Penukaran mata wang untuk buku di Google Play

Penting:

  • Rakan kongsi Google Play boleh menjual e-Buku dan buku audio di negara/rantau tertentu. Ciri yang diterangkan di sini tidak tersedia di setiap negara/rantau.
  • Prapesanan membolehkan pelanggan membuat pesanan tetapi bukan membaca buku anda sebelum tarikh keluaran buku itu. Pada tarikh keluaran, pelanggan yang membuat prapesanan buku anda dikenakan bayaran untuk pembelian itu dan mereka mendapat akses kepada buku tersebut.
  • Oleh sebab keperluan kawal selia, Google tidak boleh menawarkan prapesanan di India. Buku anda akan tersedia pada Google Play Store di India pada tarikh jualan.
  • Sebelum anda memuat naik sebarang fail, pastikan kandungan anda mematuhi garis panduan Google. Jika anda merancang untuk menjual buku anda pada Google Play, semak dasar kandungan penerbit untuk buku pada Google Play kami.
  • Laporan jualan mengikut bulan tidak semestinya menyediakan butiran yang sepadan dengan pembayaran bulanan anda. Untuk mendapatkan laporan kewangan yang sepadan dengan pembayaran anda, akses laporan pendapatan Google Play.

Mata wang pembelian

Pembeli melihat harga buku di Google Play dalam mata wang tempatan mereka atau dalam USD atau EUR atas budi bicara Gedung Google Play di negara itu. Jika rakan kongsi tidak dapat menyediakan harga dalam mata wang pembelian, mereka boleh mendayakan penukaran mata wang dalam Pusat Pembayaran akaun mereka. (Akaun yang dibuat selepas Julai 2014 didayakan penukaran mata wang secara lalai.) Tindakan ini akan membolehkan Google menukar harga yang disediakan oleh rakan kongsi dalam mata wang asas kepada mata wang lain secara automatik.

Harga ditukarkan

Penukaran mata wang untuk harga buku boleh didayakan atau dilumpuhkan dalam Pusat Pembayaran. Jika penukaran mata wang didayakan, rakan kongsi boleh menyediakan harga dalam beberapa mata wang asas dan menentukan wilayah jualan sasaran untuk penukaran daripada setiap mata wang asas. Contohnya, rakan kongsi boleh memilih untuk menukarkan harga di semua negara Eropah dari harga asas dalam euro dan menukarkan harga di semua negara Amerika Utara dari harga asas dalam dolar A.S. Lihat peraturan dan contoh untuk menggunakan penukaran mata wang dengan ONIX, cara mengkonfigurasikan harga ditukarkan dengan hamparan atau cara menetapkan harga dalam Pusat Rakan Kongsi.

Harga ditukarkan hanya akan digunakan ke atas buku di wilayah jualan yang tidak disediakan harga dalam mata wang tempatan oleh rakan kongsi. Sekiranya harga disediakan terus dalam mata wang tempatan melalui ONIX atau hamparan, harga ditukarkan tidak akan digunakan.

Harga ditukarkan tidak harus digunakan di negara yang mengamalkan undang-undang harga tetap bagi buku. Jika harga tetap diamalkan di sesebuah negara, anda mesti menyediakan harga tersebut dalam mata wang tempatan.

Penukaran mata wang merupakan alat ikut serta. Rakan kongsi boleh melumpuhkan penukaran mata wang pada bila-bila masa. Tindakan melumpuhkan penukaran mata wang akan mengalih keluar semua harga yang ditukarkan, yang akan mengalih keluar buku daripada jualan di wilayah tersebut sehingga rakan kongsi menyediakan harga dalam mata wang tempatan.

Penukaran mata wang untuk kod promosi harga tetap

Untuk membuat kod promosi harga tetap, rakan kongsi mesti mendayakan penukaran mata wang dalam Pusat Pembayaran akaun mereka. Untuk promosi harga tetap, rakan kongsi memasukkan harga dalam mata wang tunggal yang ditukar kepada mata wang pengguna secara automatik berdasarkan kadar pertukaran.

Contohnya:

Harga senarai rakan kongsi dalam dolar AS: $5.99 USD
Harga rakan kongsi dengan kod promosi: $4.99 USD
Contoh kadar pertukaran euro: 0.89

Harga pembelian pengguna AS dengan kod promosi: $4.99 USD
Harga pembelian pengguna Jerman dengan kod promosi: €4.44 EUR (harga dengan kod promosi didarabkan dengan kadar pertukaran)

Menggunakan penukaran mata wang dengan ONIX

Sila ambil perhatian tentang peraturan menggunakan penukaran mata wang dengan ONIX:
  • Kami akan menggunakan harga senarai di sesebuah negara jika semua syarat berikut dipenuhi:
    • Negara tersebut diberikan hak untuk menjual buku tersebut.
    • Negara tersebut dikategorikan sebagai negara pembekalan dalam butiran pembekalan (ONIX code j138). Jika ruang negara pembekalan kosong, kami menganggap WORLD.
    • Negara tersebut berada dalam negara (ONIX code b251) atau wilayah (ONIX code j303) bagi harga senarai tersebut. Jika kedua-dua ruang kosong, kami menganggap WORLD.
  • Jika harga anda bercanggah bagi sesebuah negara, kami akan menggunakan harga dalam mata wang tempatan; jika tiada, kami akan menggunakan harga dalam mata wang asas lalai.
  • Kami boleh menukar dari sebarang jenis harga yang anda sediakan, dengan keutamaan untuk jenis harga RRP (harga runcit disyorkan) jika anda menyediakan lebih daripada satu. Harga ditukarkan sentiasa terdiri daripada jenis harga 01 (jika negara yang menggunakan harga ditukarkan tersebut memerlukan harga termasuk cukai) atau 02 (jika negara yang menggunakan harga ditukarkan tersebut memerlukan harga tidak termasuk cukai). Jika anda perlu menggunakan jenis harga yang berbeza daripada 01 atau 02 untuk sesebuah negara, anda mesti menyediakan harga dalam mata wang tempatan.

Contoh (klik untuk mengembangkan)

Contoh A

Untuk buku tertentu, anda mahu menggunakan penukaran mata wang untuk menukarkan harga USD anda untuk jualan di seluruh dunia. Anda hidupkan penukaran mata wang dan senaraikan USD sebagai mata wang asas lalai anda. Anda memiliki hak jualan seluruh dunia untuk buku ini.

Di bawah ini terdapat beberapa contoh konfigurasi yang mencapai matlamat penggunaan harga USD untuk jualan di seluruh dunia. Kami turut menyenaraikan konfigurasi "salah" yang merupakan ONIX yang sah tetapi tidak akan mencapai matlamat yang diingini.

Konfigurasi ONIX Betul 1

ONIX 2.1
<Price>
  <PriceTypeCode>41</PriceTypeCode>
  <PriceAmount>8.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>CAD</CurrencyCode>
  <CountryCode>CA</CountryCode>
</Price>
<Price>
  <PriceTypeCode>01</PriceTypeCode> 
  <PriceAmount>6.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>USD</CurrencyCode>
</Price>
ONIX 3
<Price>
  <PriceType>41</PriceTypeCode>
  <PriceAmount>8.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>CAD</CurrencyCode>
  <Territory>
    <CountriesIncluded>CA</CountriesIncluded>
  </Territory>
</Price>
<Price>
  <PriceType>01</PriceType> 
  <PriceAmount>6.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>USD</CurrencyCode>
</Price>

Penerangan: Harga CAD tidak digunakan untuk penukaran kerana harga ini hanya digunakan untuk CA, bukan untuk WORLD. Harga USD digunakan walaupun harga tersebut tidak menetapkan wilayah kerana anda memiliki hak seluruh dunia untuk buku ini.

Konfigurasi ONIX Betul 2

ONIX 2.1
<Price>
  <PriceTypeCode>41</PriceTypeCode>
  <PriceAmount>8.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>CAD</CurrencyCode>
  <CountryCode>CA</CountryCode>
</Price>
<Price>
  <PriceTypeCode>01</PriceTypeCode>
  <PriceAmount>6.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>USD</CurrencyCode>
  <Territory>WORLD</Territory>
</Price>
ONIX 3
<Price>
  <PriceType>41</PriceType>
  <PriceAmount>8.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>CAD</CurrencyCode>
  <Territory>
    <CountriesIncluded>CA</CountriesIncluded>
  </Territory>
</Price>
<Price>
  <PriceType>01</PriceType>
  <PriceAmount>6.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>USD</CurrencyCode>
  <Territory>
    <RegionsIncluded>WORLD</CountriesIncluded>
  </Territory>
</Price>

Penerangan: Harga USD digunakan untuk penukaran kerana harga ini menetapkan WORLD sebagai wilayah dan harga pertama dihadkan kepada CA sahaja dan anda memiliki hak seluruh dunia untuk buku tersebut.

Konfigurasi ONIX Betul 3

ONIX 2.1
<Price>
  <PriceTypeCode>41</PriceTypeCode>
  <PriceAmount>8.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>CAD</CurrencyCode>
  <CountryCode>CA</CountryCode>
</Price>
<Price>
  <PriceTypeCode>01</PriceTypeCode>
  <PriceAmount>6.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>USD</CurrencyCode>
  <Territory>ROW</Territory>
</Price>
ONIX 3
<Price>
  <PriceType>41</PriceType>
  <PriceAmount>8.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>CAD</CurrencyCode>
  <Territory>
    <CountriesIncluded>CA</CountriesIncluded>
  </Territory>
</Price>
<Price>
  <PriceType>01</PriceType>
  <PriceAmount>6.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>USD</CurrencyCode>
  <Territory>
    <RegionsIncluded>ROW</RegionsIncluded>
  </Territory>
</Price>

Penerangan: Harga USD digunakan untuk penukaran kerana harga CAD dihadkan kepada CA dan harga USD ditetapkan untuk WORLD -CA disebabkan oleh ROW.

Konfigurasi ONIX Betul 4

ONIX 2.1
<Price>
  <PriceTypeCode>41</PriceTypeCode>
  <PriceAmount>8.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>CAD</CurrencyCode>
</Price>
<Price>
  <PriceTypeCode>01</PriceTypeCode>
  <PriceAmount>6.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>USD</CurrencyCode>
</Price>
ONIX 3
<Price>
  <PriceType>41</PriceType>
  <PriceAmount>8.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>CAD</CurrencyCode>
</Price>
<Price>
  <PriceType>01</PriceType>
  <PriceAmount>6.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>USD</CurrencyCode>
</Price>

Penerangan: Kedua-dua harga tidak mempunyai perkaitan wilayah, jadi harga USD digunakan untuk penukaran kerana harga tersebut merupakan mata wang asas lalai anda.

Konfigurasi ONIX Salah 1

ONIX 2.1
<Price>
  <PriceTypeCode>41</PriceTypeCode>
  <PriceAmount>8.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>CAD</CurrencyCode>
  <CountryCode>CA</CountryCode>
</Price>
<Price>
  <PriceTypeCode>01</PriceTypeCode> 
  <PriceAmount>6.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>USD</CurrencyCode>
  <CountryCode>US</CountryCode>
</Price>
ONIX 3
<Price>
  <PriceType>41</PriceType>
  <PriceAmount>8.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>CAD</CurrencyCode>
  <Territory>
    <CountriesIncluded>CA</CountriesIncluded>
  </Territory>
</Price>
<Price>
  <PriceType>01</PriceType> 
  <PriceAmount>6.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>USD</CurrencyCode>
  <Territory>
    <CountriesIncluded>US</CountriesIncluded>
  </Territory>
</Price>

Penerangan: Kedua-dua harga mempunyai perkaitan khusus yang bukan WORLD, jadi kedua-dua mata wang tidak digunakan untuk penukaran.

Konfigurasi ONIX Salah 2

ONIX 2.1
<Price>
  <PriceTypeCode>41</PriceTypeCode>
  <PriceAmount>8.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>CAD</CurrencyCode>
</Price>
<Price>
  <PriceTypeCode>01</PriceTypeCode> 
  <PriceAmount>6.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>USD</CurrencyCode>
  <CountryCode>US</CountryCode>
</Price>
ONIX 3
<Price>
  <PriceType>41</PriceType>
  <PriceAmount>8.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>CAD</CurrencyCode>
</Price>
<Price>
  <PriceTypeCode>01</PriceTypeCode> 
  <PriceAmount>6.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>USD</CurrencyCode>
  <Territory>
    <CountriesIncluded>US</CountriesIncluded>
  </Territory>
</Price>

Penerangan: Harga CAD digunakan untuk penukaran kerana harga USD mempunyi kaitan dengan negara tertentu.

Konfigurasi ONIX Salah 3

ONIX 2.1
<Price>
  <PriceTypeCode>41</PriceTypeCode>
  <PriceAmount>8.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>CAD</CurrencyCode>
</Price>
<Price>
  <PriceTypeCode>01</PriceTypeCode> 
  <PriceAmount>6.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>GBP</CurrencyCode>
</Price>
ONIX 3
<Price>
  <PriceType>41</PriceType>
  <PriceAmount>8.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>CAD</CurrencyCode>
</Price>
<Price>
  <PriceType>01</PriceType> 
  <PriceAmount>6.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>GBP</CurrencyCode>
</Price>

Penerangan: Kedua-dua harga tidak mempunyai negara, tetapi kedua-duanya bukan mata wang asas lalai anda, jadi kami tidak akan menukarkannya kerana kami tidak tahu cara memutuskan ikatan ini.

Contoh B

Anda mahu menggunakan penukaran mata wang untuk menukar harga USD anda bagi jualan di seluruh dunia dengan satu pengecualian: menukar harga GBP anda untuk jualan di INR. Anda hidupkan penukaran mata wang dan senaraikan USD sebagai mata wang asas lalai anda. Anda memiliki hak jualan seluruh dunia untuk buku ini.

Di bawah ini terdapat contoh konfigurasi yang mencapai matlamat penggunaan harga USD untuk jualan di seluruh dunia dan harga GBP untuk jualan di INR. Kami turut menyenaraikan konfigurasi "salah" yang merupakan ONIX yang sah tetapi tidak mencapai matlamat yang diingini.

Konfigurasi ONIX Betul

ONIX 2.1
<Price>
  <PriceTypeCode>41</PriceTypeCode>
  <PriceAmount>8.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>GBP</CurrencyCode>
  <CountryCode>GB</CountryCode>
  <CountryCode>IN</CountryCode>
</Price>
<Price>
  <PriceTypeCode>01</PriceTypeCode> 
  <PriceAmount>6.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>USD</CurrencyCode>
  <Territory>ROW</Territory>
</Price>
ONIX 3
<Price>
  <PriceType>41</PriceType>
  <PriceAmount>8.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>GBP</CurrencyCode>
  <Territory>
    <CountriesIncluded>GB IN</CountriesIncluded>
  </Territory>
</Price>
<Price>
  <PriceType>01</PriceType> 
  <PriceAmount>6.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>USD</CurrencyCode>
  <Territory>
    <RegionsIncluded>ROW</RegionsIncluded>
  </Territory>
</Price>

Penerangan: Harga GBP ditukarkan kepada INR kerana IN ditetapkan dalam negara dan USD menggunakan ROW, yang bermakna harga USD adalah untuk WORLD -GB -IN.

Konfigurasi ONIX Salah 1

ONIX 2.1
<Price>
  <PriceTypeCode>41</PriceTypeCode>
  <PriceAmount>8.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>GBP</CurrencyCode>
  <CountryCode>GB</CountryCode>
</Price>
<Price>
  <PriceTypeCode>01</PriceTypeCode> 
  <PriceAmount>6.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>USD</CurrencyCode>
  <CountryCode>US</CountryCode>
</Price>
ONIX 3
<Price>
  <PriceTypeCode>41</PriceTypeCode>
  <PriceAmount>8.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>GBP</CurrencyCode>
  <Territory>
    <CountriesIncluded>GB</CountriesIncluded>
  </Territory>
</Price>
<Price>
  <PriceTypeCode>01</PriceTypeCode> 
  <PriceAmount>6.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>USD</CurrencyCode>
  <Territory>
    <CountriesIncluded>US</CountriesIncluded>
  </Territory>
</Price>

Penerangan: Kedua-dua harga tidak akan digunakan untuk penukaran kerana kedua-duanya telah menetapkan negara tertentu yang bukan WORLD.

Konfigurasi ONIX Salah 2

ONIX 2.1
<Price>
  <PriceTypeCode>41</PriceTypeCode>
  <PriceAmount>8.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>GBP</CurrencyCode>
  <CountryCode>GB</CountryCode>
  <CountryCode>IN</CountryCode>
</Price>
<Price>
  <PriceTypeCode>01</PriceTypeCode> 
  <PriceAmount>6.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>USD</CurrencyCode>
</Price>
ONIX 3
<Price>
  <PriceType>41</PriceType>
  <PriceAmount>8.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>GBP</CurrencyCode>
  <Territory>
    <CountriesIncluded>GB IN</CountriesIncluded>
  </Territory>
</Price>
<Price>
  <PriceType>01</PriceType> 
  <PriceAmount>6.99</PriceAmount>
  <CurrencyCode>USD</CurrencyCode>
</Price>

Penerangan: Negara untuk USD kosong, jadi kami menganggap USD sebagai harga WORLD. USD dijadikan mata wang asas lalai, jadi harga USD akan ditukar kepada INR.

Mata wang pembayaran hasil

Apabila rakan kongsi mendayakan wilayah untuk jualan, rakan kongsi harus turut menunjukkan dalam tetapan akaunnya cara pembayaran yang hendak digunakan untuk jualan yang dibuat di wilayah tersebut (termasuk akaun bank yang ingin digunakan untuk pembayaran). Rakan kongsi mesti menyediakan alamat perniagaan tempatan dan akaun bank tempatan untuk sekurang-kurangnya satu wilayah yang disokong untuk pembayaran. Google boleh membuat pembayaran kepada rakan kongsi dalam mata wang tempatan di sebarang wilayah yang menempatkan alamat perniagaan tempatan dan butiran akaun bank untuk rakan kongsi tersebut dengan pengecualian di bawah. Jika akaun bank yang dipilih berada di negara yang lain daripada wilayah jualan, bayaran kepada rakan kongsi yang akan dibuat dalam mata wang tempatan bagi akaun bank tersebut kecuali yang dicatatkan di bawah.

Bagi akaun bank di sesetengah negara, Google membuat deposit melalui pindahan kawat dalam dolar A.S. Sila semak senarai negara yang disokong untuk melihat jika negara anda menerima bayaran melalui pindahan kawat.

Perkongsian hasil untuk buku yang dijual pada harga ditukarkan akan dikira menggunakan harga ditukarkan tersebut, bukan harga asas.

Kadar pertukaran

Kadar pertukaran asing pada masa penukaran mata wang didayakan akan digunakan untuk menghasilkan harga ditukarkan. Google akan memuat semula kadar pertukaran asing secara automatik yang menghasilkan harga ditukarkan sekali setiap suku tahun. Harga berasaskan kadar ini akan terus digunakan sehingga:

  • Rakan kongsi memuat semula kadar pertukaran asing secara manual dengan melawati Pusat Pembayaran.
  • Rakan kongsi menulis ganti harga ditukarkan dengan menetapkan harga mata wang tempatan.
  • Google memuat semula kadar pertukaran asing pada suku berikutnya.

Apabila mata wang pembelian dan mata wang pembayaran berbeza, Google akan menggunakan kadar pertukaran semasa pada masa pembelian tersebut dibuat untuk menukarkan bayaran yang perlu dibayar kepada rakan kongsi. Kadar ini dikemas kini secara tetap sepanjang hari.

Sebarang bayaran balik yang diberikan akan dibuat dalam mata wang yang sama dengan mata wang pembelian dan akan dikira menggunakan kadar pertukaran asal yang digunakan semasa pembelian.

Bayaran dan risiko kerugian

Apabila memilih untuk menggunakan Alat Penukaran Mata Wang, rakan kongsi menerima semua risiko dan liabiliti yang berkaitan dengan penggunaan alat tersebut. Rakan kongsi mengaku dan bersetuju bahawa mereka menanggung semua risiko kerugian yang timbul daripada sebarang perubahan dalam kadar pertukaran mata wang di antara masa urus niaga diproses dan masa dana itu dihantar ke akaun bank yang ditetapkan. Rakan kongsi turut mengakui dan bersetuju bahawa mereka menanggung semua risiko kerugian yang timbul daripada sebarang prubahan dalam kadar pertukaran mata wang untuk harga ditukar atau daripada kadar pertukaran mata wang yang sudah lapuk. Rakan kongsi bertanggungjawab untuk memuat semula kadar pertukaran mata wang untuk harga ditukarkan.

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
5411716359600428873
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
82437
false
false