi anda daripada perisian hasad, penyalahgunaan laman dan sambungan, pancingan data, iklan hasad dan mengganggu serta serangan kejuruteraan sosial.

Penyemakan Imbas Selamat merangkak dan menganalisis web untuk menerokai laman yang mungkin berbahaya dan menambahkan laman tersebut pada senarai Penyemakan Imbas Selamat. Setiap kali anda melawat laman web atau cuba memuat turun, Chrome membuat semakan menggunakan Penyemakan Imbas Selamat berdasarkan tahap perlindungan yang telah anda pilih.

Anda boleh memilih:

  • Perlindungan dipertingkat: Pengalaman penyemakan imbas Google yang paling selamat, Perlindungan dipertingkat menawarkan keselamatan daripada bahaya yang dikenali dan kemungkinan bahaya baharu.
  • Perlindungan standard: Secara lalai, Perlindungan standard menawarkan keselamatan daripada bahaya yang dikenali.
  • Tiada perlindungan (tidak disyorkan): Anda juga boleh mematikan Penyemakan Imbas Selamat tetapi anda tidak akan dilindungi daripada laman web, muat turun dan sambungan yang mungkin berbahaya. Tetapan Penyemakan Imbas Selamat anda dalam produk Google yang lain tidak akan terjejas.

Anda boleh memilih untuk melawat laman yang tidak selamat atau memuat turun fail selepas anda menerima amaran daripada Chrome.

Perihal tahap perlindungan Penyemakan Imbas Selamat

Perlindungan dipertingkat

Apabila anda menghidupkan Perlindungan dipertingkat, anda akan menerima amaran tentang laman, muat turun dan sambungan yang berkemungkinan berbahaya, malah termasuk perkara yang tidak diketahui Google sebelum ini.

Apabila anda melawat laman, Chrome menghantar URL laman dan sedikit sampel kandungan halaman, aktiviti sambungan dan maklumat sistem kepada Penyemakan Imbas Selamat Google untuk menyemak sama ada sampel tersebut berkemungkinan berbahaya atau tidak, termasuk imbasan secara mendalam bagi muat turun yang mencurigakan. Maklumat yang dihantar kepada Penyemakan Imbas Selamat Google hanya digunakan untuk tujuan keselamatan.

Jika anda telah log masuk ke Google Account anda, perlindungan Penyemakan Imbas Selamat dipanjangkan merentas perkhidmatan Google anda dengan menyimpan data ini pada Google Account anda — contohnya, Penyemakan Imbas Selamat boleh meningkatkan perlindungan dalam Gmail selepas insiden keselamatan.

Perlindungan dipertingkat:

  • Meningkatkan keselamatan untuk anda dan semua orang yang melayari web.
  • Memberikan amaran kepada anda jika anda menggunakan kata laluan yang telah terjejas dalam pelanggaran data.
  • Tidak memperlahankan penyemak imbas atau peranti dengan ketara.
Perlindungan standard

Apabila anda menggunakan Chrome, Perlindungan standard dihidupkan secara lalai dan anda akan menerima amaran tentang laman, muat turun dan sambungan yang telah dikenal pasti sebagai berbahaya.

Untuk menyembunyikan alamat IP anda semasa anda melawat laman, Chrome menghantar bahagian pengeliruan URL yang anda lawati melalui pelayan privasi sebelum URL itu dimajukan kepada Google. Google mahupun mana-mana pihak ketiga yang mengendalikan pelayan privasi tidak sekali-kali boleh melihat URL yang anda lawati dan juga alamat IP anda. Google menyemak bahagian pengeliruan URL terhadap senarai Penyemakan Imbas Selamat dan memberikan amaran kepada anda jika laman tersebut merupakan salah satu daripada senarai.

Perlindungan standard:

  • Menghantar URL lengkap dan sebahagian kecil kandungan halaman kepada Google hanya jika laman melakukan sesuatu yang mencurigakan.
  • Memberikan pilihan bagi meningkatkan keselamatan untuk anda dan semua pengguna pada web.
  • Menyediakan pilihan untuk memberikan amaran kepada anda jika anda menggunakan kata laluan yang telah terjejas dalam pelanggaran data.

Ubah tahap perlindungan Penyemakan Imbas Selamat anda

  1. Buka Chrome Chrome pada peranti Android anda.
  2. Ketik Lagi Lagi kemudian Tetapan Tetapan.
  3. Ketik Privasi dan Keselamatan kemudian Penyemakan Imbas Selamat.
  4. Pilih tahap "Penyemakan Imbas Selamat" yang mahu anda gunakan.
    • Perlindungan dipertingkat
    • Perlindungan standard
    • Tiada perlindungan

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14739891572684243712
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false