Jika anda memegang hak bagi buku yang diimbas sebagai sebahagian daripada Projek Pustaka, anda boleh menuntut dan mengaitkan buku itu dengan akaun Pusat Rakan Kongsi. Ketahui cara menuntut buku anda yang diimbas.
Apabila anda menuntut buku, anda akan mempunyai lebih kawalan terhadap cara buku itu dipaparkan di Buku Google. Anda akan menentukan jumlah bahagian buku yang dipaparkan oleh Google, antara 20% hingga 100%, dengan pilihan muat turun PDF.
Kecualikan buku anda daripada Projek Pustaka
Untuk buku yang mempunyai hak cipta yang diimbas melalui Projek Pustaka, pembaca hanya boleh melihat pratonton maklumat bibliografi dan beberapa ayat pendek yang sepadan dengan istilah cariannya, sama seperti butiran yang mungkin ditunjukkan dalam ulasan buku. Buku Google tidak menunjukkan halaman penuh buku ini tanpa kebenaran yang jelas daripada pemegang hak.
Anda boleh mengecualikan buku anda daripada diimbas untuk Projek Pustaka atau mengalih keluar pilihan carian untuk buku yang telah pun diimbas. Melainkan anda menyatakan sebaliknya, kami akan menggunakan maklumat anda hanya untuk mengesahkan bahawa anda ialah pemilik buku tersebut. Sila baca dasar privasi kami untuk mendapatkan butiran lanjut.
Jika anda tidak mempunyai akaun Pusat Rakan Kongsi Buku Google Play, sila serahkan maklumat yang diperlukan untuk pengalihan keluar buku anda.
Jika anda mempunyai akaun Pusat Rakan Kongsi Buku Google Play, anda boleh mengecualikan buku anda dengan log masuk ke akaun anda dan menambahkan buku yang ingin dikecualikan itu pada templat yang berasingan. Setelah selesai berbuat demikian, hubungi kami untuk memaklumkan nama templat itu.
Penting: Anda tidak perlu menghantar sebarang fail kandungan untuk buku tersebut.