Dapatkan penanda halaman, kata laluan dan pelbagai lagi pada semua peranti anda

Apabila anda log masuk ke Chrome, anda boleh menyimpan maklumat dalam Google Account anda. Kemudian, anda boleh menggunakan maklumat anda pada semua peranti yang telah anda log masuk dengan akaun yang sama.

Apabila anda menghidupkan penyegerakan, anda akan menemukan maklumat yang sama pada semua peranti anda:

  • Penanda halaman
  • Sejarah dan tab terbuka
  • Kata laluan
  • Maklumat pembayaran
  • Alamat, nombor telefon dan pelbagai lagi
  • Tetapan dan pilihan
Apabila anda log masuk ke Chrome dengan Google Account anda tetapi tidak menghidupkan penyegerakan, anda masih boleh mengakses maklumat pembayaran yang anda simpan pada Google Pay.

Pilih maklumat yang disegerakkan

Apabila anda menghidupkan penyegerakan, semua maklumat profil anda disimpan pada Google Account anda. Jika anda tidak mahu menyegerakkan kesemua maklumat, anda boleh menukar maklumat yang hendak disimpan.

  1. Buka Chrome Chrome pada peranti Android anda.
  2. Pada sebelah kanan bar alamat, ketik Lagi Atur kemudian Tetapan kemudian Segerakkan.
  3. Matikan Segerakkan semua.
  4. Pilih maklumat yang mahu disegerakkan.
Gunakan sejarah Chrome anda untuk memeribadikan Google

Secara lalainya, sejarah Chrome yang disimpan pada Google Account anda turut ditambahkan pada Aktiviti Web & Apl. Aktiviti anda boleh digunakan untuk memperibadikan pengalaman anda pada produk Google lain seperti Carian atau iklan. Sebagai contoh, anda mungkin melihat cerita berita yang disyorkan dalam suapan anda berdasarkan sejarah Chrome anda.

Anda boleh mengawal Aktiviti Web & Apl anda dalam Google Account anda pada bila-bila masa. Ketahui cara mencari dan mengawal Aktiviti Web & Apl anda.

Jika anda tidak mahu memeribadikan produk Google, anda masih boleh menggunakan awan Google untuk menyimpan data Chrome anda tanpa membiarkan Google membaca sejarah Chrome anda. Ketahui lebih lanjut tentang memastikan maklumat anda kekal sulit.

Simpan maklumat peribadi anda dengan ungkapan laluan

Dengan ungkapan laluan, anda boleh menggunakan awan Google untuk menyimpan dan menyegerakkan data Chrome anda tanpa membolehkan Google membaca data itu. Kaedah pembayaran dan alamat anda daripada Google Pay tidak disulitkan oleh ungkapan laluan.

Ungkapan laluan tidak diwajibkan. Untuk mengurangkan risiko pelanggaran data, data anda yang disegerakkan sentiasa dilindungi oleh penyulitan yang terkemuka dalam industri.

Buat ungkapan laluan anda

Apabila anda mempunyai ungkapan laluan:

  • Anda memerlukan ungkapan laluan apabila anda menghidupkan penyegerakan di tempat yang baharu.
  • Anda perlu memasukkan ungkapan laluan baharu anda pada peranti tempat anda telah menghidupkan penyegerakan.
  • Suapan anda tidak akan menunjukkan cadangan berdasarkan laman yang anda semak imbas dalam Chrome.
  • Anda tidak akan dapat menyemak kata laluan anda yang disimpan pada passwords.google.com atau menggunakan Smart Lock untuk Kata Laluan.
  • Semua sejarah anda tidak akan disegerakkan pada semua peranti. Hanya alamat web yang anda taip dalam bar alamat Chrome akan disegerakkan.

Buat ungkapan laluan

  1. Buka Chrome Chrome pada peranti Android anda.
  2. Pada sebelah kanan bar alamat, ketik Lagi Atur kemudian Tetapan kemudian Segerakkan.
  3. Hidupkan penyegerakan dengan Google Account anda.
  4. Pada bahagian bawah, ketik Penyulitan.
  5. Pilih Gunakan ungkapan laluan anda sendiri untuk menyulitkan semua data Chrome dalam Google Account anda.
  6. Masukkan dan sahkan ungkapan laluan.
  7. Ketik Simpan.
Tukar atau alih keluar ungkapan laluan anda

Penting: Untuk terus menggunakan kata laluan anda dalam Chrome selepas anda menetapkan semula ungkapan laluan, anda boleh mengeksport kata laluan sebelum menetapkan dan mengimport semula kata laluan tersebut.

Apabila anda menukar ungkapan laluan, data yang disulitkan oleh ungkapan laluan anda akan dipadamkan daripada pelayan Google dan anda akan dilog keluar dari semua peranti yang telah anda log masuk. Kaedah pembayaran anda daripada Google Pay dan alamat anda tidak disulitkan oleh ungkapan laluan, maka data tersebut tidak akan dipadamkan.

Kata laluan anda dan maklumat lain akan dipadamkan daripada Google Account dan peranti anda.

Langkah 1: Alih keluar ungkapan laluan

  1. Buka Chrome Chrome pada peranti Android anda.
  2. Akses Papan Pemuka Google.
  3. Pada bahagian bawah, ketik Kosongkan data kemudian Kosongkan.

Petua:

  • Anda boleh menyambung semula penyimpanan data dalam Google Account anda tetapi anda tidak akan mempunyai ungkapan laluan lagi.
  • Anda boleh menghidupkan penyegerakan. Pada sebelah kanan bar alamat, ketik Lagi Atur kemudian Tetapan kemudian Hidupkan penyegerakan.

Langkah 2: Buat ungkapan laluan baharu (pilihan)

  1. Ketik Penyegerakan.
  2. Pada bahagian bawah, ketik Penyulitan.
  3. Pilih Gunakan ungkapan laluan anda sendiri untuk menyulitkan semua data Chrome dalam Google Account anda.
  4. Masukkan dan sahkan ungkapan laluan.
  5. Ketik Simpan.

Cari maklumat Chrome anda pada semua peranti anda

Anda boleh menemukan maklumat yang anda simpan pada peranti lain setelah anda menghidupkan penyegerakan. Apabila anda log masuk ke Chrome, anda boleh mengakses maklumat pembayaran anda daripada Google Pay.

Cari & urus penanda halaman anda
  1. Buka Chrome Chrome pada peranti Android anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi Atur kemudian Penanda Halaman.
  3. Untuk menukar folder, ketik Kembali Kembali.
  4. Ketik folder yang mengandungi penanda halaman yang diingini.
Cari laman yang pernah anda lawati sebelum ini
  1. Buka Chrome Chrome pada peranti Android anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi Atur kemudian Sejarah.

Jika anda menggunakan ungkapan laluan, anda hanya akan menemukan laman yang anda lawati pada peranti lain jika anda menaip alamat web laman tersebut dalam bar alamat. Ketahui lebih lanjut tentang ungkapan laluan.

Cari tab terbuka pada peranti lain
  1. Buka Chrome Chrome pada peranti Android anda.
  2. Pada sebelah kanan bar alamat, ketik Lagi Atur kemudian Tab terbaharu.
Cari kata laluan anda yang disimpan
  1. Buka Chrome Chrome pada peranti Android anda.
  2. Pada sebelah kanan bar alamat, ketik Lagi Atur kemudian Tetapan kemudian Password Manager.
  3. Dalam bahagian "Password Manager", temukan semua kata laluan anda.

Apabila anda menyegerakkan kata laluan yang disimpan dalam Chrome, anda boleh menggunakan kata laluan tersebut untuk log masuk ke laman dan apl pada peranti Android yang pernah anda log masuk ke Google Account anda. Ketahui cara menggunakan kata laluan merentas peranti anda.

Cari alamat & maklumat kad kredit anda yang disimpan
  1. Buka Chrome Chrome pada peranti Android anda.
  2. Pada sebelah kanan bar alamat, ketik Lagi Atur kemudian Tetapan kemudian Autolengkap dan pembayaran.

Ketahui lebih lanjut tentang mengisi borang secara automatik.

Perubahan pada tetapan anda akan dikemaskinikan pada semua peranti anda.

Selesaikan masalah berkaitan penyegerakan

Kadangkala, Chrome mungkin menghadapi kesukaran untuk melakukan penyegerakan jika anda menggunakan Chrome versi lama. Kemas kinikan kepada versi terbaharu Chrome.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11913396571841142036
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false