Gunakan Chrome dengan berbilang profil

Anda boleh menyimpan maklumat Chrome seperti penanda halaman, sejarah, kata laluan dan tetapan lain secara berasingan dengan menggunakan profil.

Profil sesuai apabila anda ingin:

  • Berkongsi komputer dengan beberapa orang.
  • Mengasingkan beberapa akaun anda seperti akaun kerja dan peribadi.

Perkara yang kelihatan kepada orang lain apabila anda berkongsi Chrome

Kongsi peranti anda dengan orang yang anda percayai sahaja. Jika seseorang mengambil peranti anda, mereka boleh menukar kepada mana-mana profil Chrome lain pada peranti anda. Jika mereka membuka profil Chrome anda, mereka akan melihat maklumat seperti laman web yang anda lawati.

Anda hanya boleh mempunyai satu profil Chrome pada peranti Android.

Untuk membenarkan orang lain menggunakan Chrome pada peranti Android anda, tambahkan orang itu pada peranti. Kemudian, tukar kepada pengguna itu menggunakan Chrome. Ketahui cara untuk menambahkan pengguna pada Android.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14101256123291828535
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false