Pemberitahuan

Users can now migrate Google Podcasts subscriptions to YouTube Music or to another app that supports OPML import. Learn more here

Perihal Projek Pustaka

Projek Pustaka membolehkan pengguna mencari jutaan buku yang ditulis dalam pelbagai bahasa berlainan di Google termasuk buku yang sukar didapati, tidak dicetak lagi atau secara amnya, hanya terdapat dalam sistem pustaka.

Lihat buku dalam Projek Pustaka

Jika sesebuah buku daripada Projek Pustaka itu disahkan berada dalam domain awam, Google akan menjadikan buku itu tersedia sepenuhnya kepada orang ramai dan anda akan dapat membaca buku itu dari awal hingga akhir. Ketahui cara melihat buku dalam Buku Google. 

Jika tidak, anda masih dapat mencari dalam teks buku, tetapi Buku Google hanya akan memaparkan beberapa coretan teks untuk menunjukkan tempat istilah carian anda tertera dalam teks buku tersebut. Kadangkala pemegang hak bagi buku yang masih mempunyai hak cipta memberi kami kebenaran untuk memaparkan lebih daripada coretan. Dalam keadaan itu, anda mungkin melihat beberapa peratus halaman buku, bahkan mungkin juga seluruh buku, bergantung pada kehendak pemegang hak.

Jika kami tahu sesebuah buku itu wujud, tetapi belum mengimbas buku tersebut, anda hanya akan melihat maklumat asas bibliografi mengenai buku, sama seperti maklumat yang terdapat dalam katalog perpustakaan. Jika anda ingin mencari salinan bercetak, gunakan pautan peruncit atau perpustakaan yang disediakan.

Cara buku dipaparkan dalam Buku Google:

Cara perpustakaan bekerjasama dengan Google 

Google bekerjasama dengan banyak perpustakaan dari seluruh dunia untuk menyertakan koleksi perpustakaan tersebut dalam Buku Google. Perpustakaan tersebut menerima salinan digital bagi setiap buku daripada koleksinya yang kami imbas untuk memelihara dan menyediakan salinan digital buku kepada pelanggan perpustakaan berkenaan jika dibenarkan oleh undang-undang hak cipta tempatan. 

Banyak perpustakaan yang bekerjasama dengan kami telah memaparkan kontraknya secara terbuka. Kontrak tersebut menunjukkan skop penuh kerjasama antara perpustakaan berkenaan dengan Google. Beberapa contohnya ialah Universiti California dan Big Ten Academic Alliance, yang termasuk institusi seperti Universiti Illinois, Universiti Minnesota dan Universiti Negeri Ohio.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
8057093778927576291
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
100334
false
false