Cara Chrome melindungi data autolengkap & kata laluan anda

Anda boleh menggunakan Chrome untuk menyimpan kata laluan, alamat dan maklumat pembayaran untuk membantu anda mengisi borang dalam talian secara automatik. Jika anda log masuk ke peranti anda, Chrome juga boleh berkongsi data anda yang disimpan merentas peranti anda.

Cara autolengkap & pengurusan kata laluan berfungsi

Autolengkap

Anda boleh mengisi borang pada laman web dengan lebih pantas menggunakan autolengkap. Lebih mudah untuk menyemak keluar, menambahkan butiran penghantaran dan pelbagai lagi. Untuk berbuat demikian, Chrome menghantar maklumat tentang medan borang kepada Google untuk menawarkan cadangan semasa anda mengisi borang. Google menghantar kembali ramalan yang membolehkan Chrome memadankan maklumat anda pada medan borang. Data yang dikumpulkan dan dihantar kepada Google termasuk struktur asas borang, nama medan dan versi cincang domain laman tersebut.

Apabila anda menyerahkan borang, Chrome menghantar maklumat tentang jenis data yang diserahkan kepada Google untuk membantu ramalan masa hadapan. Sebagai contoh, Google menerima label jenis data seperti "nama pertama" dan bukannya "Jessica" atau "nama pengguna" dan bukannya "jessy1980". Google menggunakan maklumat tersebut untuk mempertingkatkan ciri autolengkap dan memberikan padanan terbaik apabila anda menggunakan autolengkap.

Jika anda menggunakan Google Pay, Chrome mengumpulkan maklumat tentang komputer anda dan berkongsi maklumat tersebut dengan Google Pay untuk mengelakkan penggunaan tipu kad pembayaran anda. Ketahui cara Google Pay membantu anda memastikan data anda dirahsiakan.

Password Manager

Chrome boleh membantu anda log masuk ke laman dengan maklumat yang disimpan daripada Google Password Manager. Kata laluan yang disimpan untuk laman boleh diisi secara automatik apabila medan log masuk tersedia.

Apabila anda log masuk ke Chrome dengan Google Account anda, anda boleh:

  • Menggunakan kata laluan yang disimpan dalam akaun anda
  • Membuat kata laluan kukuh untuk laman baharu semasa mendaftar
  • Menyimpan kata laluan baharu pada akaun anda
Cara kami melindungi data anda

Autolengkap dan Google Password Manager bergantung pada bahagian nama dan label medan yang dipilih oleh pembangun laman web. Untuk mengelakkan pengumpulan data peribadi tanpa sengaja, hanya versi pengeliruan data ini yang dihantar oleh Chrome.

Perlindungan tambahan diberikan kepada jenis data tertentu:

  • Kata laluan: Apabila anda log masuk ke laman, Chrome boleh menyemak kata laluan anda dengan cara pengekalan privasi untuk melihat sama ada kata laluan telah terjejas atau tidak. Hal ini bergantung pada mod penyemak imbas dan tetapan yang dihidupkan. Ketahui lebih lanjut tentang perlindungan kata laluan dalam Chrome.
    • Untuk melindungi anda daripada serangan pancingan data, Password Manager memadankan kata laluan dengan laman web yang sepatutnya dan bukan laman web yang kelihatan serupa.
    • Statistik kekuatan terkarau tentang kata laluan anda dikongsi dengan Google. Tindakan ini membolehkan Chrome mencadangkan kata laluan yang memenuhi keperluan laman web. Data ini tidak terikat pada akaun anda dan dikarau untuk mengelakkan pendedahan maklumat yang boleh memudahkan kata laluan anda diteka.
    • Chrome mungkin meminta anda untuk mengesahkan identiti anda dengan nama pengguna dan kata laluan Google Account anda atau pengecaman wajah atau cap jari anda apabila anda cuba menggunakan atau mengurus kata laluan yang disimpan untuk perlindungan daripada akses tanpa kebenaran kepada kata laluan anda.
  • Maklumat pembayaran: Chrome tidak menyimpan maklumat pembayaran anda yang lengkap tanpa kebenaran anda. Sebagai contoh, jika anda tidak memilih untuk menyimpan kad kredit, Chrome akan menyimpan 4 digit terakhir kad anda supaya Chrome tidak bertanyakan tentang kad yang sama lagi. Apabila anda mengimbas kad kredit anda dengan kamera telefon, maklumat tersebut hanya disimpan pada telefon anda. Anda juga boleh memilih untuk menambahkan maklumat pembayaran pada Google Pay.
Kawalan di tangan anda

Autolengkap dan Password Manager dihidupkan secara lalai. Anda boleh mengurus autolengkap dan data yang disimpan melalui tetapan Chrome anda.

Anda juga boleh memadamkan data seperti kata laluan, alamat dan maklumat pembayaran yang digunakan dalam Chrome.

Penting:

  • Apabila anda memadamkan maklumat anda daripada Chrome semasa dilog masuk ke Google Account anda, maklumat tersebut akan dipadamkan daripada Google Account anda dan semua peranti yang anda log masuk.
  • Apabila anda memadamkan maklumat pembayaran daripada Chrome, maklumat tersebut tidak dipadamkan daripada Google Pay. Untuk memadamkan maklumat pembayaran dalam Google Pay, lawati Google Pay.

Petua:

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16780516927347237371
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false