Urus tab dalam Chrome

Anda boleh membuka berbilang tab dalam Chrome. Anda juga boleh menyemak dan beralih antara semua tab anda. Apabila anda membuka tab baharu, Chrome akan membuka halaman Tab Baharu yang diperibadikan.

Beberapa cara anda boleh menyesuaikan kandungan halaman Tab Baharu adalah dengan:

  • Tema lain
  • Troli anda
  • Pintasan anda
Ketahui cara memeribadikan halaman Tab Baharu anda.

Ketahui cara mengurus artikel yang dicadangkan.

Tindakan lazim dengan tab

Lakukan tindakan asas semasa anda melakukan carian web pada Chrome.

Buka tab baharu
  1. Buka Chrome Chrome pada peranti Android anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi Atur kemudian Tab baharu Tab baharu.

Petua: Anda juga boleh membuka tab baharu dengan mengetik Tab baharu Tab baharu pada bahagian atas tetingkap Chrome anda.

Tutup tab
  1. Buka Chrome Chrome pada peranti Android anda.
  2. Di sebelah kanan bar alamat, ketik Beralih tab Beralih tab. Sebarang tab yang terbuka akan dipaparkan.
  3. Pada bahagian atas sebelah kanan tab yang hendak ditutup, ketik Tutup Tutup. Anda juga boleh meleret untuk menutup tab.
Tutup semua tab
  1. Buka Chrome Chrome pada peranti Android anda.
  2. Di sebelah kanan bar alamat, ketik Beralih tab Beralih tab. Sebarang tab yang terbuka akan dipaparkan.
  3. Ketik Lagi Lagi kemudian Tutup semua tab.
Beralih kepada tab baharu
  1. Buka Chrome Chrome pada peranti Android anda.
  2. Di sebelah kanan bar alamat, ketik Beralih tab Beralih tab. Sebarang tab yang terbuka akan dipaparkan.
  3. Leret kepada tab yang dikehendaki dan ketik tab tersebut.
Susun semula tab
  1. Buka Chrome Chrome pada peranti Android anda.
  2. Di sebelah kanan bar alamat, ketik Beralih tab Beralih tab.
  3. Sentuh dan tahan tab yang mahu dialih.
  4. Seret tab kepada kedudukan yang lain.
Himpunkan tab anda
  1. Buka Chrome pada peranti Android anda.
  2. Ketik Beralih tab Beralih tab.
    • Buat kumpulan tab: Sentuh dan tahan tab, kemudian seret tab itu ke atas tab lain yang mahu dikumpulkan bersama.
    • Tambahkan tab pada kumpulan yang sedia ada: Sentuh dan tahan tab, kemudian seret tab itu masuk ke dalam kumpulan.
    • Lihat tab dalam kumpulan:
      1. Ketik Beralih tab Beralih tab.
      2. Pilih kumpulan.
    • Untuk mengalih keluar tab daripada kumpulan:
      1. Ketik kumpulan tab.
      2. Sentuh dan tahan tab yang mahu dialih keluar.
      3. Seret tab ke kawasan "Alih keluar daripada kumpulan" pada bahagian bawah skrin anda.
Buka pautan dalam kumpulan tab
  1. Buka Chrome Chrome pada peranti Android anda.
  2. Navigasi kepada pautan yang mahu dibuka.
  3. Sentuh dan tahan pautan.
  4. Ketik Buka dalam tab baharu dalam kumpulan.
Muat semula tab
  1. Buka Chrome Chrome pada peranti Android anda.
  2. Di sebelah kanan bar alamat, ketik Lagi Lagi kemudian Muat semula Muat semula.

Lakukan tindakan pukal pada tab

Anda boleh melakukan tindakan pukal apabila anda mengetik Lagi atau apabila anda sentuh dan tahan tab.

Tutup tab
  1. Buka Chrome Chrome pada peranti Android anda.
  2. Di sebelah kanan bar alamat, ketik Beralih tab Beralih tab.
  3. Ketik Lagi kemudian Pilih tab.
  4. Pilih tab yang mahu anda tutup.
  5. Ketik Lagi kemudian Tutup tab.
Himpunkan tab
  1. Buka Chrome Chrome pada peranti Android anda.
  2. Di sebelah kanan bar alamat, ketik Beralih tab Beralih tab.
  3. Sentuh dan tahan mana-mana tab atau ketik Lagi .
  4. Ketik Pilih tab.
  5. Pilih tab yang mahu anda himpunkan.
  6. Ketik Lagi kemudian Himpunkan tab.
Nyahkumpulkan tab
  1. Buka Chrome pada peranti Android anda.
  2. Di sebelah kanan bar alamat, ketik Beralih tab Beralih tab.
  3. Buka kumpulan tab yang mengandungi tab yang mahu anda nyahkumpulkan.
  4. Sentuh dan tahan mana-mana tab atau ketik Lagi kemudian Pilih tab.
  5. Pilih tab yang mahu anda nyahkumpulkan.
  6. Ketik Lagi kemudian Nyahkumpulkan tab.
Tutup tab dalam kumpulan
  1. Buka Chrome pada peranti Android anda.
  2. Di sebelah kanan bar alamat, ketik Beralih tab Beralih tab .
  3. Buka kumpulan tab yang mengandungi tab yang mahu anda tutup.
  4. Ketik Lagi kemudian Pilih tab.
  5. Pilih tab yang mahu anda padam daripada kumpulan.
  6. Ketik Lagi kemudian Tutup tab.
Kongsi tab
  1. Buka Chrome pada peranti Android anda.
  2. Di sebelah kanan bar alamat, ketik Beralih tab Beralih tab.
  3. Sentuh dan tahan mana-mana tab atau ketik Lagi kemudian Pilih tab.
  4. Pilih tab yang mahu anda kongsi.
  5. Ketik Lagi kemudian Kongsi tab.
  6. Pilih tempat perkongsian yang dikehendaki.
Kongsi tab dalam kumpulan
  1. Buka Chrome pada peranti Android anda.
  2. Di sebelah kanan bar alamat, ketik Beralih tab Beralih tab .
  3. Buka kumpulan tab yang mengandungi tab yang dikehendaki.
  4. Ketik Pilih tab.
  5. Pilih tab yang mahu anda kongsi.
  6. Ketik Lagi kemudian Kongsi tab.
Tandai halaman tab
  1. Buka Chrome pada peranti Android anda.
  2. Di sebelah kanan bar alamat, ketik Beralih tab Beralih tab.
  3. Sentuh dan tahan mana-mana tab atau ketik Lagi kemudian Pilih tab.
  4. Pilih tab yang mahu anda tandai.
  5. Ketik Lagi kemudian Tandai halaman tab.

Buka tetingkap baharu dalam Chrome pada tablet Android anda

Anda boleh membuka sehingga 5 tetingkap pada satu masa dan mengalihkan tab dari satu tetingkap ke tetingkap yang lain pada tablet Android anda.

Buka tetingkap baharu

  1. Buka Chrome Chrome pada tablet Android anda.
  2. Ketik Lagi Lagi kemudian Tetingkap baharu.

Alihkan tab ke tetingkap lain

  1. Buka Chrome Chrome pada tablet Android anda.
  2. Dalam tab yang ingin anda alihkan, ketik Lagi Lagi.
  3. Ketik Alihkan ke tetingkap lain.
  4. Pilih tetingkap untuk mengalihkan tab itu.
  5. Ketik Alihkan tab.

Beralih tetingkap

  1. Buka Chrome Chrome pada tablet Android anda.
  2. Ketik Lagi Lagi kemudian Urus tetingkap.
  3. Ketik tetingkap yang ingin anda buka.

Tutup tetingkap

  1. Buka Chrome Chrome pada tablet Android anda.
  2. Ketik Lagi Lagi kemudian Urus tetingkap.
  3. Di sebelah tetingkap yang ingin anda tutup, ketik Lagi Lagi kemudian Tutup tetingkap.
  4. Untuk mengesahkannya, ketik Tutup tetingkap.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5328396105857590230
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false