Baca halaman kemudian & di luar talian

Anda boleh menyimpan halaman web untuk dibaca kemudian atau apabila anda berada di luar talian. Untuk membaca halaman di luar talian kemudian, muat turun halaman itu dalam Chrome terlebih dahulu.

Simpan halaman daripada Chrome untuk dibaca kemudian

Anda perlu berada dalam talian untuk menyimpan halaman pada Senarai Bacaan anda.

  1. Buka apl Chrome Chrome pada iPhone atau iPad anda.
  2. Pergi ke halaman yang ingin disimpan.
  3. Ketik Lagi Lagi kemudian Tambahkan pada Senarai Bacaan .

Simpan halaman daripada apl lain

  1. Buka apl itu pada iPhone atau iPad anda.
  2. Pergi ke halaman yang ingin disimpan.
  3. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Kongsi Kongsi.
  4. Tambahkan Chrome pada senarai Kongsi jika anda belum berbuat demikian:
    1. Dalam senarai apl, tatal ke hujung dan ketik Lagi.
    2. Hidupkan Chrome Hidup.
    3. Ketik Selesai.
  5. Cari dan ketik Chrome.
  6. Ketik Baca kemudian.

Anda juga boleh mengetik Buka dalam Chrome untuk membuka terus halaman dalam penyemak imbas anda.

Baca halaman yang disimpan dalam Senarai Bacaan anda

  1. Buka apl Chrome Chrome pada iPhone atau iPad anda.
  2. Ketik Lagi Lagi kemudian Senarai Bacaan Senarai bacaan.
  3. Ketik halaman yang ingin dibaca.

Apabila anda kembali ke dalam talian, versi langsung halaman akan dimuatkan. Jika anda tidak melihat versi langsung, muatkan semula halaman.

Padamkan halaman yang disimpan daripada Senarai Bacaan anda

  1. Buka apl Chrome Chrome pada iPhone atau iPad anda.
  2. Ketik Lagi Lagi kemudian Senarai Bacaan Senarai bacaan.
  3. Leret ke kiri pada halaman yang mahu dipadamkan kemudian ketik Padam.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
17142390602128505787
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false