Anda boleh mendengar teks yang anda baca pada laman web pada peranti Android anda dan:
- Memainkan, menjeda, memandir atau memara laju semasa anda membaca.
- Mengubah kelajuan main balik.
- Memilih suara pilihan anda.
- Menghidupkan atau mematikan penyerlahan teka & penatalan automatik.
Bahasa yang tersedia dalam mod Dengar halaman ini ialah bahasa Arab, bahasa Bengali, bahasa Cina, bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Hindi, bahasa Indonesia, bahasa Jepun, bahasa Portugis, bahasa Rusia dan bahasa Sepanyol. Tukar bahasa Chrome & terjemahkan halaman web.
Gunakan Dengar halaman ini pada peranti anda
Penting: Dengar halaman ini belum tersedia pada semua laman web lagi. Apabila halaman tidak tersedia untuk main balik, item menu Dengar halaman ini tidak akan dipaparkan dalam menu limpahan.
- Buka Chrome pada peranti Android anda.
- Akses laman web dengan teks yang mahu anda baca.
- Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi Dengar halaman ini .
- Untuk keluar daripada mod Dengar halaman ini: Ketik Tutup .
Petua:
- Anda boleh meneruskan penyemakan imbas laman web semasa atau menukar tab lain semasa anda mendengar teks.
- Anda boleh meneruskan pendengaran teks walaupun skrin anda dikunci.
Urus pilihan main balik anda
- Buka Chrome pada peranti Android anda.
- Akses laman web dengan teks yang mahu anda baca.
- Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi Dengar halaman ini .
- Untuk mengurus pilihan main balik, ketik pemain.
- Untuk menukar kelajuan main balik: Ketik 1.0x.
- Pada bahagian bawah sebelah kanan, ketik Pilihan . Anda boleh:
- Memilih suara: Ketik Suara .
- Mempratonton suara: Ketik Pratonton .
- Menghidupkan atau mematikan penyerlahan teks: Hidupkan atau matikan Penyerlahan teks & penatalan automatik.
- Memilih suara: Ketik Suara .