Kosongkan data semakan imbas dalam Chrome.

Anda boleh memadamkan sejarah penyemakan imbas anda dan data penyemakan imbas yang lain seperti masukan borang yang disimpan atau hanya memadamkan data dari tarikh tertentu.

Perkara yang berlaku kepada maklumat anda

Data yang boleh dipadamkan

Asas

  • Sejarah penyemakan imbas: Pengosongan sejarah penyemakan imbas anda akan turut memadamkan perkara berikut:
    • Alamat web yang telah anda lawati daripada halaman Sejarah.
    • Pintasan ke halaman tersebut dialih keluar daripada halaman Tab Baharu.
    • Ramalan bar alamat untuk laman web tersebut tidak akan dipaparkan lagi.
  • Kuki dan data laman yang lain
    • Kuki: Kuki merupakan fail yang dibuat oleh laman web yang anda lawati. Kuki menjadikan pengalaman dalam talian anda lebih mudah dengan menyimpan maklumat penyemakan imbas.
    • Data laman: Jenis storan berdaya HTML5 termasuk cache aplikasi, data Storan Web, data Pangkalan Data SQL Web dan data Pangkalan Data Berindeks.
    • Pengendali. Chrome membenarkan aplikasi luar dan perkhidmatan web untuk membuka pautan tertentu. Sebagai contoh, pautan tertentu boleh membuka laman seperti Gmail atau atur cara seperti iTunes. Tindakan lalai yang anda tetapkan untuk jenis pautan tertentu akan dipadamkan
    • Lesen media: Lesen untuk kandungan dilindungi HTML5, seperti filem atau muzik yang telah anda mainkan atau muat turun akan dipadamkan.
  • Imej dan fail yang dicache: Chrome mengingati beberapa bahagian halaman untuk membantu halaman tersebut dibuka dengan lebih cepat semasa lawatan anda seterusnya. Teks dan imej daripada halaman yang telah anda lawati di Chrome akan dialih keluar.

Terperinci

Bahagian "Terperinci" merangkumi jenis data asas, termasuk data berikut:

  • Sejarah muat turun: Senarai fail yang anda muat turun menggunakan Chrome akan dikosongkan, tetapi fail sebenar tidak dialih keluar daripada komputer anda.
  • Kata laluan: Rekod kata laluan yang anda simpan akan dipadamkan.
  • Data borang autolengkap: Masukan Autolengkap anda, termasuk alamat dan kad kredit akan dipadamkan. Kad daripada akaun Google Pay anda tidak akan dipadamkan.
  • Tetapan kandungan: Tetapan dan kebenaran yang anda berikan kepada laman web akan dipadamkan. Contohnya, sama ada laman boleh menjalankan JavaScript atau tidak, menggunakan kamera anda atau mengetahui lokasi anda.
  • Data apl yang dihoskan: Data daripada apl Chrome Web Store yang dihoskan akan dipadamkan, seperti storan setempat yang digunakan oleh Gmail Luar Talian.
Data yang tidak dipadamkan

Terdapat beberapa jenis data lain yang berkaitan dengan tingkah laku anda dalam talian. Jenis data yang lain ini boleh dipadamkan secara berasingan:

Padamkan data semakan imbas anda

Jika anda menyegerakkan suatu jenis data, seperti sejarah atau kata laluan, langkah memadamkan data tersebut pada komputer anda akan memadamkan data daripada semua tempat data itu telah disegerakkan. Data tersebut akan dialih keluar daripada peranti lain dan Google Account anda.

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Lagi Lagi kemudian Kosongkan data semakan imbas.
  3. Pilih julat masa, seperti Jam terakhir atau Sepanjang masa.
  4. Pilih jenis maklumat yang ingin anda alih keluar.
  5. Klik Kosongkan data.

Petua: Jika anda memadamkan kuki dan menghidupkan penyegerakan, Chrome akan membiarkan anda dilog masuk ke Google Account anda. Kuki anda akan dialih keluar daripada peranti lain dan Google Account anda.

Padamkan item secara berasingan

Anda tidak perlu memadamkan keseluruhan kategori data semakan imbas anda, sebaliknya anda boleh memilih item yang mahu dipadamkan:

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2642010781702197604
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false