Betulkan Chrome jika ranap sistem berlaku atau tidak dapat dibuka

Jika Google Chrome ranap, pegun atau tidak akan bermula sama sekali, anda mungkin melihat salah satu daripada mesej ini:

  • Ralat proksi dalam Google Chrome:
    • err_connection_reset_chrome

  • Halaman web ini tidak tersedia:
    • err_connection_closed
    • err_connection_failed

Petua: Jika halaman tertentu tidak berfungsi, anda boleh cuba membetulkan masalah pemuatan halaman.

Mula-mula: Cuba selesaikan isu ranap Chrome yang biasa ini

Tutup tab dan apl lain

Telefon atau tablet Android anda mungkin telah kehabisan memori dan tidak dapat memuatkan laman sambil menjalankan apl dan atur cara anda.

Untuk mengosongkan memori:

  • Tutup setiap tab kecuali tab yang menunjukkan mesej ralat itu.
  • Keluar daripada apl atau atur cara lain yang sedang berjalan.
  • Jeda sebarang muat turun apl atau fail.

Pada tab yang menunjukkan mesej ralat, cuba muatkan semula.

Mulakan semula Chrome
  1. Leret ke atas daripada bahagian bawah skrin semasa Chrome dibuka.
  2. Untuk menutup Chrome, leret ke atas pada apl Chrome.
Mulakan semula telefon atau tablet Android anda

Kadangkala, atur cara atau apl menghalang halaman daripada dimuatkan dengan betul.

  1. Mulakan semula telefon atau tablet Android anda.
  2. Cuba muatkan halaman sekali lagi.

Seterusnya: Selesaikan masalah ranap Chrome

Cuba buka halaman dalam penyemak imbas lain

Untuk mengetahui sama ada masalah ini merupakan masalah dengan halaman web atau Chrome, cuba buka halaman dalam penyemak imbas lain, seperti Firefox atau Safari.

Jika tindakan ini berfungsi pada penyemak imbas lain, cuba nyahpasang dan pasang semula Chrome. Mungkin terdapat kesilapan pada profil Chrome anda yang menjadi punca masalah.

  1. Nyahpasang Chrome dan pastikan kotak untuk memadamkan data semakan imbas ditandai.
  2. Kemudian, pasang semula Chrome.

Jika halaman ini tidak dapat dibuka dalam penyemak imbas lain, mungkin terdapat masalah dengan rangkaian anda atau laman web itu sendiri. Ketahui lebih lanjut di bawah.

Selesaikan masalah rangkaian dan laporkan masalah laman web

Jika halaman tidak dapat dimuatkan dalam penyemak imbas lain, mungkin terdapat masalah dengan rangkaian anda atau laman web itu sendiri.

Mula-mula, cuba mulakan semula modem dan penghala anda.

Jika tindakan ini tidak berfungsi, hubungi pemilik laman web dan beritahu mereka bahawa anda menghadapi masalah memuatkan halaman web.

 

Masih tidak berhasil? Hidupkan laporan ranap sistem untuk memberikan maklumat lanjut. Kemudian, cari masalah lain yang berkaitan atau kemukakan soalan dalam Forum Bantuan Chrome.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16226202957654592752
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false