Tambahkan atau alih keluar seseorang dalam ruang

Untuk menambahkan lebih ramai orang pada ruang dalam Google Chat, tambahkan mereka pada senarai ahli atau sebut mereka terus dalam ruang.

Petua: Jika anda menggunakan Chat dengan akaun Google Workspace:

  • Anda boleh menambahkan Kumpulan Google pada ruang. Ketahui cara menambahkan Kumpulan Google pada ruang.
  • Pentadbir anda boleh membuat ruang yang dapat ditemukan oleh semua orang dalam organisasi anda. Contohnya, pentadbir anda boleh menambahkan kumpulan bernama everyone@yourcompany.com pada ruang.

Tambahkan seseorang pada ruang

  1. Buka Google Chat atau Gmail pada komputer anda.
    • Dalam Gmail: Pada sebelah kiri, klik Chat.
  2. Pada sebelah kiri, pilih ruang.
  3. Pada bahagian atas, klik nama ruang kemudian Urus ahli.
  4. Klik Urus ahli. Ahli semasa ruang tersebut akan dipaparkan.
  5. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik + Tambah.
  6. Masukkan nama atau alamat e-mel orang atau kumpulan.
  7. Klik Tambah.

Petua:

  • Untuk menambahkan orang baharu pada ruang dengan pantas, masukkan @ diikuti dengan nama orang tersebut dalam bahagian balasan.
  • Untuk melihat orang yang telah anda undang kepada ruang, klik Urus ahli kemudian Diundang.
Ketahui cara undangan ruang berfungsi
  • Undangan e-mel akan dihantar kepada seseorang jika:
    • Mereka belum pernah mengadakan perbualan dengan anda sebelum ini.
    • Mereka tergolong dalam organisasi lain dan ruang telah dibuat oleh akaun Google Workspace anda.
  • Seseorang yang anda undang kepada ruang akan ditambahkan secara terus jika:
    • Mereka pernah mengadakan perbualan dengan anda sebelum ini.
    • Anda dalam organisasi yang sama.
  • Orang yang ditambahkan pada ruang secara terus tidak akan menerima pemberitahuan e-mel.
  • Jika anda mempunyai akaun Google Workspace, ahli organisasi anda boleh menerima undangan e-mel atau ditambahkan secara terus pada ruang.

Alih keluar seseorang daripada ruang

Penting: Jika anda mempunyai keupayaan untuk mengurus ahli, anda boleh mengalih keluar ahli daripada ruang. Selepas anda mengalih keluar seseorang, mereka tidak boleh:

  • Menyertai perbualan.
  • Melihat sejarah mesej ruang tersebut.
  • Mengakses fail yang dikongsi dalam ruang tersebut.
  1. Buka Google Chat atau Gmail pada komputer anda.
    • Dalam Gmail: Pada sebelah kiri, klik Chat.
  2. Pada sebelah kiri, pilih ruang.
  3. Pada bahagian atas, klik nama ruang kemudian Urus ahli.
  4. Pada bahagian kanan nama orang atau kumpulan, klik Lagi pilihan kemudian Alih keluar daripada ruang.

Petua: Jika seseorang telah ditambahkan sebagai sebahagian daripada Kumpulan Google, alih keluar pengguna itu daripada kumpulan dahulu, kemudian alih keluar daripada ruang.

Salin alamat e-mel ahli ruang

  1. Buka Google Chat atau Gmail pada komputer anda.
    • Dalam Gmail: Pada sebelah kiri, klik Chat.
  2. Pada sebelah kiri, pilih ruang.
  3. Pada bahagian atas, klik nama ruang kemudian Urus ahli.
  4. Klik Salin e-mel ahli .

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
12221845952346678490
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
1026838
false
false