Cara log masuk dengan Google Account berfungsi dalam Chrome

Cara log masuk dengan Google Account berfungsi

Anda boleh log masuk ke Chrome dengan Google Account anda dengan cara yang berbeza, seperti semasa anda menggunakan Chrome pada kali pertama atau pada bila-bila masa kemudian melalui tetapan Chrome. Anda juga boleh log masuk ke Chrome melalui perkhidmatan web Google seperti Gmail pada komputer anda. Pada komputer, peranti Android dan peranti iOS anda, anda juga akan log masuk ke perkhidmatan web Google lain apabila anda log masuk ke Chrome.

Jika anda memilih untuk log masuk ke Chrome, anda boleh menyimpan dan menggunakan penanda halaman, kata laluan dan data Chrome lain dalam Google Account anda. Tindakan ini membolehkan anda menggunakan data Chrome anda pada semua peranti yang anda log masuk. Jika anda tidak log masuk, anda masih boleh menyimpan penanda halaman, kata laluan dan pelbagai lagi tetapi data tersebut akan disimpan pada peranti anda sahaja.

Jika anda telah log masuk ke Chrome dan mahu menyegerakkan tab dan sejarah Chrome anda, anda boleh menghidupkan tetapan ini dalam tetapan Chrome.

Apabila “Aktiviti Web & Apl” didayakan untuk akaun anda, yang merangkumi subtetapan untuk Chrome, sejarah Chrome yang disimpan pada Google Account anda mungkin digunakan untuk memeribadikan pengalaman anda merentas produk dan perkhidmatan Google. Perkara ini termasuk carian yang lebih pantas dan syor kandungan berguna. Anda boleh mengurus aktiviti anda dalam Aktiviti Google Saya.

Apabila anda menyemak imbas dalam mod Inkognito Chrome, anda tidak boleh log masuk ke Chrome. Anda masih boleh log masuk ke perkhidmatan web Google.

Cara kami melindungi data anda

Anda boleh memilih untuk menyulitkan data tertentu dengan ungkapan laluan anda sendiri supaya Google tidak dapat membaca data tersebut. Maklumat yang dihantar kepada Google disulitkan dalam transit. Maklumat tersebut digunakan dan dilindungi menurut Dasar Privasi Google.

Kawalan di tangan anda

Anda boleh mengurus data anda daripada Chrome dan mengawal cara data tersebut digunakan pada bila-bila masa.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13733884677334379864
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false