Import penanda halaman & tetapan Chrome

Anda boleh beralih penyemak imbas tanpa kehilangan tetapan anda dan penanda halaman bagi laman web kegemaran anda. Tetapan anda boleh merangkumi maklumat berikut bergantung pada penyemak imbas:

  • Sejarah penyemakan imbas
  • Halaman utama lalai
  • Penanda halaman
  • Enjin carian lalai
  • Kata laluan yang disimpan

Tambahkan penanda halaman pada Chrome

Untuk mengimport penanda halaman daripada kebanyakan penyemak imbas, seperti Firefox atau Safari, ikut arahan penyemak imbas tersebut untuk menyimpan atau mengeskport penanda halaman sebagai fail HTML, kemudian:

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Lagi kemudian Penanda halaman dan senarai kemudian Import penanda halaman dan tetapan.
  3. Pilih Pilih fail.
  4. Pilih fail dan pilih Buka kemudian Selesai.

Petua: Anda boleh mengimport kata laluan daripada apl lain dengan Google Password Manager Google pada Chrome. Ketahui cara mengimport kata laluan dengan Chrome.

Pada Chromebook

Penting:

  • Jika anda belum membuat sebarang penanda halaman dalam Chrome, penanda halaman akan dipaparkan dalam bar penanda halaman.
  • Jika anda sudah mempunyai penanda halaman dalam Chrome, penanda halaman itu akan berada dalam folder baharu yang berlabel "Diimport".
  1. Buka Chrome.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Lagi kemudian Penanda halaman dan senarai kemudian Pengurus Penanda Halaman.
  3. Pada bahagian atas sebelah kiri, klik Susun.
  4. Daripada menu lungsur, pilih Import Penanda Halaman daripada fail HTML.
  5. Muat naik HTML yang disimpan.

Buka penanda halaman anda

  1. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Lagi kemudian Penanda halaman dan senarai kemudian Pengurus Penanda Halaman.
  2. Jika anda sudah mempunyai penanda halaman dalam Chrome, cari folder baharu yang bernama "Penanda halaman lain".

Petua: Anda juga boleh menyusun semula, mengedit dan memadamkan penanda halaman anda dalam panel sisi.

Cara penanda halaman diimport

Jika anda tiada sebarang penanda halaman dalam Chrome, penanda halaman yang diimport dipaparkan dalam bar penanda halaman.

Jika anda sudah mempunyai penanda halaman dalam Chrome, penanda halaman yang diimport ditambahkan pada folder "Penanda halaman lain" pada bahagian hujung bar penanda halaman.

Ketahui lebih lanjut tentang bar penanda halaman.

Alihkan atau eksport penanda halaman kepada penyemak imbas lain

Sekiranya anda membuat keputusan untuk menggunakan penyemak imbas yang lain, anda boleh membawa penanda halaman Chrome anda bersama anda.

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Lagi kemudian Penanda halaman dan senarai kemudian Pengurus Penanda Halaman.
  3. Pada bahagian atas, pilih Lagi Lagi kemudian Eksport Penanda Halaman.

Chrome mengeksport penanda halaman anda sebagai fail HTML. Gunakan fail ini untuk mengimport penanda halaman anda ke penyemak imbas lain.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11666585137908020122
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false