Urus keselamatan dan jaminan Chrome

Untuk mendapatkan pengalaman penyemakan imbas yang lebih peribadi dan selamat, anda boleh menggunakan ciri keselamatan Chrome, seperti Semakan Keselamatan dan Penyemakan Imbas Selamat.
Kata laluan yang terjejas

Jika anda melihat aktiviti yang tidak dikenali pada akaun anda atau berpendapat bahawa kata laluan anda mungkin telah terjejas, tukar kata laluan anda dengan segera. Ketahui cara melindungi Google Account yang terjejas.

Untuk menukar kata laluan anda daripada laman lain, ikut arahan dalam Chrome. Ketahui cara mengurus kata laluan.

Tahap perlindungan Penyemakan Imbas Selamat
Dengan Penyemakan Imbas Selamat Google, anda akan menerima makluman tentang perisian hasad, sambungan yang berisiko, pancingan data atau laman dalam senarai Google bagi laman yang berkemungkinan tidak selamat. Ketahui cara memilih tahap perlindungan Penyemakan Imbas Selamat.
Kemaskinian automatik Chrome
Untuk memastikan anda dilindungi oleh kemaskinian keselamatan yang terkini, Chrome boleh dikemaskinikan kepada versi penyemak imbas terbaharu secara automatik, jika tersedia. Ketahui cara mengemaskinikan Chrome.
Penyulitan pada peranti untuk kata laluan
Penting: Pastikan anda telah menyediakan penyulitan pada peranti. Ketahui cara menyediakan penyulitan pada peranti.

Setelah penyulitan pada peranti disediakan, anda boleh menggunakan kata laluan Google atau kunci skrin anda bagi telefon atau tablet yang serasi untuk membuka kunci kata laluan anda. Penyulitan jenis ini bermaksud bahawa hanya anda yang mempunyai kunci untuk membuka kunci kata laluan anda.

Semak Semakan Keselamatan pada komputer anda

Chrome menjalankan Semakan Keselamatan secara automatik untuk membantu anda menemukan dan menyelesaikan masalah privasi dan keselamatan.

Anda boleh menyemak privasi dan keselamatan Chrome anda dengan Semakan Keselamatan. Pada komputer, Semakan Keselamatan mencari:

  • Kata laluan yang terjejas, digunakan semula atau lemah: Untuk memastikan keselamatan atas talian anda, Semakan Keselamatan boleh memberikan amaran kepada anda jika nama pengguna atau kata laluan yang disimpan dalam Google Password Manager terlibat dalam pelanggaran data. Ketahui lebih lanjut tentang cara Chrome melindungi kata laluan anda.
  • Status Penyemakan Imbas Selamat: Untuk memastikan anda dilindungi daripada perisian hasad, pancingan data dan risiko yang lain, Semakan Keselamatan boleh mengingatkan anda dari semasa ke semasa untuk menyemak tetapan Penyemakan Imbas Selamat anda. Ketahui lebih lanjut tentang perlindungan Penyemakan Imbas Selamat dalam Chrome.
  • Kemaskinian Chrome yang tersedia: Untuk memastikan bahawa anda dilindungi oleh kemaskinian keselamatan terkini, Semakan Keselamatan boleh mengingatkan anda dari semasa ke semasa untuk mengemaskinikan Chrome.
  • Pemberitahuan yang berpotensi tidak dikehendaki: Dari semasa ke semasa, Chrome akan mengingatkan anda untuk menyemak pemberian kebenaran pemberitahuan anda.
  • Kebenaran laman yang tidak digunakan: Untuk melindungi data anda, Chrome mengalih keluar kebenaran daripada laman yang tidak digunakan baru-baru ini.
  • Sambungan yang mungkin berbahaya: Untuk meningkatkan keselamatan anda, Semakan Keselamatan boleh memberikan amaran kepada anda tentang sambungan yang mungkin menimbulkan risiko keselamatan. 
  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Lagi Atur kemudian Tetapan.
  3. Pada sebelah kiri, pilih Privasi dan keselamatan.
  4. Dalam bahagian “Semakan Keselamatan”, pilih Akses Semakan Keselamatan..
  5. Jika Chrome menemukan sebarang masalah:
    1. Pilih item yang mengandungi masalah.
    2. Ikut arahan pada skrin.
Petua: Apabila Semakan Keselamatan dijalankan, Chrome akan memaklumi anda jika terdapat masalah yang memerlukan perhatian anda. Mesej ini akan dipaparkan apabila anda memilih Lagi Atur . Anda boleh memilih item yang bermasalah, kemudian ikut arahan pada skrin.

Urus tetapan keselamatan Lanjutan

Hidupkan Sentiasa gunakan sambungan selamat

Apabila URL laman web mengandungi HTTPS, URL itu boleh menunjukkan sambungan selamat. Sambungan kepada laman yang menggunakan HTTPS adalah lebih selamat berbanding dengan sambungan kepada laman yang tidak menggunakan HTTPS.

Apabila anda menghidupkan Sentiasa gunakan sambungan selamat, Chrome meningkatkan URL untuk menggunakan HTTPS dan memaparkan amaran sebelum anda melawat laman yang tidak menyokong ciri tersebut.

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Atur kemudian Tetapan.
  3. Pada sebelah kiri, pilih Privasi dan keselamatan kemudian Keselamatan.
  4. Dalam bahagian “Lanjutan”, hidupkan Sentiasa gunakan sambungan selamat.
Petua: Apabila anda hendak memuatkan laman yang tidak menggunakan HTTPS dalam URL, anda akan menemukan amaran “Tidak Selamat” yang dipaparkan pada bar alamat.
Gunakan sambungan selamat untuk mencari alamat IP laman

Apabila anda melawati tapak, Chrome mencari alamat IP pelayan hos tapak. Untuk melindungi privasi dan keselamatan anda, jika carian DNS Selamat dihidupkan, Chrome menyulitkan maklumat anda semasa proses carian.

Secara lalai, DNS Selamat dalam Chrome dihidupkan dalam mod automatik. Jika Chrome mengalami masalah untuk mencari tapak dalam mod ini, ia akan mencari tapak dalam mod tidak disulitkan.

Anda boleh memilih penyedia tersuai. Apabila anda memilih peyedia tersuai, Chrome tidak akan menetapkan mod tidak disulitkan secara lalai. Jika anda mengalami masalah, seperti mesej ralat, anda boleh menyemak tetapan pembekal anda atau mematikan DNS Selamat. Mesej ralat mungkin mengatakan bahawa alamat IP pelayan tidak dapat dijumpai.

Penting: Jika peranti anda diurus atau kawalan ibu bapa dihidupkan, anda tidak boleh menggunakan ciri DNS Selamat Chrome.

Untuk menghidupkan atau mematikan DNS Selamat:

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. Pada sebelah kiri, pilih Privasi dan keselamatan kemudian Keselamatan.
  4. Dalam bahagian "Lanjutan", hidupkan atau matikan Gunakan DNS Selamat.
  5. Pilih penyedia perkhidmatan semasa anda.
    • Anda juga boleh memilih penyedia perkhidmatan tersuai daripada menu lungsur.
Urus tetapan keselamatan V8

Penting: Untuk meningkatkan prestasi laman, V8 dihidupkan secara lalai. 

Untuk memperoleh keselamatan tambahan dengan prestasi laman yang dikurangkan, anda boleh mematikan V8 dengan:

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. Pada sebelah kiri, pilih Privasi dan keselamatan kemudian Keselamatan kemudian Urus keselamatan V8.
  4. Anda boleh memilih kebenaran pilihan anda:
    • Laman boleh menggunakan pakar pemanfaatan V8: Meningkatkan prestasi dan ciri yang menggunakan JavaScript yang berfungsi seperti yang dikehendaki. Tindakan ini disyorkan.
    • Jangan benarkan laman menggunakan pakar pemanfaatan V8: Mengurangkan prestasi tetapi membuat V8 lebih selamat.

Petua: Anda juga boleh menentukan URL yang boleh dan tidak boleh menggunakan pakar pemanfaatan V8. Untuk menambahkan URL laman web yang dibenarkan atau tidak dibenarkan untuk menggunakan pakar pemanfaatan V8, pilih Tambah.

Urus kunci keselamatan
  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Lagi kemudian Tetapan
  3. Pada sebelah kiri, pilih Privasi dan keselamatan kemudian Keselamatan.
  4. Dalam bahagian “Lanjutan”, pilih Urus kunci keselamatan.
  5. Pilih cara anda mengurus kunci keselamatan anda:
    • Urus telefon: Kawal telefon yang mahu digunakan sebagai kunci keselamatan.
    • Nombor Pengenalan Peribadi: Lindungi kunci keselamatan anda dengan PIN. 
    • Data log masuk: Urus data log masuk yang disimpan pada kunci keselamatan anda.
    • Cap jari: Tambahkan dan padamkan cap jari yang disimpan pada kunci keselamatan anda.
    • Tetapkan semula kunci keselamatan anda: Padamkan semua data pada kunci keselamatan anda, termasuk PIN kunci keselamatan.

Urus sijil

Anda boleh menyemak dan mengubah sijil dan tetapan HTTPS atau SSL anda.

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. Pada sebelah kiri, pilih Privasi dan keselamatan kemudian Keselamatan.
  4. Dalam bahagian “Lanjutan”,  pilih Urus sijil
Program Perlindungan Lanjutan Google
  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. Pada sebelah kiri, pilih Privasi dan keselamatan  kemudian Keselamatan.
  4. Dalam bahagian “Lanjutan”, pilih Program Perlindungan Lanjutan Google.
Petua: Ketahui lebih lanjut tentang Program Perlindungan Lanjutan Google.

Artikel berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
17801623284556992198
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false