Dasar & garis panduan pautan perniagaan

Jika anda menggunakan pautan perniagaan pada Business Profile anda, anda perlu mematuhi garis panduan di bawah serta dasar kandungan yang dilarang & terhad kami.

Perihal pautan dan kelayakan perniagaan

Pautan perniagaan membolehkan pelanggan melakukan perkara seperti menempah janji temu dengan perniagaan anda atau membuat pesanan dalam talian. Bukan semua perniagaan layak untuk menggunakan pautan perniagaan. Sebagai contoh, salun rambut mungkin membenarkan pelanggan menempah janji temu tetapi tidak layak untuk menggunakan pautan pesanan dalam talian. 

Petua:  Sesetengah negara dan wilayah tidak layak untuk menggunakan pautan perniagaan tertentu.

Garis panduan untuk perniagaan

Pautan perniagaan tidak boleh ditambahkan atau dikemaskinikan

Pautan perniagaan tidak sah

Anda mungkin menerima ralat bahawa pautan itu dalam format yang salah atau mengandungi aksara yang tidak sah.  Sebab biasa yang menyebabkan perkara ini berlaku termasuk:

  • Pautan mengandungi ruang atau simbol
  • Pautan mengandungi tanda condong ke belakang (\)
  • Terdapat protokol yang tidak sah dalam pautan (sebagai contoh, pendua http://)

Untuk membetulkan ralat ini, semak pautan anda dan alih keluar sebarang ruang, simbol, tanda condong ke belakang atau masalah lain.

Profil tidak disahkan

Perniagaan anda mestilah disahkan sebelum anda dapat menambahkan pautan. Setelah perniagaan anda disahkan dan pengeditan pautan diluluskan, perubahan akan diterbitkan pada Google Search dan Maps. 

Bilangan maksimum pautan bagi setiap jenis transaksi 

Perniagaan dibenarkan untuk memiliki maksimum 20 pautan bagi setiap jenis transaksi. Untuk melihat pautan anda:

  1. Pergi ke Business Profile anda. Ketahui cara menemukan profil anda.
  2. Pilih jenis transaksi seperti Tempahan, Pesanan makanan atau Pengambilan dan penghantaran.

Jika perniagaan anda sudah mengandungi 20 pautan untuk jenis transaksi tertentu, sebagai contoh tempahan, anda tidak boleh menambahkan sebarang pautan tambahan. Untuk menambahkan lebih banyak pautan, anda perlu mengalih keluar pautan sedia ada.

Pautan perniagaan sudah tersedia 

Pautan yang anda berikan ialah pendua bagi pautan yang telah dimasukkan oleh perniagaan atau oleh penyedia pihak ketiga. Pilih pautan yang lain.

Domain sudah wujud

Anda hanya boleh menambahkan satu pautan bagi setiap domain dan domain yang anda pilih sudah digunakan. Domain tersebut mungkin telah disediakan oleh perniagaan anda atau oleh penyedia pihak ketiga. Pilih domain yang lain untuk menambahkan pautan.

Domain pihak ketiga sudah wujud 

Jika anda menambahkan pautan penyedia pihak ketiga yang mengandungi domain yang sama seperti yang telah ditambahkan oleh perniagaan anda atau penyedia pihak ketiga, kami akan mengalih keluar pautan baharu yang anda tambahkan. 

Sebagai contoh, jika anda menambahkan pautan “website.com/123” untuk pesanan dalam talian sedangkan “website.com/456” sudah wujud, pautan anda tidak akan diterima. Perkara ini ditentukan sedemikian untuk memudahkan urusan pelanggan.

Mohon semakan

Jika anda berpendapat bahawa pautan anda telah tersilap ditolak atau dialih keluar, anda boleh menghubungi kami untuk meminta semakan.

 

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3431083092515159612
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
99729
false
false
false