Gunakan Karang Pintar dalam Google Chat

Anda boleh menulis mesej dengan lebih pantas menggunakan Karang Pintar yang dikuasakan oleh pembelajaran mesin. Karang Pintar menawarkan cadangan apabila anda memasukkan teks.

Penting:

  • Karang Pintar tersedia dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Itali dan Portugis. Karang Pintar tidak bertujuan untuk memberikan jawapan dan tidak sentiasa meramalkan maklumat yang betul faktanya.
  • Untuk menggunakan Karang Pintar, anda perlu menghidupkan ciri dan kawalan pintar. Ketahui lebih lanjut tentang Ciri & kawalan pintar dalam produk Google.

Gunakan Karang Pintar dalam Chat

  1. Akses Google Chat pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan Tetapan.
  3. Dalam bahagian “Karang Pintar”, tandai kotak bersebelahan "Dayakan cadangan penulisan ramalan sambil anda mengarang mesej pada web dan desktop”.

Gunakan Karang Pintar dalam Chat untuk Gmail

  1. Akses Gmail pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan Tetapan kemudian Lihat semua tetapan.
  3. Pada bahagian atas, klik Chat dan Meet kemudian Urus tetapan sembang.
  4. Dalam bahagian “Karang Pintar”, tandai kotak bersebelahan "Dayakan cadangan penulisan ramalan sambil anda mengarang mesej pada web dan desktop”.
Petua: Untuk menerima cadangan, tekan Tab pada papan kekunci.

Ketahui tentang pembelajaran mesin

Oleh sebab model pemahaman bahasa menggunakan berbilion-bilion frasa dan ayat yang lazim untuk mempelajari tentang dunia secara automatik, model ini juga dapat menggambarkan kecenderungan kognitif manusia.

Kesedaran tentang perkara ini merupakan permulaan yang baik dan perbincangan tentang cara mengendalikan perkara ini masih berterusan.

Google komited untuk menghasilkan produk yang berfungsi untuk semua dan membuat kajian secara aktif tentang kecenderungan yang tidak disengajakan dan strategi pengurangannya.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
6977835274061335382
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
1026838
false
false