Muat turun fail

Untuk menyimpan fail atau imej pada komputer atau peranti anda, muat turun fail itu. Fail tersebut akan disimpan di lokasi muat turun lalai anda.

  1. Buka apl Chrome Chrome pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Pergi ke laman tempat anda ingin memuat turun fail.
  3. Sentuh dan tahan perkara yang anda mahu muat turun, kemudian ketik Muat turun pautan atau Muat turun imej.
    • Pada sesetengah fail video dan audio, ketik Muat turun .

Untuk mencari semua fail yang telah anda muat turun ke peranti anda, buka apl Muat Turun. Ketahui lebih lanjut tentang mengurus fail yang dimuat turun.

Untuk memuat turun apl, ketahui cara mencari dan memuat turun apl pada Google Play.

Jeda atau batalkan muat turun
  1. Buka apl Chrome Chrome pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi Lagi kemudian Muat turun.
    • Jika bar alamat anda berada di sebelah bawah, leret ke atas pada bar alamat. Ketik Muat turun .
  3. Di sebelah fail yang sedang dimuat turun, ketik Jeda Jeda atau Batal Batal.
Kongsi fail yang dimuat turun
  1. Buka apl Chrome Chrome pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi Lagi kemudian Muat turun.
    • Jika bar alamat anda berada di sebelah bawah, leret ke atas pada bar alamat. Ketik Muat turun .
  3. Untuk mengongsi fail, ketik Lagi Lagikemudian Kongsi. Untuk mengongsi lebih daripada satu fail, sentuh dan tahan fail yang hendak dikongsi, kemudian ketik Kongsi Kongsi.
Padamkan fail yang dimuat turun
  1. Buka apl Chrome Chrome pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi Lagi kemudian Muat turun.
    • Jika bar alamat anda berada di sebelah bawah, leret ke atas pada bar alamat. Ketik Muat turun .
  3. Untuk memadamkan fail, ketik Lagi Lagi kemudian Padam.
    • Untuk memadamkan lebih daripada satu fail, sentuh dan tahan fail yang hendak dipadamkan, kemudian ketik Padam Padam.
Namakan semula fail yang dimuat turun
  1. Buka apl Chrome Chrome pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi Lagi kemudian Muat turun.
    • Jika bar alamat anda berada di sebelah bawah, leret ke atas pada bar alamat. Ketik Muat turun .
  3. Untuk menamakan semula fail, ketik Lagi Lagi kemudian Namakan semula.
  4. Masukkan nama fail baharu anda.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4999634199315699603
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false